Berapakah Dividen KWSP 2018?

Ramai nampaknya berasa resah dan gelisah sebab ada ura-ura yang mengatakan dividen KWSP bagi tahun kewangan 2018 adalah rendah, serendah 5% untuk akaun konvensional dan 4.5% bagi untuk akaun syariah. Kalau tengok prestasi pendapatan KWSP yang telah diumumkan sehingga suku tahun ketiga 2018, sebenarnya khabar angin ni nampak agak tak munasabah.

Untuk pengetahuan, kadar dividen KWSP nominal adalah 2.5%. Dalam erti kata lain, kalau KWSP boleh berikan dividen melebihi kadar nominal, mereka sebenarnya dah capai KPI.

Untuk membuat ‘calculated guess’ tentang kadar dividen KWSP ni, saya gunakan laporan prestasi yang telah diumumkan oleh sehingga suku tahun ketiga 2018 serta laporan kewangan KWSP dari tahun 2013. Maklumat yang kita boleh gunakan adalah seperti berikut:

Jumlah Dividen Diagihkan Kadar Pendapatan Yang Diagihkan Berbanding Pendapatan Kasar.

Bukan semua pendapatan kasar diagihkan bagi tujuan dividen. Kadar yang diagihkan dari tahun 2013 – 2017 adalah dalam lingkungan 79 – 93% dengan purata pengagiahan adalah 88% bagi tempoh ini.

Maklumat ni paling penting sebab KWSP mungkin boleh dapat pendapatan yang sangat banyak, tapi mereka boleh kurangkan jumlah yang diagihkan dengan alasan untuk dilaburkan semula. PNB gunakan cara yang sama bagi memastikan mereka mempunyai rezab yang cukup untuk memberikan dividen ASB yang stabil.

Pada pendapat saya, kadar yang diagihkan ni berkait rapat dengan keadaan ekonomi semasa, prestasi pelaburan KWSP, ‘economic outlook’ bagi tahun kewangan seterusnya dan faktor politik. Kenapa faktor politik? Untuk tahun kewangan 2017 (diumumkan Febuari 2018), kadar diagihkan setinggi 91%. 2018 kan tahun pilihanraya, mesti ada feel good factor.

Disebabkan jangkaan ekonomi tahun ini adalah kurang memuaskan, berkemungkinan besar kadar yang diagihkan akan jadi lebih rendah. Saya anggarkan kadar adalah lebih rendah daripada purata 2013 – 2017 iaitu 88%, jadi kadar yang diagihkan mungkin dalam lingkungan 80-85% sahaja.

Pendapatan Pelaburan KWSP Sehingga Suku Tahun Ketiga 2018

Pendapan pelaburan sehingga suku tahun ketiga 2018 adalah sangat memberangsangkan iaitu sebanyak RM36.229 Billion berbanding RM33.617 Billion pada tahun sebelumnya (naik 7.77%) walaupun dalam keadaan pasaran tempatan dan global yang agak teruk.

Daripada prestasi suku tahun ni, bolehlah kita anggarkan berapa pula pendapatan pada suku tahun keempat. Boleh anggarkan ikut trend menaik berbanding tahun 2017. Purata kenaikan sehingga suku tahun ketiga adalah 7.68%.

RM Billion Untuk 1% Konvensional

Maklumat terakhir yang kita perlu anggarkan adalah berapa billion diperlukan untuk membayar 1% dividen.

Saya gunakan maklumat akaun konvensional sebab ada data yang banyak. Akaun syariah baru start, jadi takde data yang cukup untuk buat anggaran trend.

Dari tahun 2013 – 2016, trend menaik dapat dilihat pada amaun yang diperlukan untuk 1% dividen manakala tahun 2016 – 2017, trend mula menurun. Berkemungkinan besar ini disebabkan oleh pertukaran ke akaun Syariah.

Jadi bagi tahun 2018, saya anggarkan angka ini akan menurun lagi berbanding tahun 2017.

Dividen KWSP 2018

Berdasarkan kiraan saya, dividen KWSP 2018 bagi akaun konvensional adalah seperti berikut:

  • Dalam lingkungan 4.72 – 6.35 %
  • Best case, sekiranya pendapatan suku tahun keempat naik 5% berbanding tahun sebelumnya, boleh dapat 6.35%
  • Worst case, sekiranya tiada pendapatan pada suku tahun keempat, boleh dapat 4.72%
  • Best guess saya adalah pendapatan suku tahun keempat naik dalam lingkungan 1-5% berbanding tahun sebelumnya, jadi dividen 2018 berada dalam lingkungan 6.29 – 6.35%
  • Bagi akaun Syariah, susah nak cakap. Mungkin boleh +/- 0.5% daripada anggaran saya

Apa pendapat anda? Berapa rasanya yang kita akan dapat tahun ni? Ada yang nak buat pengeluaran ke? Tahun ni nampak seronok nak beli rumah kalau masuk ke pasaran lelong.

3 Comments