Berapa Agaknya Dividen KWSP 2014?

Saya dah dapat consent letter daripada pejabat tanah (hartanah yang nak dibeli leasehold). Jadi lengkap dah dokumen yang diperlukan untuk buat pengeluaran daripada akaun 2 KWSP bagi tujuan pembelian rumah.

Jadi berapa agaknya dividen KWSP tahun 2014 ni?

dividen kwsp 2014

Saya dah buat sedikit pengiraan berdasarkan laporan kewangan suku tahunan KWSP bagi tahu 2014 dan 2013. Jumlah pendapatan yang dihasilkan bagi suku pertama sehingga ketiga 2014 adalah  RM29.55 billion. (Sumber: KWSP)

Manakala jumlah pendapatan yang telah dihasilkan oleh KWSP pada tahun 2013 adalah RM30.47 billion. Dalam annual report 2013, KWSP declare pendapatan kasar RM35 billion dan mereka membayar dividen berjumlah RM31.2 billion atau pada kadar 6.35% kepada setiap ahlinya.

Sekarang ni laporan suku tahun keempat 2014 belum keluar lagi tapi kalau compare jumlah terkumpul suku tahun pertama sehingga ketiga 2014 (RM29.55B) dengan tahun 2013 (RM30.47B), senang cerita bila umumkan pendapatan suku tahun keempat 2014 nanti kira macam bonus dah.

Ada harapan besar dividen KWSP 2014 naik. Berapa? Saya tak tau, tapi kalau naik pun, saya rasa dividen KWSP pada tahun 2014 ni hanyalah sekitar 6.5% – 6.75%.

Sebenarnya tak kisah sangat pun tapi sebab tahun ni nak keluarkan duit ni, macam excited pulak. haha.. Jadi terpaksalah tunggu dulu daripada nak keluarkan sampai bulan Febuari – Mac 2015. Biasanya mereka akan umumkan pasal dividen ni pertengahan atau hujun Febuari.

Takde masalah sebab untuk pengeluaran KWSP daripada akaun 2 bagi tujuan membeli rumah boleh dilakukan dalam tempoh tiga tahun daripada tarikh perjanjian Sales & Purchase (S&P) rumah.

11 Comments