Benarkah Blogger Otai Sombong?

Beberapa hari lepas aku ada jalan-jalan kat Gengblogger saja tengok-tengok apa perkembangan terbaru kat situ. Tapi macam biasa masih belum ada yang menarik atau pun perubahan besar kat situ, ‘kau masih seperti dulu’. Sejujurnya aku hanya guna gengblogger untuk ping entri aku walaupun aku tau yang ping di gengblogger sangat tidak menguntungkan. Terlalu banyak entri yang di ping pada satu-satu masa sehingga entri yang kita ping akan terkubur dengan begitu cepat sekali.

Aku yakin, ramai lagi yang hanya menggunakan Gengblogger untuk ping entri. Sedar atau tak, pengguna wordpress tak pernah terima pingback daripada gengblogger. Pingback merupakan salah satu daripada 3 jenis linkback.  Pingback membolehkan seorang penulis web track artikel-artikel yang telah ditulis. Melalui pingback, penulis blog tau siapa yang telah buat link ke artikel-artikel yang telah ditulis.

Tapi aku tak tau lah kalau-kalau ada blogger WordPress self hosted yang pernah terima pingback daripada Gengblogger. Let me know if you receive the pingbacks.

Berbalik kepada tujuan asal artikel ini. Aku ingin berkongsi pandangan dengan korang tentang definisi blogger otai. Sebelum tu ada ke blogger otai? Terus terang aku cakap dalam dunia blogging definisi blogger otai tak pernah wujud. Yang hanya wujud ialah tanggapan kita terhadap seseorang blogger.

Kita sebagai manusia selalu cepat untuk melabelkan seseorang dengan sesuatu gelaran yang belum tentu disukai. Kenapa aku nak kupas pasal isu blogger otai? Sebab aku dah banyak kali lihat tajuk ‘kenapa blogger otai sombong’ di forum Gengblogger. Isu ini selalu di post oleh mereka yang baru berjinak dalam dunia blogging.

Setiap blogger ada kemahiran masing-masing. Tak semestinya yang baru buat blog dalam masa 1 hari tidak tahu apa-apa. Mungkin mereka yang baru berblogging dalam 2 -3 hari lebih mahir daripada mereka yang berblogging 2 -3 bulan. So kat mana perkataan otai itu wujud? Otai dari segi kemahiran atau dari beberapa lama dia telah berblogging?

Blogger ‘otai’ sombong?

Blogger yang dah lama bertapak tidak sombong sebenarnya. Mungkin korang rasa korang baru korang tak layak untuk berkawan dengan blogger-blogger yang dah lama berblogging. Itu perasaan korang saja. Internet bukan milik siapa-siapa. Siapa yang pandai bawa diri dalam dunia blogging dia akan disenangi. Bukan susah untuk berkenalan dengan blogger-blogger yang dah lama berblogging asalkan kena gayanya.

Penulisan blogger ‘otai’ sombong?

Korang kena paham, setiap blogger ada cara dan gaya penulisan sendiri. Korang jangan tuduh sebarangan kalau korang baru baca satu entri tapi tapi korang dah label gaya penulisan dia sombong. Cuba korang selak-selak entri lama-lama dia. Sebab tu aku nasihatkan korang sebagai blogger perlu ada archives page so senang bagi mereka yang baru datang ke blog untuk baca entri-entri lama.

Blogger ‘otai’ tak balas komen?

Ini masalah juga. Ada blogger-blogger baru yang terasa bila tuan blog tak pernah balas komen sedangkan setiap entri orang datang komen. Untuk tuan blog, aku nasihatkan korang hormat lah tetamu blog korang. Cuba cari masa untuk balas komen yang diterima. Kalau tak ada masa cuba buat satu entri penghargaan untuk pembaca blog. Senangkan? Untuk pembaca pula, jangan lah terlalu mengharap. Mungkin tuan blog sibuk dengan urusan-urusan sendiri. Respect each other.

Blogger ‘otai’ tak lawat blog?

Ini kes sama macam tak balas komen. Aku tau ramai sekarang ni yang inginkan trafik secara blogwalking. Nasihat aku satu saja, komen lah dengan ikhlas dekat blog orang lain. Jangan komen kalau niat kat hati nak suruh tuan blog datang jenguk blog korang balik. Jangan terasa hati kalau blogger ‘otai’ tak jenguk blog korang. Mungkin blog korang bukan cita rasa dia. Kita tak boleh paksa semua orang datang blog kita. Apa guna kuantiti kalau kualiti pembaca blog tak ada.

Last but not least..

Kunci utama sekarang ni ialah bina hubungan yang baik antara satu sama lain. Tak kisah lah blogger lama ke blogger baru kita semua sama saja. Contoh yang terdekat korang boleh tengok hubungan aku dan pemilik blog ini, Ariff. Aku jarang komen di blognya tapi kami selalu berkomunikasi di Twitter dan Facebook dan kami juga pernah bermandi manda sekali.

Sebelum aku tamatkan artikel ni aku nak ucapkan terima kasih kepada Ariff kerana sudi membenarkan aku mencemar duli di blognya. Thank you so much Ariff! Harap korang semua enjoy dengan penulisan aku.

