Belog Saya Kini DoFollow

Selama ni aku ingat belog aku ni DoFollow. Sekali view source baru tau rupa-rupanya ada nofollow. So untuk pengetahuan korang, blog wordpress adalah by default akan ada arahan nofollow kat bahagian komen dan setelah melakukan pembacaan, kebanyakan blog besar-besar yang ada Google PR5 adalah DoFollow pada komen section dia! So kesimpulan mudah di sini, follow atau tidak, ianya bukan sole criteria untuk Google tentukan pagerank blog korang. Oleh sebab itu, aku menyeru kepada semua blogger tegar yang menggunakan platform WordPress untuk memasang plugin  DoFollow pada blog mereka untuk keamanan sejagat.

[Baca kenapa NoFollow itu jahat] (English)

Alang-alang aku tengah cerita pasal komen ni, ada baiknya aku ajar sikit etika meninggalkan komen. Aku kurang faham sebenarnya kenapa perlu untuk sesetengah orang letak link ke post atau blog mereka dalam ruangan komen. Kan korang dah isi form atas tu dan kena letak url ke blog korang sendiri, jadi kenapa pulak nak susahkan diri letak link kat dalam ruangan komen pulak? Kalau tak cukup, siap ada CommentLuv lagi yang kasi link ke latest entri kat blog korang. Apa lagi korang nak? Kenapa macam nie??

Contoh yang dimaksudkan

Bukanlah apa sebenarnya, macam kurang sopan la. Komen tu nanti akan masuk sebagai spam. Kalau aku lupa nak approve, nanti korang cakap aku ni tak jaga blog pulak. Kadang-kadang aku sakit mata jugak tengok link spamming macam ni. Jadi sebagai pengajaran, lepas ni memang aku tak akan approve komen yang ada link spamming. Minta maaf banyak-banyak. Sila jadi blogger yang professional, ikut etika yang betul. Jangan datang blog orang, main redah je apa yang boleh redah. Memanglah pemilik blog sentiasa mengalu-alukan visitors masuk ke blog, tapi kena faham mana-mana pergi pun kita mesti ada adab. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum, masuk blog aku ko jangan nak spam pulak.

Orang Malaysia kaya dengan adab sopan dia. Betul tak?

Kalau nak tau, sebenarnya tak berkesan sangat ko spam macam tu. Biasanya aku akan visit balik orang yang tinggalkan komen ni, tapi kalau aku nampak orang spam link ni, memang aku buat tak nampak je lah komen yang macam tu.

Untuk pengguna blogspot pulak, kalau nak elakkan perkara ni, tolong la allow orang komen guna nama dengan url je. Kebanyakan blogger tak suka guna Google Account, kalau tak login kena login dulu. Lepas tu dah login ada pulak word verification. Lepas tu kalau nak cepat sebab banyak blog lagi nak visit sekali salah isi pulak word verification tu, kena isi balik. Adeh~ Kau nak kasi aku komen ke tak ni?? Banyak sangat halangan dan onak diri yang perlu kutempuhi..

Kalau komen guna Google account, aku pasti 70% pemilik blog tu tak akan lawat balik blog orang yang dah tinggalkan komen sebab leceh. Kena buka Google profile pengkomen dulu lepas tu barulah boleh jumpa link untuk pergi ke blog pengkomen itu. Kalau satu dua orang komen takde masalah, cuba kalau berpuluh-puluh. Sanggup? Kalau korang ni jenis macam Hanis Zalikha, orang akan faham sebab korang ni dah memang popular. Tak cukup masa/tak perlu nak entertain semua commentators. Kalau korang jenis orang kebanyakan macam aku, ikutlah nasihat aku ni ye =) Macam yang aku cakap, untuk keamanan sejagat.

Lagi bagus kalau letak Intense Debate atau Disqus. Aku dah buat tutorial untuk Intense Debate, dan ada beberapa blogger yang dah berjaya pasang Intense Debate berpandukan tutorial aku.

