Berdasarkan sebuah kajian oleh pemaju perumahan Sime Darby, anda memerlukan pendapatan isi rumah RM14,580 sebulan untuk hidup di Lembah Klang.
Gila. Tapi itulah hakikatnya. Ini bermaksud, at least suami dan isteri kena ada RM7,000 pendapatan sebulan.

Berdasarkan infografik di atas, 4 item utama yang memakan belanja bulanan yang banyak ialah:
- Loan Rumah (Mortgage) – 14% – RM 2041/bulan. So lebih kurang RM400k punya rumah. Mana jumpa dah new launch landed bawah RM400k sekarang woi! In the near future, kena at least RM3k sebulan untuk rumah yang selesa.
- Transportation – 16% – RM 2332/bulan. Kalau suami isteri dah ada kereta masing-masing, confirm loan kereta je dah >RM 1500/bulan, jadi ni campur minyak dan tol.
- Food – 15% – RM 2187/bulan. Barang dapur, makanan harian, etc.
- Other loans – 15% – RM 2187/bulan. Mungkin personal loan, asb loan dan lain-lain. Kalau kerja kerajaan tu, memang normal lah ambil personal loan. Jarang nak jumpa orang yang kerja kerajaan tapi takde personal loan.
By 30 nanti mampu ke nak dapat pendapatan RM7k sebulan ni? Saya sendiri garu kepala bila tanya balik soalan ni pada diri sendiri. Kalau harap bekerja makan gaji, susah… Kena cari side income lain.
Korang macam mana?


Comments
22 responses to “Berapakah Pendapatan Yang Paling Ideal Untuk Hidup Di Lembah Klang?”
hurmmm….kalau makan gaji memang tak cukup la nak penuhi semua kehendak…. at least usaha tambah income perlu diteruskan….
ini sudah dijangka…20 tahun akan datang lagi la banyak makan duit agaknya
bila barang dah makin naik ni memang patut la income less 10k pun tak cukup,tapi selalulah keluarkan zakat biar berkat rezeki tu….
Saya akan duduk di Lembah lain. Lembah Beringin / Lembah Gombak / Lembah Cameron… hehe..
Aku dalam proses naikkan beberapa blog yang mampu jana passive income setahun dari sekarang sebelum graduasi. Sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan yang mencabar, semoga dipermudahkan :)
Yeah. Aku nampak ko sekarang makin power. Respect!
biasalah duk bandar besar,besarla belanjanya..apa2 pun dalam segala hal kenalah berjimat cermat
Zaman sekarang ni duduk dekat bandar terutama di Lembah Klang mesti kena pandai cari side income. Nak harap gaji exec biasa makan gaji je memang tak cukup. If just husband and wife je tak ada masalah. Tapi bila ada anak macam mana? Belanja makin besar. Zaman sekarang ni memang mencabar!! Kena kreatif cari income lain. =)
Aku dah mula sedar akan hal ini sejak berpraktikal di kuala lumpur. Mahu atau tidak kita mesti berbisnes untuk kaya dan hidup senang lenang.
Kalau nama makan gaji sampai mati kita hanya boleh hidup dan cukup-cukup makan dan saving sikit-sikit macam tu sahaja.
Kalau betul penerima BR1M gaji bawah RM3k yg 2juta tuh golongan sasar, maknanya masih ramai lg yg tergolong dalam kategori miskin especially yg dok di bandar2 besar.. huhu
ideal ke sampai 14k? kalau macam tu orang klang kaya-rayalah. haha, ikut orang juga pandai jimat tak adalah sampai belas K.
memang betul…poning kepalo den camni
Kerja OT aje la (kalau dapat duit OT) :P pastu side income, ambik freelance job. Dah dapat extra sikit.
Cuti? Kerja lagi lebih! Gerenti dapat extra pay hahahaha
*sedih sedih*
sambil garu kepala… jadi tokey emas lah.. eh, tokey kapal terbang
Apa lagi.. jadi tokan kanabis la cani.. kikiki.
Mana nak cari supply? Lu ada?
Bagi aku ini semua bergantung kepada gaya hidup. Mewah atau selesa. Tp RM14K per month tu rasa mcm melampau je. Bukan nak sedapkan hati tp kalau lower than that maybe around RM6-8K dan cukup selesa. Just jgn boros gila. Hidup utk keselesaan.
plus income blog tak jejak 7k monthly ke bro?
Income blog ada naik turunnya…
Duduk dibandar dan makan gaji memang tidak cukup. Adik ipar duduk kampung kerja di restoran sebagai tukang bancuh air dengan gaji harian RM60 sehari dan pada sama buah kuih untuk letak dikedai. Walaupun beliau belajar setakat SPM sahaja mampu pakai MyVi Lagi Best. :-)
Bergantung kepada usaha dan kemahuan.
janji cukup bagi mak ayah.. nafkah anak bini.. dah cukup.. :-)
Yezza, keberkatan itu penting. Jangan lupa kepada orang tua kita.