***

Fazreen atau Een adalah seorang pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal dan blogger yang berasal dari Kedah. Dia menulis di blognya Fazreen.me. Ikuti update daripada Een melalui Twitter @eenrockstar.

2010/2011 Premium Sponsor

173 Comments

  • juanita

    4 April, 2011 at 10:14 am

    Perkongsian yang sangat hebat. Saya kira bukanlah mereka ni sombong. Mereka juga ada komitment yang lebih penting dari hanya berblogging. Saya mohon copy beberapa point dari blog brader yer :)

  • dinsblog

    15 March, 2011 at 11:09 pm

    camner org tu boleh tau org tu sombong ke tak yer…sedangkan kita duk kat alam maya jer..boleh pulak baca org punya hati kat alam maya nie..tu nama dia kita dah buat persepsi kita sendiri..jln yg terbaik ialah be positif…berblog jgn harapkan balasan org lain…kalau org tak datang ke blog kita bermakna ada sesuatu yg tak kena dengan blog kita tuh…so baik kita tengok diri kita dari menilai org lain.

  • Adzriel AB

    30 January, 2011 at 10:11 am

    “komen lah dengan ikhlas dekat blog orang lain. Jangan komen kalau niat kat hati nak suruh tuan blog datang jenguk blog korang balik. Jangan terasa hati kalau blogger ‘otai’ tak jenguk blog korang. Mungkin blog korang bukan cita rasa dia. Kita tak boleh paksa semua orang datang blog kita”

    setuju sgt dgn kata2 ni. otai ke atau tak, mereka tetap manusia biasa. ada waktu busy & tenang, ada waktu happy & sedih.

  • slimdiet2

    19 January, 2011 at 5:28 am

    aku setuju benar dengan pendapat ni. yang penting kita kene wujudkan hubungan tu. tiada benda yang kita boleh dapat dengan cepat. usaha tangga kejayaan. kujie2.com and fiezaradzi dah penah komen blog aku.thanks

  • Cik Su

    27 November, 2010 at 2:20 pm

    kalau blog otai tak balas komen..mungkin la sibuk dengan peminat2 dia..tapi kalau blog yang tak otai2 tak balas komen pulak ape cer…nak kata blog tu ramai yang datang tak jugak…bikin panas jugak tue..

    • ariff

      27 November, 2010 at 11:08 pm

      bukan sibuk dengan peminat. ada yang memang sibuk dalam kehidupan harian. Sempat update blog jer, tapi nak balas komen satu-satu dah memang tak larat dah..

  • Shaffik

    19 October, 2010 at 11:09 am

    Masing-masing ada cara masing-masing. Tak kira baru atau lama, yang penting semua tetap nama blogger. Janganlah terlalu merendah diri sangat pada orang-orang yang lama berkecipung dalam dunia blogging. Percayalah mereka juga masih belajar tentang dunia blogging yang masih luas lagi.

  • mrs jamal

    7 October, 2010 at 6:20 am

    ramai sgt yang minat n ariff kowt..tu yang ramai bebeno y terasa hati..hik2 sian depe..tp memang ariff camtu kowt..suka jd silent reader..sbb die pernah datang singgah..tp x de komen apa2..cuma tinggal jejak jerk…

    pada ariff, sabar je la..buat jer la apa y termampu, kita bukan tuhan, bisa puaskan hati sume orang kan…

  • ishak

    7 September, 2010 at 9:14 pm

    tak semua blogger yang dah lama macam tu. tapi ada juga sesetengah blogger yang macam tu.

    tapi malaslah nak sebut blog mana.kita dah siap baca entry dengan penuh minat and tinggalkan komen tapi langsung tak dibalas. nak kata sibuk, tgk nama dia ada plak komen kat blog lain pada hari yang sama.

    tapi ariff rasanya tak macam tu kot.u really inspires me :)

    • belalang

      9 November, 2010 at 10:47 pm

      sependapat dgn ishak…
      tidak semua blogger lama mcm tue tp ada juga sorg dua yang terasa benar otainya dia…

      tp biarlah…sakit kepala jer nak pikir pasal hal2 tue.

      apa2 pun blog ariff bnyk info dan membantu belalang…

      thanks…

  • theblabber

    25 August, 2010 at 11:22 pm

    jujurnya, aku rindu zaman berblogging masa ramai yg taktahu apa itu nuffnang. dan personally, aku rasa annoyed dgn mereka2 yg gigih nak collect traffic and ‘otai’ self-proclaimed ni. as for me, otai is orang lama. kalau definisi otai ialah mereka yg baru setahun menulis dan memperoleh byk traffik, sorry lah, itu bukan otai bagi aku. more like ‘gila glamour’ or ‘berkepentingan sendiri’.

    this kind of people really turn me off and baca sekali blog dia cukuplah kot.

    p/s: most of the otai self proclaimed, aku tak kenai pun sape. haha

  • lizz

    21 August, 2010 at 4:15 pm

    kite boleh tahu pengomen tu datang komen kerna suke dengan entry kite or niat die komen sebab nak mintak kite and others blogger to lawat blog die..huhuhu. macam aku, honestly (tak ade niat nak kata aku baikkkkk tau.hahaha!) if orang komen kat entry,sedaya mungkin nak balas. cuz tu je care aku nk appreciate diorang yg dtg baca n komen blog aku.

    and aku akan visit blog diorang balik. now dah jarang nk blogwalking sangat. dr aku blogwalking n komen blog yg xpernah singgah blog aku..baik aku layan orang2 yg dah komen kat my blog first. org tlg kite, kite tlg die balik.hehehehe.