Ariff Shah: Kat twitter tadi, Hanis Zalikha (Hanis Zalikha lagi, apa pasal Ariff Shah ni? Angau ke?) ada tweet Treat people the way you want people to treat you. Ha.. macam tu lah. Eh, ada kaitan ke dengan entri ni? Takpe, layan aje~


Posted

in

by

Comments

37 responses to “Belog Saya Kini DoFollow”

  1. Pinqib Avatar

    Tak paham. la.. kenapa dikira spamming> boleh terangkan dengan lebih jelas?

  2. beliamuda Avatar

    comment luv pun dah cukup untuk dofollow. aku masa ni dah teringat nak buat nofollow lak gak blog. huhu~
    .-= beliamuda´s last blog ..(The Fray) Heartless – Tiada Hati Perut? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Takdelah. CommentLuv bukan nofollow, wordpress akan automatik buat nofollow. View source kat blog ko kalau nak tengok.

  3. dbalkis Avatar

    wah..saya pun masih jahil lagi..kadang2 datang cni tapi x penah mengomen..salam semua…thanks for the info..will keep following u..sangat berfaedah…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kadang-kadang kita ni takde masa nak baca. Nak kejar blogwalking banyak-banyak. Betul tak? Biaselah tu. Terjadi kepada semua.

      Thanks for following =)

      1. beliamuda Avatar

        blogwalking laju2, memang la terlepas. sebab tu kena pandai wat orang tertarik nak baca dulu. itulah yang payahnya.
        .-= beliamuda´s last blog ..(The Fray) Heartless – Tiada Hati Perut? =-.

  4. Lord Zara Avatar

    hehehe~
    betul2~
    aku sokong~
    sebab tu aku allow juga anonymous comments walaupun ramai je yg buat tahi di situ~
    wee~
    eh, I follow-you follow-do follow-jom minum milo~
    it’s rhythm! LOL!

    1. ariff Avatar
      ariff

      boleh2. mari follow mollow, dah follow pun.

      Jom tukar link juga, malam nanti aku naikkan link ko

      1. Lord Zara Avatar

        eh, bukan aku dah letak link kamu dalam blog list aku ke?
        nanti aku buat placement baru untuk org2 yg menyokong (ayat sungguh bajet) aku~
        hehehe~
        .-= Lord Zara´s last blog ..Lelaki Itu Tidak Pernah Gagal Membangunkan Aku Setiap Pagi. Siapa Mengejutkan Kalian Setiap Hari? =-.

  5. shandye Avatar

    sejak beberapa bulan yang lepas baru berjaya pasang Disqus. hasilnya mmg memberangsangkan sbb banyak regular readers ckp jauh lebih senang dan user-friendly utk tinggalkan komen. lagipun nk reply komen2 yg masuk pn leh buat dgn pantas sbb ikut emel je n tak perlu actually goes to the blog to reply. visitors pn byk yg datang semula sbb faktor ni. hahaha…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ada orang xminat banyak sangat email masuk.

      Aku pun lagi selesa reply komen thru wordpress ni sebab tak nak email jadi semak.

      But bagusla, replying komen ni menggalakkan profesionalisma dalam berblogging

  6. nOj Avatar

    still x paham la ngan dofollow n nofollow ni. nanti la ai baca masa ati tgh lapang. skang x lapang. lapo!

    1. ariff Avatar
      ariff

      Nanti saya akan cuba terangkan =)

  7. Ery Avatar
    Ery

    Byk gle spam lepas dofollow.. Seb baik boleh manage lagi

  8. wawaa Avatar

    aku punya intense debate sume masuk spam kat mail.senang nk pasan pasal aku slalu bukak yahoomail… malas nk gune intense debate nye mail…balik2 pon kena reply kat dlm blog jugak kan…tapi kan arif..cmane ek nak buat org yg comment kite tu..follow up dgn next comments…
    .-= wawaa´s last blog ..Bangkok RM709 All inclusive =-.

  9. joegrimjow Avatar

    bab word verification tu ku mmg stuju
    .-= joegrimjow´s last blog ..pengalaman diri di cabul… itu sungguh memalukan! =-.

