Berapa Jam Sehari Ulang-Alik ke Tempat Kerja?

Reading Time: 2 minutes

Highway

Tiap-tiap hari saya keluar rumah naik motor ke One Utama. Park motor kat situ dan naik bas ke LCCT. Secara purata perjalanan atas bas ambil masa 70 minit kalau takde traffic jam, atas motor dari rumah 5 minit. Jadi jumlahnya dalam 75 minit sehala.

Balik pun lebih kurang sama. Jadi dalam sehari, saya luangkan masa selama 2 jam 30 minit ulang-alik ke tempat kerja.

Rakan sekerja di Singapura cerita dia ambil masa 90 minit sehala untuk pergi/balik ke tempat kerja. Jadi sehari habis 3 jam dalam bas untuk pergi dan balik ke tempat kerja. Itu baru pulau kecil. Jangan ingat negara maju dengan sistem pengangkutan awam yang efisyen boleh mengurangkan masa perjalanan pergi & balik kerja.

Tempat kerja sebelum ni, sehala tak sampai 25 minit. Jadi sehari luangkan masa kurang sejam atas jalanraya.

Kesannya? Kalau kat tempat kerja dulu, lepas kerja boleh bersukan, tak kisahlah main badminton ataupun keluar jogging. Sekarang ni, sampai rumah dah malam, berkejar nak solat Maghrib. Pagi pun kena bangun awal takut tertinggal bas yang bertolak jam 8 pagi.

Gaji naik sikit, tapi kualiti hidup terjejas sikit. Pada saya, kualiti hidup semakin berkurangan bila lebih banyak masa terbuang di atas jalan raya. Tapi gaji pun penting jugak. Hidup lebih stress kalau gaji sikit, tiap-tiap hari pun stress.

Takpelah. Itu rezeki buat masa ni. Dalam hidup ni takde yang perfect. Ada je pengorbanan yang perlu dibuat.

Korang pulak macam mana? Ada yang lebih hebat? Berapa jam dalam sehari korang ulang-alik ke tempat kerja?

.. sekarang ni tengah cuti demam dua hari. Lega tak payah pergi kerja.


Posted

in

by

Comments

25 responses to “Berapa Jam Sehari Ulang-Alik ke Tempat Kerja?”

  1. hafizah Avatar

    Ayu dok kat cheras,keje pon kat cheras area2 hukm tu lau pi balik xsmpai 5minit lau naik moto..if jln kaki pon 15minit lbh kurg dh smpai..minyk moto pon 7hinggit seminggu haha tp skrg myesal sbb terbeli kete yg meragut kekayaan iolls..ok nk downgrade k nk jual trs ni sbb lbh suka naik public transport.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Pegi balik kerja 10 min jalan kaki. Tapi xde masa juga briadah. Keje sllu bawa balik rmh. Weekend keje kt umah. Tp pengorbanan nak timba ilmu masa muda :)

  3. kakzie Avatar

    as salam ariff
    terjumpa blog ni masa nak cari resipi makaroni goreng…
    ok cakap pasal jarak tempat kerja ni, setakat hari ni kalau nak pergi dan balik kerja ambil masa dalam 10 hingga 15 minit sahaja. tapi mmg betul masa pjg atas jalanraya memang kadang kala boleh buat stress kan sbb mkcik pernah rasa…tapi itulah ini semua rezeki masing2….

  4. nanang Avatar

    Cukup lama juga waktu di perjalanan , tapi memang banyak lah yang seperti itu. Mereka bekerja bola balik dari rumah, tapi akan lebih irit dalam pengeluaran seperti sewa rumah, makan dan lain-lain.

  5. Car Rental Kuala Lumpur Avatar

    Sy bekerja sendiri..mmg bebas nk masuk kerja pukul berapa pun..office dgn rumah 3-5 minit jalan kaki :)

  6. Mr.TeddyBear Avatar

    Saya ulang alik dari rumah (klang) ke tempat kerja (shah alam),
    lebih kurang mengambil masa 40minit sehari (naik motor),
    mula-mala memang rasa jauh,tapi bila dah hari-hari perjalanan tu dah menjadi kebiasaan…
    Saya hanya berdoa agar saya selamat sampai pergi dan balik…

    1. Ariff Avatar

      Saya nasihatkan lindungi diri sendiri dengan insurans/takaful.

      Tak boleh jangka apa yang bakal terjadi tapi kalau dah ada coverage, kurang sikit kerisauan kalau apa-apa jadi.

  7. Pembaca senyap Avatar
    Pembaca senyap

    Saya ulang alik dari rumah ke tempat kerja 20 minit. Alhamdulillah gaji juga besar, environment kerja best dan kerja best tapi tak berpeluang juga nak jogging atau ke gym sebab kerja banyak.

