Belum Berhenti Menulis Lagi

Reading Time: < 1 minute

Untitled
Lama tak update sampai kena tegur dengan penganggur ensem ni. Macam-macam berlaku dalam hidup ni sejak dua tiga hari saya mendiamkan diri ni.

Dah seminggu berada di tempat kerja yang baru. Seperti biasa saya tak akan bagitahu di mana dan apa nama company dalam blog ni, cukuplah nak cakap syarikat ni pun ada kaitan dengan aviation. Terletak bersebelahan lapangan terbang, jadi ada feeling macam Moscow sikit bila nampak banyak kapal terbang dan jet pejuang lama bersepah di sekeliling hangar.

Kerja dari 8 pagi sampai 5 petang. Bulan puasa balik awal sikit (4 petang), tapi sama je sebenarnya sebab jalan yang dilalui tu memang confirm traffic jam. Motor laju macam mana pun kalau traffic jam takdelah laju mana pun boleh pergi.

Tempat kerja best. At least ada career path yang dah dirancang oleh bos sepanjang saya berada di situ. Kawan Moscow lagi dua orang ada, dua-dua pakai cermin mata dan left handed. Agak kelakar kalau ketiga-tiga orang duduk bersebelahan, dah macam 3 stooges.

Masih sedang mengadaptasikan diri kepada jadual harian yang baru. Memang berharap sangat dapat kembali menulis setiap hari seperti biasa. Nak update blog kat pejabat memang tak boleh la. Not my policy. Alasan pertama sebab memang tak patut. Alasan kedua, my boss reads my blog. haha..


Posted

in

by

Comments

33 responses to “Belum Berhenti Menulis Lagi”

  1. Ramzi Avatar

    Moga2 bisa membagi waktu dengan baik, sayang bila punya blog yang dah besar tapi tak terupdate

  2. AnneHilda Avatar

    at least abg Arif ni x cm org lain.. masa keje suka2 hati nak wat ape.. nway,, saya pernah dengar satu tazkirah ni.. dosa yang kita selalu buat tapi x pernah minta ampun.. sbb kita x sedar tu dosa.. apa dia?
    CURI MASA.. kalau kerja.. curi masa maksud, guna kan masa keje kita, utk buat benda yang ‘luar bidang keje’

  3. muazfaris Avatar

    hihi.. boleh wat tips, cara update blog sewaktu berkerja.

  4. azriMy Avatar

    Hai Boss :) *mesti dia baca ni kan :p

  5. Hafizul Avatar

    Wahh tak update blog kat pejabat yer..bagus la mcm tu..amanah kerja kena bg komitmen 100%..emm harapan aku pun jadi mcm saudara arrif jugak..kat pejabat just buat kerja pejabat jer..hehe

  6. Ajumohit Avatar

    Saya nak tanya, uv klik blog saya daily melebihi 1000 uv klik, tapi saya tak tahu nak apply untuk iklan berbayar di blog, boleh En arif advise? Tingin nak dpt income dari blog, skrg ni saya pasang iklan nuffnang dan exabytes je, google adsense memang tak layaklah

  7. iAwani Avatar

    kalau dah ada iPhone dan ada 3G, pastu ada pulak app WordPress For iOS, maka bolehlah berblog walau sekadar teks sahaja.

  8. madammondoq Avatar

    ingatkan dah jangkit i tadi.. hehe…

  9. adillaharun Avatar

    Semoga serasi dan kekal dengan suasana dan tugas baru!

  10. farouq Avatar

    tempat kerja baru, gaji baru juga:)

  11. Man Avatar

    ajak bos tulis blog sekali. kompem diberi kelebihan lebih. =)

  12. hazman aka species1980 Avatar

    Hurmmm… mesti bro keje kat area SUBANG AIRPORT nie… kalau KLIA confirm gua tahu punya….hahahahha

  13. Akak Tulip Avatar
    Akak Tulip

    Selamat memulakan alam pekerjaan. Jadi lah mentimun yg kuat. (Mentimun=pekerja).bkn mudah menjadi mentimun kerana mentimun sgt lembut.hehe. Nanti bila dah absorb dgn kerja baru,mesti boleh congak2 masa ber’blogging’.

  14. Ekspresi Ruang Avatar

    keje kt Subang kot. ntah2 kat company bangunan biru dkt roundabout kecik tu. huhu. haritu jalan2 kt Subang ngan family and adik ipar. dia pilot firefly. so dpt akses masuk jln2 kt tepi hangar :)

  15. daddydee Avatar

    Semoga terus maju jaya tuan

  16. Fazrol Avatar
    Fazrol

    Peknen? Ha ha…
    Tue dia bila dah ada pembaca tegar…
    Best laaa keje, dah ada kawan2..

    Update blog guna auto publish la bro…

  17. khairil Avatar

    bahaya tu bila bos baca blog.haha.

  18. Huda Avatar

    Aviation.. Sebelah airport.. Spirit AeroSystem?

  19. LynnAiza Avatar
    LynnAiza

    haha. hati2 la kat office tu. bos pantau.
    good luck ariff.

  20. abangensem Avatar

    Malunya gua.. Gambo henpon gua masuk blog lu.. Ek eh.. Bila masa pulak gua punya skrin camtu?

  21. Sop Avatar

    boss pun baca blog bro? mmg bahaya
    x leh update sebarangan hehehe
    blum sesuaikan diri dgn jadual,, nantri dah ok, laju blk la tuh.. huhuhu

  22. halif Avatar

    Tahniah. teruskan menulis.

  23. Sya Isya Avatar

    sama lah dengan Sya. Masa Sya kerja dulu pun tak suka blogging time keje. Plus company memang pantau website yang kita masuk. siap blogspot dan facebook kena block . Haha.. amekaw! Very strict company. Internet pun tak semua orang komputernya ada internet. Nak internet kena apply and dapatkan approval dari boss. Level engineer ke atas biasanya dapat internet. Yang lain2, bawa broadband sendiri / guna smartphone je.

  24. titan Avatar

    haha.. bos dan ex-ex boss aku pun baca blog aku. masalah bila diorang tahu kita ada blog. macam-macam benda diorang tanya..

    1. Sya Isya Avatar

      mesti boss dan ex-boss ko tanya berapa income blogging ko, kan :D

      1. titan Avatar

        macam biasa la aku cakap.

        “income saya juta-juta boss..”

        haha..semua boss aku kena kelepet.

  25. Juan Avatar

    kena teruskan menulis

  26. akubiomed Avatar

    Masih di tempat kerja sama atau sudah berhijrah ditempat baru? Bro bersama Airod yer?

  27. Nadot Avatar

    hebat ah sampai bos bace blog dia… seb baik best eh tmpat baru ni..gudlak eh ;)

  28. Dadan Avatar

    Semoga sukses selalu dalam pekerjaannya bro, mungkin harus extra bagi2 waktu supaya dapat update blog

  29. Izwanyusof Avatar

    dah keje ni malam2 je la nak ngadap blog. tu pn kalau tak penat.

  30. sweetkurma Avatar

    moga sukses dengan kerjaya yang diceburi… :D

  31. Syaz Avatar

    hahaha.. boss pun bce blog, tengok2 boss pun ad blog.. lagi hebat!!.. hahaha.. lain kali beli moto KSR bro, baru boleh cilok mencilok.. haha