
Orang makan gaji biasalah, kalau pertengahan bulan je ada yang mula ikat perut sebab gaji awal bulan hari tu dah habis. Orang yang berniaga tak ramai yang mengalami masalah ini sebab kalau nak berniaga, running cash mesti ada untuk menampung perniagaan atau perkhidmatan yang diberikan tu berterusan jadi duit masuk pun berterusan, tak kira masa.
Menyimpan wang dan melabur adalah dua perkara yang sangat digalakkan terutamanya yang baru bekerja ni. Lupakanlah nak membeli gadget baru seperti iPhone 5 sebab kalau nak ikutkan nafsu tukar phone setiap kali phone baru keluar, memang sampai bila takde simpanan yang banyak. Tapi menyimpan wang terlebih banyak pun sampai mengganggu kualiti hidup adalah sesuatu yang tidak baik. Saya gelarkan keadaan ini sebagai over-saving.
Over-saving berlaku apabila kita menyimpan/melaburkan wang terlebih banyak daripada apa yang kita mampu. Ini mengakibatkan kekurangan wang tunai dalam tangan untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Duit yang disimpan/dilaburkan tu of courselah tak boleh diusik, kalau guna jugak macam no point kita simpan awal-awal tadi. Jangan biasakan diri ‘korek tabung’ bila tiba-tiba sesak sedikit, lama-lama nanti boleh menjadi satu tabiat yang tidak baik.
In my case, bulan ni saya terlebih simpan duit dalam akaun lagi satu menyebabkan cash dalam tangan terkurang sedikit daripada biasa. Jadi dalam masa dua minggu ni kenalah kurangkan perbelanjaan. Walaupun cukup kesemuanya, tapi kalau apa-apa berlaku, susah nanti dan berkemungkinan besar simpanan/pelaburan akan terganggu.
Satu lagi keburukan orang yang over-saving ini ialah, bila mereka nak berbelanja ada kemungkinan mereka akan berbelanja lebih. Yelah, kalau dah hidup terlalu berkira atas alasan berjimat cermat, ada kemungkinan mereka akan ‘membalas dendam’ bila ada peluang nanti.
Menyimpan ni bagus, tapi kalau simpan banyak sangat sampai menyengkek (dalam bahasa omputih – being frugal) pun tak bagus sebenarnya. Hidup pun boleh jadi stress. Ada orang sanggup hidup macam ni yang membuatkan saya kagum dengan kesederhanaan mereka yang terlalu ekstrim kadang-kadang.

Comments
18 responses to “Belum Cukup Bulan, Duit Gaji Dah Habis”
masalah standard setiap bulan… makin parah kalau musim perayaan
aku tengah syok beli emas, mujur ingat duit cash kena ada sikit. kalau tak berlakulah macam cerita di entri ini.
saving 30% dari pendapatan,betul ke teori ni?
Sekarang orang bayar kereta pun ada yang sampai 30% daripada pendapatan. Jadi kalau saving banyak tu kira bagus sangat dah
kena pandai cari income kedua jika hal ini berlaku, agar kehidupan lebih bermakna buat isteri dan anak2 bg yg dah berkeluarga, bagi kedua ibubapa bg yg masih bujang
Oversaving ada baik dan ada buruknya. Kepada yang nak kawin, seeloknya simpan dan oversaving supaya tak pinjam duit Bank untuk kawin. Ia juga boleh digunakan untuk emergency seperti kereta atau motor rosak teruk tengah bulan.
Dalam kes simpan atau belanjakan wang gaji memang kena ada disiplin agar mudah kita kawal
hohoohoho…susah jugak bab menyimpan ni..habis selalu cakap kat diri ‘takpe jarang nak manjakan diri” padahal..dibuat selalu wakakkaa…mcm mana kes ni bro? :p
Emm tajuk ni selalu jer hadir dalam hidup aku..adoii ntah macam mana nak buat ni…
Kalau terlebih simpan ada kemungkinan akan terbelanja lebih.
Macam mungkin boleh ibu bro simpan sedikit duit gaji supaya boleh dikawal.
Saya sendiri ada masalah begitu. Saya jarang belanja dan selalu saving. tapi sekali berbelanja. Habis duit poket.
Ini berlaku pada aku. Belum cukup bulan. Elaun dah habis. Nak kata boros ? Tak juga tapi sekarang keperluan tinggi. Maka duit pun tak cukup~
Nak kata oversaving ? Memang tidak.
Sya pun jarang berbelanja. sekali belanja, huhu…. bnyk ler duit keluar
saya rasa, saya dalam kategori org yg simpan duit oversaving, pastu kalo dpt peluang belanja, mmg belasah abis abisan kasi puas..
Ramai yg fikir bila kita tidak mengikut trend gadget kita akan menjimatkan wang … betul ke? Masalah pertama sebenarnya untuk mendapatkan gadget yg pertama. Kalau dah ada gadget pertama contohnya iPhone 4 makan sudah mudah untuk tukar ke model baru kerana kita hanya perlu trade in yang lama dan gantikan dengan model yang baru. Kalau tak trade in yang lama harga akan semakin merudum. Contohnya kepada yg mempunyai iPhone 4S hanya perlu top up sikit untuk dapatkan iPhone 5 tapi kepada yg masih pegang iPhone 4 perlu top up lebih banyak sebab harga dah jatuh banyak apabila keluar iPhone 4S. Perkara yg sama juga berlaku pada kenderaan seperti motor dan kereta.
tp selagi fungsi dan praktikalitinya sama, kenapa perlu tukar? selagi boleh berkomunikasi, melayari internet dgn mudah, rsnya xperlu kot nk trade in yg lama smata2 nk ada model yg terbaru.
kdg2 ‘overfunctioned’ yang ditampilkan dlm smartphone2 lately ni yg byk membawa kpd overspent.
cthnya mcm kemudahan download apps yg serba sedikit kena kluarkan duit utk beli apps. xpon package smartphone oleh telco2 yg xdela murah smata2 utk nk capai internet yg last2 hanya digunakan utk berfb, tweet dan wassap dan bukannya utk mencari info2 ilmu berguna. byr RM100++ utk berfb 24jam dan mengganggu produktiviti, bukankah smo tu membawa kepada pembaziran utk negara dlm konteks luasnya?
sekadar berkongsi :)
Saya lebih setuju bro Denaihati cakap. Tapi mungkin certain orang saja yang boleh amalkan cara camni. Lain orang lain cara.
over-saving. new word to me, thanks bro :)