  • aizuddin

    21 August, 2010 at 12:39 am

    setiap org ad pandangan masing2..tu yg kadang2 jd salah tafsir tu..tapi bagi aku..semua blogger sama je..cuma aku lebih respek yang dah lama buat blog..sebab diorang lebih berpengalaman dari aku :)

  • Kujie

    19 August, 2010 at 11:29 am

    ops..lupa nak komen bab Otai

    sebenarnya panggilan Otai tu adalah dari seseorang kepada seseorang yang lain. Kalau si A nak panggil si B Otai…. apa masalahnya pada kita? Itu kan urusan mereka berdua.

    Mereka bergurau senda dengan saling memberi sweet compliment sesama sendiri, saling menghargai sesama sendiri……..tak ada bubung kait dengan kita pun yang menyebabkan kita tak suka dia dipanggil Otai.

    Masalahnya datang dari HATI kita sendiri yang tak senang melihat dua manusia tersebut sedang gembira dan mesra dalam persahabatan.

    Kak Jie sendiri menghargai beberapa blogger yang mahir dibidang masing² dengan memanggil mereka Otai… itu adalah dari penghargaan dari Kak Jie kepada dia…tak ada salah pun antara kami. Orang lain tak setuju dia dipanggil Otai, itu bukan masalah kami.

    • ariff

      19 August, 2010 at 1:14 pm

      Setuju dengan pandangan kak jie. Pada saya panggilan otai ni daripada seseorang dan ditujukan kepada seseorang atas dasar hormat dan kagum terhadap kebolehan dan pengalaman kawannya itu. Tapi biasalah, akan ada pihak ketiga yang mendengki punya..

      Tapi kalau diri sendiri cakap ‘saya otai’ dalam bab itu ini, dah jadi lain..

  • Kujie

    19 August, 2010 at 10:51 am

    macam dah komen, tapi belek2 tak jumpa pula…

    Kak Jie nak cakap apa ye… pendapat Kak Jie –

    tak ada orang sombong… kita anggap dia sombong bila dia tidak memenuhi keperluan atau kehendak kita…….dalam kes ini – kita yang pentingkan diri sendiri.

    Kak Jie pernah buat entri ” Stop Calling Me Otai” sebab panggilan Otai itu ditafsir secara negatif… ramai orang berprasangka buruk kepada Otai.

    It does not mean I feel I am the center of the world and I do not need someone else to telling me of my value.

    I believe that respect has to be earned through your actions, so if you’re a good person doing the right things for society and your friends and family, then people will respect you.

    • Fazreen

      19 August, 2010 at 1:01 pm

      betul tu kak jie. Diri kita ni sendiri yang sebenarnya salah tafsir tentang otai..otai itu sebenarnya tanggapan kita terhadap orang lain. mcm kak jie ckp orang yg expert dlm something kita mmg pnggl otai. itu tanggapan kita. masalah sekarang, tanggapan otai itu dah disalah ertikan. if kita anggap dia otai then we shoud respect him/her and to try to befriend with him/her in a good manner then only we get noticed right. This is what I’m trying to say. We have our own works. So don’t expect someone to give attention to you.

      by the way kak jie thanks sebab memberi pendapat. sangat menghargai. =)

  • nurulbadiah

    18 August, 2010 at 2:39 am

    indeed..
    klau kite berblog sbb nk glamer..nk kejar follower..nak suruh org dtg jenguk belog kita..sampai bile pon kita xkan puas..
    bg saya..pertama skali..biarlah ikhlas…org nak dtg blog kita or xnak..xpe la…yang penting..kite happy ngn penulisan kita…:)

  • lina86

    18 August, 2010 at 2:08 am

    blogger otai memang wujud…otai tue sendiri bermaksud “old timer” yang dipendekkan menjadi otai..old timer nie mcm org lama la….dlm semua bidang ada otai..dlm industri filem,dlm opis,kat umah,mak ayah la otai..kan kan..haha..
    so blogger otai nie bermaksud blogger yg dah lama berkecimpung dlm arena blogging..dah lebih sikit pengalaman..

    tp rasanya byk org ingat otai nie maksudnya blogger yg hebat la kot..huhu…sapa2 yg dah lama blogging tue sume otai la.tak semestinya hebat pun..

    bab sombong2 nie xtaula…sume org ada keje dan hal ,masalah masing2…blog nie cume satu medium utk bersosial dan meluahkan pndapat…so tak perlu la ada perasaan tak puas hati..masing2 ada tanggungjawab…lainla kalau dia tue budak skola atau mmg terlalu byk masa terluang…

  • Dakjaat

    15 August, 2010 at 9:51 am

    lain orang lain cara? betul … :D hahaha nak tergelak aku … kalaulah ko baca kat blog aku tu .. hahaha.. bertajuk bloggers berlagak nak mampos! dia siap hina aku lagi yang kononnya aku baru nak ‘up’. what the hell? aku blogging dah lama takde plak berlagak gile babi macam dia. hahaha! Cam tootttttt!!!