  10. maisyara Avatar
    maisyara

    ade phm sikit2.. dofollow n nofollow? kt situ yg tk bape nk fhm.. ^^

  11. Eldy Voon Avatar

    Sumbangan yang baik untuk komentar !

    1. Frantz-Senpai Avatar
      Frantz-Senpai

      no doubt
      .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Build your own server =-.

    2. ariff Avatar
      ariff

      Rajin-rajinlah komen sini =)

  12. Frantz-Senpai Avatar
    Frantz-Senpai

    thanx bro.. skang nie baru paham.. ingat dofollow tuh cam commentluv

  13. Mr.Bintang Avatar

    commentluv x berfungsi kat feeds aku. knpe erk?

    kuar mende ni.. bad juju just happened, click the red arrow here
    so aku x leh la nk dpt link dofollow.. :(

    1. ariff Avatar
      ariff

      Aku tengah check ngan CommentLuv. Thanks sebab bagi tau =)

  14. Belog Saya Kini DoFollow | blog.ariff…

    Selama ni aku ingat belog aku ni DoFollow. Sekali view source baru tau rupa-rupanya ada nofollow. So untuk pengetahuan korang, blog wordpress adalah by default akan ada arahan nofollow kat bahagian komen dan setelah melakukan pembacaan, kebanyakan blog…

  15. Mr.Bintang Avatar

    hehe.. aku jeles tngk rank alexa kat sebelah tu… kui kui kui..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Haha. Saje je tu nak jual nama.

      Aku rasa nak try buat personal advertising pulak la. At least ada income tetap dah.

      1. Mr.Bintang Avatar

        yup.. rank alexa ko tu dah cukup menceritakan segala²nya.. hehe..

  16. NoorAfzan Avatar

    aplikasi dofollow tu tuk wordpress aje yee?
    blogspot takde ek?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yang ni tak pasti. Rasanya blogspot memang by default dofollow kot. Tak pernah dengar pulak blogspot nofollow

  17. shahrinabd Avatar

    ngeh ngeh…sy baru prasan setting komen tu kat blogspot. baru je tukar. Time kasih sbb memberitahu pada ku yg tak tau

  18. nursarah Avatar

    baiklah.
    .-= nursarah´s last blog ..beer & tapai ada persamaan. =-.

  19. iamsura Avatar

    owh..saya pun tak tau blog saya nofollow atau dofollow..
    eheheh :D
    .-= iamsura´s last blog ..Iamsura Portfolio dah dibuka :) =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Blogspot biasanya dofollow. Kalau tak silap saya lah.

      1. iamsura Avatar

        ohw yeker..ehehhe
        .-= iamsura´s last blog ..Iamsura Portfolio dah dibuka :) =-.

  20. Helmi Avatar

    Kalau x salah aku, commentluv nye link dofollow. So, kalau buat comment pon dofollow, mcm dah double dofollow lh lebey kurang. Dofollow x bagus untuk SEO, so baiklah klu dilimitkan.

    Macam blog aku pon mule-mule buat comment section dofollow tapi aku buang sebab aku letak top commentataor widget yg bg link dofollow.

    Plus, klu dah dofollow, kenela rajin sket manage comment nye section sbb once taukeh-taukeh spam dpt tau je, mule lah die mengattack lg2 utk blog2 yg de traffic.

    Ape2 pon…semue bende kat dunie ade baik dan buruk. Terpulanglah kat kite utk membalance kan due2 tu.

    p/s Ape google pr5 yg dofollow ek? nak tau gak….hehhehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tengok sini. Hehe.. sesuai dengan niche ko kot. Lagipun English pulak.

      For now, aku buat comment dofollow dulu. Tengok macam mana.
      Yang commentluv tu pun wordpress nofollow kan by default.

  21. Belog Saya Kini DoFollow | blog.ariff…

    Kalau korang ni jenis macam Hanis Zalikha, orang akan faham sebab korang ni dah memang popular. Tak cukup masa/tak perlu nak entertain semua commentators. Kalau korang jenis orang kebanyakan macam aku, ikutlah nasihat aku ni ye =) Macam yang aku cakap,…