  8. Pendekar Berkuda Avatar

    Bekerja sendiri. Tak tentu

  9. hazman aka species1980 Avatar

    Aku yang dok kat SALAK TINGGI pun dalam 30 minit jugak sehala…kena pulak kerja syif ( pagi /petang ) memang jarang la nak kesempatan sangat nak tegur jiran time working days

  10. Azri Johan Avatar

    Solusinya, carilah rumah berdekatan dengan tempat kerja..

  11. supian Avatar
    supian

    Pukul 6.30 pagi dah keluar naik motor dan mesti sampai kat pukul 8 pagi…Lebih kurang sejam pergi dan sejam balik…minyak motor RM 5 sehari…Kalau naik kereta tol RM 16 sehari tak termasuk parking kat KLCC…

  12. Wai Avatar

    Sekarang ni pergi kerja 1 jam. Balik kerja 1 jam. Kalau jem boleh cecah 2 jam. Kalau nak cepat, kena tol. Pergi RM5.30, balik RM5.30. Kalau tol memang setengah jam pon tak sampai.

    Planning nak beli motor nak gi kerja. Tapi tengah bertimbang-timbang.

    Kena buat risk assessment & costing dulu baru bole decide.
    Haish~~

  13. Abang Ensem Berketak Avatar

    Nasib baik gua pergi balik kerja tak ikut office hour orang. So, boleh la berjogging, gymming etc bagi mengekalkan ketak dan kepak di badan gua.

  14. akak tulip Avatar
    akak tulip

    Tmpt keje skrg sblh rumah. Masuk gear 4 je dah smpi rumah. Sgt seronok sbb tak kalut nak kejar jam dan masa.

    Tapi start next month, tukar stesen bertugas. Pergi saja dekat 45 minit..itu kalau x jam. Pastu klu jam & hujan? Haha.

    Pengorbanan untuk setapak ke hadapan dlm hidup ni.

  15. Silent Reader Avatar
    Silent Reader

    Saya tinggal di Bandar Baru Bangi dan drive ke office di KL. Hari-hari saya keluar rumah pukul 7:10 pagi. Saya pergi hantar anak saya di tadika di Putrajaya dulu then ikut MEX untuk ke office. Saya sampai office usually dalam pukul 8:50 pagi. So, pergi sahaja saya dah ambil masa perjalanan dalam 1 jam 40 minit. Tapi bila balik dari office saya tak perlu ambil anak saya. Keluar office pukul 6:00 petang dan usually boleh sampai rumah dalam pukul 7:05 petang kalau tak jem teruk sangat. So, total perjalanan sehari dalam 2 jam 45 minit lebih kurang macam tu.

  16. suhairi alias Avatar

    Saya ambil masa 50minit sahaja. Pergi 25 minit dan balik 25minit. Total 50minit. Dari puncak perdana ke Pj8 Pj. So far ok lah.

  17. Nurul Avatar

    Sy stay cheras..keje kt cheras..alhamdulillah, jrk pjalanan pergi-balik kurg dr 30mnt (pergi 15mnt/balik 15mnt)..kalau blh naik bsikal je g keje pn bgus, lg jimat..sy g keje naik kete. sblm ada kete, sy prnh jln kaki g keje .. pergi je dah ambil msa 45mnt..

    w/pun dkt, tetap x bkesempatan utk beriadah .. ofc hours dh tukar 8:30am-6:30pm..pas keje jmpt budk2 kt taska, elok smpai rumah dah standby utk maghrib..

  18. akubiomed Avatar

    Orang muda tenaga kuat lagi. Saya pula setiap hari menghabis masa 90minit untuk tempat kerja dengan bermotosikal. Kalau kereta lebih lagi masa diperlukan. :-)

  19. scud Avatar

    sy berulang dr dengkil ke KL, bangun dlm 5.30 pagi, siap2 semua bagai… pukul 6.30 -6.45 bertolak hantar wife patah balik amik moto ride ke tempat kje kira3 dlm pukul 7.15-7.30 pg

    masa perjalanan 40 minit..

    blik dah maghrib… x de masa bersukan sob..sob…
    cuma sabtu ahad jer :D

  20. Piratz Avatar

    Dulu duduk cheras sehari habiskan masa dalam 40minit pegi, 40minit balik cheras-klia-chera. Sekarang, dah dari 20minit satu hala.. Sebab dah pindah Cyberjaya.. Hehehe

  21. Hafiz Rahim Avatar

    Dulu aku 45minit pergi saja (bangi-kl) campur jalan jem. balik kalau kena gaya sejam setengah. tapi sekarang..pergi balik total dalam 25 minit je (bangi-serdang). hehehe.

    susah2 dulu senang2 kemudian. dah ada banyak experience, senang nak cari kerja kat mana2 company. time tu cari la yang dekat2 umah.

  22. Aslam Avatar

    Gua naik motor je, setakat ni 10minit sampai tempat keje.

    Lepas ni kalau duduk jauh tak tau macam mana.

  23. profhariz Avatar

    Saya lebih kurang 10minit je. Pergi balik 20minit (Bergantung pada trafik light)

    1. Ariff Avatar

      Best giler