  • MasaDahTime

    15 August, 2010 at 4:39 am

    tidak ada yang perfect dalam dunia blogger ni. siapa usaha lebih dia dapat lebih, siapa yang pandai pun boleh dapat lebih walaupun usaha sikit. redha dengan apa yang ada dan jangan dengki sesama blogger. Usaha dan Tawakkal..yezzaa

  • Scromix

    15 August, 2010 at 12:36 am

    aku tak pernah rasa org tu otai kalo dia megah2 dgn blognya. kalo otai, dah lama bertapak, gaya penulisan best tp merendah diri baru nama otai.

    ini baru msuk top 50 top blogger (yg di buat oleh individu berlainan) dah rasa otai. hehe

    msg2 ada gaya penulisan sndri, so nk nilai sape otai sape tak terpulang pada individu :D

  • tmukmkd

    15 August, 2010 at 11:10 am

    pada hemat aku: otai itu adalah gelaran daripada orang kepada orang. sama seperti ustad, ustazah, cikgu, cekgi, pakcik, makcik, atok, tuan, puan.
    jika anda panggil dia otai maksud anda hormat dia. dalam beberapa segi yang anda je yang tahu. dan kemudian anda kutuk dia pula. apa guna anda panggil dia otai?

    kalau anda tak setuju perkataan otai atau tidak layak dia dengan gelaran otai itu jangan panggil dia dengan gelaran itu. mudahkan?

    maaf la sebab dengan selamber je aku kata aku la yang paling otai dalam thread dalam gengblogger tu sebab aku dah bosan dengan isu ni.

    tolong la.

    tentang komen betul, jangan paksa orang datang komen sebab anda dah komen. itu salah. itu yang takkan majukan diri korang dan blog korang. tak de kualiti. trafik, duit dan keyword semata-mata. baik jual dadah gitu.

    dan jangan anggap komen=orang melawat. tak semestinya orang yang melawat hari2 itu mahu memberikan komen. aku sendiri kurang letak komen sebab aku guna phone. nak tulis komen tu payah. kalau takat

    “good post”, “i pollow u, u pollow me back”, “dah lawat, lawatlah blog saya pulak”

    buat apa~ takde kualiti dari segi komen. aku sendiri tak banyak entri yang ada 20+ komen. relax je. sebab aku tau kadang2 entri aku terlalu teknikal. orang luar bidang tak paham.

    kenapa ada blogger kurang lawat blog orang? macam aku guna google reader. aku ada 1500++ feed satu hari. dan makin bertambah sebab aku suka taruk feed baru dari blog yang menarik hati aku. so mana yang aku rasa menarik aku baca, tak menarik aku tolak tepi dulu. takkan korang nak suruh aku belek satu2 entri kot. so make a good article. dan benda lain akan datang kemudian.

    ha kan dah panjang! kalau guna phone ni mau patah jari aku :D

  • Norasikin

    15 August, 2010 at 4:06 am

    Siapa peduli seseorang blogger tu dah lama ke baru ke. Sekarang ni buat blog hari ni terus masukkan entri dari tahun lepas sampai ke tahun akan datang pun ada. Bagi saya, cuma ilmu je yang dapat menarik perhatian saya. Setakat ambil gambar ntah sapa-sapa punya lepas tu letak ayat sebaris dua memang tak de maknanya. Orang yang macam ni kalau kita tanya kenapa buat entri mcm tu dia kata “keyword beb keyword..”

  • Robot Baik

    14 August, 2010 at 11:57 am

    sangat setuju dengan kandungan entri kau.
    tak wujud isu blogger otai atau fresh.

    semua depends on gaya kita berblogging.

    ada blogger yang dah berblog bertahun2 pun orang still
    tak expect dia otai, jadi dalam erti kata lain isu otai
    dengan jelasnya tak patut kita bangkitkan.

    ada blogger pulak.
    baru dua atau tiga bulan berblog dah ada ramai
    follower dan pengomen setia.
    daripada situ kita patut pandang dari sudut yang lebih
    mendalam iaitu kenapa dia boleh dapat ramai follower
    dan pengomen yg setia.

    mungkin disebabkan gaya dia berblogging atau
    dia ada karakter tersendiri yang baut orang minat
    dan suka singgah blog dia.

    tu saja aku mampu komen.

    blog aku pun tak sampai 2 bulan usianya.

