SIRI telah diperkenalkan melalui pelancaran iPhone 4S walaupun pada asalnya, Google telah lama menyediakan teknologi ini pada smartfon Android mereka, cuma kurang user-friendly dan kurang marketing.
Kekuatan Apple terletak pada user-friendliness pada gajet mereka, mudah digunakan dan tak bermasalah. Contohnya, kalau tengok video atas ni, orang buta pun boleh guna iPhone. Itulah sebabnya aku bertukar kepada MacBook Pro, tak menyusahkan macam Windows, setiap tahun kena clean install supaya jadi laju.
Kepada yang masih tak faham bagaimana SIRI berfungsi, boleh tonton video ini.
Basically, SIRI membolehkan kita mengarah iPhone untuk melakukan tugas-tugas seperti carian di Google, dail no. telefon, hantar SMS dan macam-macam lagi yang berkaitan. Pendek kata melalui SIRI, iPhone boleh dijadikan seperti personal assistant kita.
Tapi… ada ke orang yang nak guna? The last time I check, orang yang cakap sorang-sorang ni biasanya orang serabai yang tak tau apa yang dia cakapkan dan tidur di stesen bas atau lorong-lorong kecil. Mereka lebih dikenali sebagai orang gila, atau bahasa sopan sikit, homeless.

Apa pula pandangan awek kalau kita sibuk berinteraksi dengan phone? Ha’ah ek.. Apa pandangan korang pembaca perempuan sekalian kalau nampak lelaki ‘berborak’ dengan menggunakan SIRI? Pelik? Teruja? Biasa je?
Tapi SIRI ni ada kelebihannya juga, terutamanya semasa memandu sebab ianya memudahkan kita untuk membuat panggilan. Dengan hanya menekan satu butang pada iPhone, boleh suruh phone tu buat panggilan. Handsfree.
Lagi best kalau dalam kereta Proton disediakan satu butang khas pada stereng untuk fungsi SIRI, serta built in docking station atau USB port untuk membolehkan iPhone tersebut berfungsi dengan kereta Proton. Macam tu barulah betul, ikut trend teknologi.
Aku? Aku takkan guna kot SIRI ni. Rasa macam #foreveralone cakap dengan phone sorang-sorang..
Kalau dah biasa sangat guna SIRI kan, sekali iPhone tu tegur korang tengah-tengah malam. Agak-agak rasa seram tak?

Comments
16 responses to “Bercakap Sorang-sorang Dengan Telefon”
haha. cakap la sorang2. tp funny :D
ehhhhh macam best. Seronok juga nak perasan sorang2 kadang- kadang
Bagi aku iOS terbaik, tapi android lagi best. Sebab smartphone ni kita nak kena ada connection dengan orang ramai, so aku ikut majoriti. HAIL ANDROID.
cool apa cakap2 sorang..kehkeh
tp kalau perempuan tengok, no komen la nak cakap benda :D
perempuan kata: PSIKO !!!
ew….. hindarin………………..
Bila dunia terlampau canggih.. Kadang2 boleh buat manusia seakan gila dan bertambah malas.. Ekekeke
haihhh~~
terbaik dari apple :D
nampaknya dah macam bercakap dengan komputer pulak :P
untuk laptop pun nis pernah jumpa benda macam tu. Answerpad.. alahai rindu pulak kat Tiddles.. lupa back up sebelum format lappy.. kena la cari baru nampaknya..
teringin nak pakai product apple
Tengah sabar menunggu SIRI masuk pasaran Malaysia….hehehe
Apps SIRI ini bagi saya ibarat Personal Assitant. Bagi yang tidak mampu hendak hire boleh dapat iPhone 4S satu untuk dirinya :-)
siri, could you please define myself?
agak2 dia boleh buat tak? kehkeh.
berpandangan jauh tu, siap imagine kena tegur tengah malam ek…hehehe
maybe Siri ni leh tolong ayat awek sekali kot???
:)
kalau ada kes iPhone tegur tgh2 mlm, mesti masuk Metro. Lps masuk Metro, mesti Ahmad Idham atau Pierre Andre amek berita tu utk filem seram terbaru diorang. Long live tahyul in Malaysia!
hailll tahyul~