  • arrizz

    15 August, 2010 at 3:35 am

    trus terang bg aku blogger otai xwjud..bg aku, slgi nmanya blogger, kita smua adalah sama..cuma yg bezanya ialah cara pnulisan kita..bgaimana nak atasi pbezaan nie? senang jer, hormat cara pnulisan ssorg blogger tue..klau ada org kritik cara pnulisan kita, aggplah org tue sygkn kita..tp kna ingt, nak kritik, kritik scra bhemah..:)

  • landax

    14 August, 2010 at 10:44 am

    ceiiit~~ingtkan ariff~~lebey kurang dengan penulisan ariff.huhu~~
    anyway~memang betul pun,x kan le blogger2 otai yang mempunyai komen beratus2 ada masa nak balas semua beratus komen kat situ kan??

  • Bro Framestone

    15 August, 2010 at 2:15 am

    la…. een ke yang menulis he…23x

    bro cakap terus terang.. bro dah lama juga xwat blog walking… dah lama xde msa nk terjah blog rakan2…

    bukan niat nk menyombong, cuma kenyataannya bro kekurangan masa untuk perkara tersebut…

    buat blogger2 yang baru nak naik…

    pesan bro adalah… pastikan kualiti penulisan anda.. dan bukan kopi paste dari paper ke or blog org lain.. mulakan dengan identity anda…

    lagi satu tolong jgn semakkan blog anda dengan benda xpatut.. bikin berat je nk load masuk blog korang…

  • mr cEro

    15 August, 2010 at 1:36 am

    kdg2 sendiri yg label diri otai..
    baru dpat followers 400++ dah pandai nk kata blog ni bagus, blog yg tu tak bagus..
    sbnrnye, bergantung kpd niat blogging..
    kalo niat nk femes, kdg2 lupa diri n besar kpala..
    tu yg jadi sombong tu..

  • AnwarOsman

    15 August, 2010 at 12:57 am

    ntah… aku main hantam kromo ja komen blog org. otai ka tak aku x pernah amik bab. kalau penulisan tu bagus bila dibaca, kasik komen +ve. kalau x berapa nak bagus.. aku selalu diamkan diri ja. cuma kadang2 terbabas juga mengomen. sorry.

  • tpinky

    15 August, 2010 at 12:47 am

    sy blogger bru juga, mmg menarik bila tgk blog dr xpert blogger. kdg2 komen juga tp tak kisah pun kalau tak dibalas sbb bila komen sesuai pd entri komen tu xperlu direply pun.. errm lg satu, kalau dah berbalas-balas pantun better minta trs ym blogger hihihi…. boleh tanya khabar dlm tu
    nice entri…. i like it!!

  • eiyda

    15 August, 2010 at 12:46 am

    pernah lah bc kat satu belog ‘otai’ ni tulis…xsuke masuk komen kt belog yg gune belog sepot..huhuhu..terasa i yg gn belog sepot neh…kekadang bukan nye mengharap sangt pon kan..tp kalo sekali dtg jenguk tinggal jejak kt shoutboxx pon da rs dihargai….wallahualamm

  • mj

    14 August, 2010 at 8:09 pm

    saya juge setuju.. ramai gak blogger baru yang hebat eh. sy gak merangkak2.. hehehe.. banyak tanggungjawab la plak.. tak bleh >50% kat belog T_T

  • Maliq

    14 August, 2010 at 7:21 pm

    aku suka panggil orang otai,sifu,tokey sebab memang aku suka.haha

    alah bukan apa..dalam internet ni..istilah2 camni lah yang mesra alam dan membuat kan anda dekat di ahti..chewahh :D

  • eyra

    14 August, 2010 at 7:15 pm

    aku tak setuju sebab rata-rata yg aku kenal ok je?

    heee cthnya ko la ariff. pemalu lg ade la aku tgk. tak sombong (ko otai ke?) hahahaha

    fazreen pon otai kan? tu lg syok. lepak sampai nakm jatuh pengsan.

    amanfirdaus, walaupun susah nak jmpa tp bila dah jmpa lek je. ahaks.

    piratz, siap buat acara santai sambil guling2 atas lantai citer pasal dunia blog.

    khai yg aku jmpa pon tak sombong. lek lek je lepak kan ariff?

    lg sapa? sapa? elok je semua aku jmpa. semua tak sombong.

    heeeeee maka, tiada makna otai atau tidak bg aku :)

    • ariff

      14 August, 2010 at 6:35 pm

      Pro ni adalah orang yang buat duit dalam bidang yang dia ceburi. Itu basic definisi professional ni. Jadi kalau ikutkan, ramai dah blogger kita yang pro sekarang ni.

  • Nabiel

    14 August, 2010 at 6:18 pm

    wahhhhh~
    writter jmputan yea bro~hehehe..
    nway, aku dah buhsan dgn keadaan Gb skrng..
    tak macam dulu..aku rase nak bergaul kat sane macam terhad dah..
    dulu bebas!

  • amyemyla

    14 August, 2010 at 5:56 pm

    hurmm btul tuh
    tp setiap blogger ade target masing2
    ape diorg nak letak kt blog die..ske ati die..internet bkn sape2 punye..
    bg ak lbh suke wat blog utk suke2
    lbh kurang cam ape yg brlaku dlm idup n ikut mood
    xberniat nak naik kan visitor kt blog
    layaannnn
    blog lbh krg cam fb …wat memenuhkan ms trluang je..
    mgkin xde maksud atau ntah pape
    tp ade tmpt nak luahkn rs ati
    lbh krg cm diary eletronic la kan…tp xprivasi

  • amoi

    14 August, 2010 at 3:11 pm

    bagi aku tak ada otai dalam blogsphere ni. HOHO.
    aku ni dah lah liat nak balas komen kat blog. tapi kadang2 tu aku blog walking dan bukan sekadar tinggal msg kat shoutbox je taw. aku siap komen entri blog org tu segala. kadang2 aku tengok entry dorang tak berapa menyengat. tak kan aku nak buat muka tembok komen gak? HAHA

    actually, mereka yang gelar blogger tu otai sebab banyak followers je. banyak followers tak semestinya OTAI right? LOLOLOLOLOLOLOLOLOLOL

    • Fazreen

      14 August, 2010 at 3:37 pm

      yup…dan aku pun tak suka orang cakap aku hebat sebab follower twitter ramai..ada apa dgn follower? tapi aku menghargai follower aku..

      aku suka term “entri tak menyengat”..haha..boleh jadi bahan

  • zulkbo

    14 August, 2010 at 2:53 pm

    salam Arif..
    penulisan yang menarik dari
    blogger undangan anda saudara
    Fazreen atau Een…semoga
    beliau terus berjaya..
    blogger otai ke tak otai
    kalau suka baca tak suka
    baca la jugak..lepas jangan
    la datang lagi..he he

  • EV

    14 August, 2010 at 2:36 pm

    istilah otai tak perlu digunakan sebenarnya..Bloggers semua same saje.cuma lama dengan tak lama je dalam dunia blog.btw,suke entri ni ^_^

  • rashid

    14 August, 2010 at 2:24 pm

    Tanggapan blogger otai memang ada pada diri blogger yang baru nak berjinak….tapi bile dah berbulan-bulan berblog, kita akan selesa dan rasa diri kita otai plak dan otai-otai blogger tadi lebih kurang jek ngan kite…so kalau berblog tak sampai sebulan, jangan cakap, just do it…!!!hehe

  • mrnamie

    14 August, 2010 at 1:44 pm

    haha.. sebab kes ni la aku buat entry mengenai tips yang sesuai ketika blogwalking. Sebab ramai yang “TERLALU” mengharap balasan waktu blogwalking. Kalau ada masa, boleh singgah kat entry tu melalui commentluv kat bawah nih.. :)

  • kazen

    14 August, 2010 at 1:31 pm

    huhu ade betul ade x jgak….kdang2 kite follow blog org n tinggalkan pesanan perhap die follow jugk tp ade yang tak….”mahu follower tapi tak mahu follow”…ak pum blogger baru lagi..tp ak dh tau byak bende SEO,traffik, design blog and byk lagi laa…masa yang kita luangkan utk blog kita memberikan kita kefahaman lagi tentang dunia blogging nie….ak selalu lepak sini..blog neo n blog nescafe…tp xsemua post die ak tinggalkan coment..saje je masuk cari ilmu.cikit2…cam kat belog nescafe (maribina) ade jugak yg ak tolong jwbkan comen bg pihak nescafe sbb die tak sempat nak reply comen tu…apa2 pum be free jangan berprasangka buruk kerana dunia blogging juga dunia kesabaran,,,peace :>

  • Lord Zara

    14 August, 2010 at 12:56 pm

    Ramai juga yang claimed masing2 blogger otai. Orang lain pula ada yang aggap kalau follower ramai tu otai. Nope peeps, korang salah.

    Contohnya, aku menulis disebabkan ianya satu terapi untuk aku.
    Dan semenjak aku kerja, aku jarang blogwalking, so, ramai yang hantar email atau komen yang marah2 aku (ya, pernah dikatakan sombong berlagak segala) sebab aku tak return visit.

    Haish.
    Macam2 kan?
    Dan aku lebih suka balas di Twitter atau di FB.
    Senang.
    Tak boleh expect aku macam dulu lagi, return blogwalking etc.

    But as usual, blog kau aku akan masuk (bukan bodek ya). dan ada beberapa blog lagi yang aku akan masuk setiap hari, sebab aku suka baca apa yang ditulis. Dan aku masuk dan usaha tinggalkan komen sebagai tanda penghargaan aku disajikan dengan isu atau info yang menarik.

      • Lord Zara

        15 August, 2010 at 6:20 am

        Fazreen,

        Orang nak paksa aku menulis?
        Oh, tak mungkin (kecuali novel online aku tu, memah orang kena paksa skit)

        hahaha.

        dan kamu, terima kasih atas tips tu.
        :)

    • ariff

      14 August, 2010 at 6:05 pm

      Cik Zara ni adalah antara yang terpaling awal mensupport blog.ariff. Terima kasih banyak-banyak.

      Betullah, ada blog yang kita baca, ada blog yang kita tak minat nak baca. Itu normal. Point is, blogger tu sendiri kena pandai cari market/pembaca untuk mempromosi blog dia atau tulis sesuatu yang orang nak baca.

      • Lord Zara

        15 August, 2010 at 6:22 am

        sebab menarik.
        lagipun, aku memang suka membaca. walaupun aku tak selective time membaca, tetapi aku kena jadi cerewet juga kalau dah melibatkan masa.

        some blogs (sesetengah je, aku tak kata semua), menulis guna singkatan pelik2 yang otak aku tak boleh terima. kalau skit (as for sedikit) aku boleh terima lagi. tapi kalau dah sepanjang2 tulis, jew, kowunk,gurauw bagai, memang otak aku kejang nak baca~

        student aku kalau tulis camtu kat message ataupun sms aku, haram, aku delete terus~ hahaha~

  • nursarah

    14 August, 2010 at 12:31 pm

    huhuhuhuhu…………………

    aku malas nak ulas pnjg, sebab aku pun jarang blogwalking, jarang balas komen. tapi aku adalah pembaca kepada blog-blog yang aku suka baca. waktunya bila, terpulang aku. tak semestinya hari-hari jadi pembaca yg sumbang trafik. aku anggap diri aku sebagai pembaca. bukan spammer nak blog dikunjung balik.

    benda camni sungguh hanya perkara kecik. byk lg benda lain nak kena pk. tanya diri apa sebab blogging. nak share penulisan, atau nak judge penulisan orang.. fikir2kan.

  • tarmizishukri

    14 August, 2010 at 12:25 pm

    Sama2lah kita bersatu utk meningkatkan “industri blogging” tanah air… Kurangkan kontroversi, tingkatkan kualiti penulisan.. Doa2 semua dapat PR10 di bulan puasa ni.. :p

  • fazidahaziz

    14 August, 2010 at 12:16 pm

    tak kisah ler otai ker tidak…janji aku suka baca…..hehehe smp x larat nk gali balik entry lama..( tp abis gak kot)…(^_^)

    • Fazreen

      14 August, 2010 at 3:11 pm

      yup..internet bukan milik siapa-siapa. masing-masing berhak untuk menonjolkan diri. Siapa berani dia akan ke hadapan. siapa pengecut akan tertinggal di belakang.

  • AyongQiela

    14 August, 2010 at 11:43 am

    otai tak otai. rasanya tak perlu istilah tu kot. even die dah lame bloging,tp if die tak mahir banyak benda, still tak sama dengan yang baru blogging, tapi tahu banyak benda. so, takdde istilah otai tak otai. dunia maya skrng sama je ngn dunia nyata. kena pandai bawak diri. :)

  • zulman

    14 August, 2010 at 11:35 am

    saya terasa sangat dengan entry ini… pengajaran baru buat diri saya yang baru nak berjinak2 dengan dunia blogging nie. Alhamdulillah, semenjak itu saya sudah mula kenal dengan beberapa buah blog yang bagi diri saya terlalu menarik untuk dibaca. Saya ambil pengajaran dari apa yang saya baca. Sejak dulu saya memang suka menulis. Cuma baru sekarang nie baru kenal dengan dunia blog. Saya tidak segan silu memberi komen kpd entry2 blogger lain, dan saya selitkan juga kata2 yang saya sebenarnya ingin belajar dan ingin menimba ilmu daripada mereka. Betul… sebagai orang baru macam saya, saya amat perlukan ‘balasan’ komen daripada mereka. Tapi, saya tidaklah memaksa. Apa boleh buat, kan… Orang tak nak balas pun tidak mengapa, tetapi saya tetap teruskan perjuangan penulisan saya. Saya faham, setiap saat dan waktu yang ada bukanlah hanya dihabiskan untuk membalas komen orang lain. Tidak juga boleh untuk dihabiskan semata2 untuk berblogging… Perjuangan tetap diteruskan..!!

    • Fazreen

      14 August, 2010 at 3:17 pm

      salam zulman. memang agak terasa bila kita bertanya, tinggalkan komen tapi tidak dilayan. tapi setiap orang ada urusan tersendiri itu harus kita paham. Sometimes dibalas juga..cuma lambat atau cepat saja. Apa yang boleh saya cakapkan, jangan putus asa teruskan berblogging. :)

      • zulman

        14 August, 2010 at 4:28 pm

        wsalam fazreen, iya… memang betul sekali. Kerj berblogging nie kena tengok masa, tidak semata2 24 jam kita dapat nak meluangkan masa. Saya amat faham… semua kita ada urusan sendiri, saya juga begitu. Kita ada komitmen lain yang lebih penting daripada berblogging… bagi saya ini hanyalah pengisian masa lapang dan sebagai minat yang tidak pernah padam. Saya memang tidak akan pernah berputus asa…

        Terima kasih diatas balasan ini dan nasihat yang diberi… saya amat menghargai… Saya tidak akan pernah berputus asa kerana menulis ini adalah minat saya sejak dibangku sekolah lagi…

  • kakzana

    14 August, 2010 at 11:20 am

    salam….
    bagi akak biasa je kalau org taknak dtg melawat blog kita, walaupun kita rajin komen kat blog org….akak ni berblog dah masuk 2 tahun rasanya, follower takde beribu, bukan pandai sgt tp sambil berlayar ke blog org, kita tumpang belajar dr mereka….
    hidup ni jgn terlalu mengharap dan jgn berburuk sangka!!

    • zulman

      14 August, 2010 at 11:41 am

      betol… kita tidak boleh berharap dan jangan sekali buruk sangka… saya tidak juga pernah beranggapan begitu kepada mana2 blogger. Cuma yang sering berlegar di otak fikir, biar kita ikhlas dan jujur bila memberi komen. Dan begitu jua sebaliknya…

  • iddin

    14 August, 2010 at 11:12 am

    Bagi blogger yang baru mungkin yang paling senang dapat trafik ialah melalui blogwalking.. sebenarnya yang paling membawa traffik ialah jika kita dapat 1st page dalam Google search dalam satu-satu topik… so janganlah kita anggap blogger otai sombong kerana mereka juga ada kerja lain… macam anda juga kalau ada kelapangan baru blogwalking… jangan terlalu mengharap balasan lawatan dari orang yang di lawat kerana mungkin anda akan kecewa… bersyukur dengan apa yang ada…

  • Azrul

    14 August, 2010 at 11:10 am

    Ada apa la sangat dengan istilah otai blogger tu agaknya…ekekeke

    topik pasal otai blogger sombong kat GB tu buat aku gelak guling-guling je…

    tapi aku sependapat dengan ko pasal isu ni :)

  • afiq aiman

    14 August, 2010 at 11:07 am

    kita sbg blogger tugas mudah je…sampaikan apa yg kita ada dengan ikhlas agar apa yg kita sampaikan dpt mnfaat semua org…so sesama blogger perlu ada ukhwah yg kukuh agr misi sebetulnya blogger wujud tercapai

  • Piratz

    14 August, 2010 at 10:55 am

    Aku suka dengan ayat nie.. Setuju sangat…
    “Jangan terasa hati kalau blogger ‘otai’ tak jenguk blog korang. Mungkin blog korang bukan cita rasa dia.”

    • ummu

      31 October, 2010 at 10:59 pm

      Assalamualaikum saudara Ariff dan penulis entry ini
      saya setuju dengan Piratz,”“Jangan terasa hati kalau blogger ‘otai’ tak jenguk blog korang. Mungkin blog korang bukan cita rasa dia.”

      saya sendiri sebelum memiliki blog, saya cuma jadi silent reader blog ini dan beberapa blog lain.

      Terima kasih dengan entry ini ia menyedarkan saya betapa perlunya saya membalas kembali komen teman2. Saya sendiri baru dalam blogsphere ini dan sering terlepas pandang utk membalas komen atas faktor tertentu. nampaknya, selepas ni saya kena alert dgn komen teman2.:)

  • syahirul

    14 August, 2010 at 10:49 am

    fuyo bila entri sarcastic ditulis.. hilang terus cara tulisan ariff.. smua org dapat agak.. gyahahahaahhahh~

    betul ape yg een tulis atas ni.. aku sokong aje.. masuk ni dah berapa byk blog dia tulis.. bape byk blog dah dia dapat anugerah author.. gyahahahahahh~

    blogger otai? aku rasa tak pernah ada dan tak pernah wujud.. blogger mahir / tak mahir ada la… ataupun satu lagi blogger yg ada pembaca setia ngan takde pembaca setia lagi..

    • Fazreen

      14 August, 2010 at 2:47 pm

      tau tak pa. komen blog orang lain dengan harapan tuan blog nak datang blog dia blik. tak ikhlas namanya tu. komen biarlah penuh dengan something yg boleh dikongsi.

  • denaihati

    14 August, 2010 at 10:35 am

    Ni pun strategi bagus untuk blog marketing. Kerjasama yang baik antara blog baru dan blog lama iaitu menjadi penulis jemputan atau menjemput penulis jemputan.

      • Fazreen

        14 August, 2010 at 2:19 pm

        Yup. cara ni masih ramai lagi orang kita yang takut nak buat dan tak tau. mungkin nanti kita boleh baca banyak lagi artikel dari penulis jemputan. terima kasih bro kerana memberi pandangan

  • hafizarshad

    14 August, 2010 at 10:34 am

    otai memang dah otai. ada otai rock..ada otai alim..ada jugak otai selambe radak je…tapi selagi dia bergelar otai, memang kita perlu hormat dia la ape pun decission dia…=) sebab dia memang otai…=)

    • Fazreen

      14 August, 2010 at 2:21 pm

      selagi ada orang gelarkan dia otai selagi itu lah orang akan respect dia. Benda ni lebih tepat kalau kita cakap hormat menghormati. thanks bro sbb berkongsi pandangan

  • DaHLia

    14 August, 2010 at 10:28 am

    la…yer yer je ingatkan Ariff yang tulis artikel ni..
    Anyway, sebenarnya xde istilah otai ke apa ke..semua blogger pada aras yang sama..
    apapun, kena sentiasa banyakkan belajar.Jangan kedekut ilmu, bodoh sombong dan jangan berasa terlalu merendah diri.
    Untuk yang berfikiran begitu, cuba kenali dulu..lain orang lain sikapnya..

    p/s: daku blogger picisan.. :)