Belilah Barangan Jenama Apple & Mengapa Aku Kata Begitu?

Reading Time: 2 minutes

Malam tadi charger aku buat hal setelah 6 bulan lebih aku guna. Ya, aku memang ganas sampai sambungan antara kabel dengan kepala yang charger tu boleh putus. Semuanya disebabkan aku selalu bergerak dari meja ke katil, kabel charger tu ditarik sana sini.

Mula-mula ingatkan dah takde harapan, memang kena beli baru. Habis laa terbang duit aku 120USD untuk nak beli charger baru. Memang hilang mood terus malam tadi sebab duit aku akan terbazir begitu sahaja. Nasib baik @tekong nasihatkan aku kat Twitter supaya check dengan AppleCare dulu sebelum apa-apa. Setelah aku buat research sikit, baru aku tau yang semua barangan Apple ada warranty setahun, termasuk charger MacBook Pro ni. Agak bernasib baik jugak sebab ada 2 Apple service center berdekatan dengan universiti aku (seberang jalan je..), jadi tak perlu untuk travel jauh-jauh.

Pemandangan kat ofis tu..

Pagi tadi aku terus pergi ke pejabat tu. Mula-mula memang tak jumpa, tapi lepas tanya 2-3 sekuriti yang bekerja kat bangunan tu akhirnya jumpa juga. Service center ni tak besar mana, hanya sebuah bilik kecil yang dipenuhi dengan iMac dan MacPro. Kat pintu tu adalah sticker Apple. Masa aku masuk bilik tu nampak macam takde orang. Kalau nak tibai MacBook Pro 17′ atas meja tu pun memang takde orang perasan. Aku ketuk pintu tu barulah ada seorang pakcik keluar dari belakang bilik.

Pakcik tu macam pelik tengok aku, mungkin baru pertama kali ada foreigner masuk ofis dia. Aku terus tunjuk charger aku yang rosak tu. Dia cuba sendiri kat MacBook Pro yang kat atas meja tadi. Tak boleh. Dia minta aku punya MacBook pula dan try. Masih tak boleh. Dia belek-belek sikit charger tu ala kadar sampai puas hati, lepas tu bawak MacBook aku pergi belakang. Aku rasa dia check serial number MacBook aku dalam sistem, tengok ada warranty ke tak. 5 minit lepas tu dia datang balik, keluarkan charger baru dari dalam laci dan bagi aku. Settle. Takde tanya apa-apa langsung atau kena isi borang apa-apa. Aku blah dengan perasaan lega dan gembira sebab duit aku tak habis dan aku tak perlu pinjam charger roomate aku lagi.

Biasanya perkara warranty ni memang bermasalah terutamanya dalam hal nak tuntut gantian yang baru dan tempoh nak repair yang lama. Kadang-kadang ada je barangan yang penting untuk sesuatu produk tapi tak dicover warranty sebab manufacturer yang berlainan. Tapi kali ni memang senang habis. Walaupun aku beli MacBook ni online dulu, dengan mudah aku boleh dapat support kat Russia ni. Teringat pula kat Dell XPS m1730 aku yang rosak dulu. Rosak kat sini, masih under warranty tapi takde service center kat sini. Kena tunggu balik Malaysia baru boleh settlekan.

Jadi kalau korang student, ada bajet dua tiga ribu untuk laptop (confirm ada punya) beli Apple je senang. Ada duit lebih, extend warranty lagi tiga tahun. Kalau rosak apa-apa, tak payah nak pandai-pandai repair, hantar kat service center dia je. Warranty valid worldwide dan mana-mana pun ada Apple service center.. No hal punyalah.

Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

58 responses to “Belilah Barangan Jenama Apple & Mengapa Aku Kata Begitu?”

  1. Zala Wajik Avatar

    tak perlu kot extend warranty ~
    selalunya komputer rosak lepas warranty habis.

    Tapi kalau dah tau perangai ganas sangat, ahakz. ~

  2. AdamHawa Avatar
    AdamHawa

    Salam, ada duit segalanya boleh… Kebanyakan rakyat Malaysia hanya mampu untuk Acer atau Toshiba sahaja. Entah-entah ada yang tak tau Mac atau Vaio itu adalah sejenis notebook. :)

  3. madlut Avatar
    madlut

    wahh..senang sampai macam tue sekali..huhu, kalau ada duit lebih, memang nak sambar apple nie sebijik

  4. faizal Avatar

    apple mmg terbaek, harge pon terbaek tringin nk bli pe kn daye lum mampu lg sob2

  5. cha Avatar
    cha

    barang apple ni mahal gile kot..

  6. Shahiran Avatar

    Adik saya kata rasa kagum tu bermula masa mula-mula beli Macbook lagi. Masuk kedai, tengok-tengok, salesgirl dia datang dekat swipe card kat situ terus gaya beli komputer macam beli topup dengan kawan je.

  7. Encik Blogger Avatar

    mmg terbaek apple.. aku ingt nk rembat satu nnt.. beli tau.. bkn rembat curi tu~

  8. penhitam Avatar

    niyang rasa macam menyesal beli laptop dell nih..

  9. megat Avatar

    adeh, nyesal masuk baca entri ni. teracun juga aku ni kang. dah lama juga dok perati dan mencari laptop terbaik seperti macbook ni.

    1. muhammad fakhruddin Avatar

      Betul3x…dah la musim kawan2 dok pakai iPad je la ni

  10. anikimaro Avatar

    windows atau macintosh? mane lagi cool?

    1. ariff Avatar
      ariff

      setakat ni aku rasa mac ni tak bawa apa2 masalah lagi berbanding windows.

  11. izzat Avatar

    ni yang lagi teracun nak beli MBP ni… :D

    1. ariff Avatar
      ariff

      kalau ada budget and memang time nak tukar laptop, beli je.

  12. chanz Avatar
    chanz

    huhu..bajet tak cukup. I’m going for Dell or HP for the moment.

  13. KNizam Avatar

    aku ada both hp ngan macbook air. mmg cool after sales service depa. hehe :)

  14. iema Avatar
    iema

    tengok harga la….

  15. kudozu Avatar
    kudozu

    terima kasih sebab menggalakkan lagi aku nak beli Apple. Apple’s staff pun boleh datang rumah untuk service sekiranya ada masalah dengan machine.

    tunggu 6 bulan lagi.

  16. Hamdi Avatar

    woaaaa, semua orang beli MBP nih. best ker? nak satu! Dell XPS M1530 aku nih asyik meragam jer. Part paling bosan adalah battery dia tak tahan lama. Dah beli baru jaga leklok pun sama je. Skang full tahan 1 jam. Hahaha.

    1. ariff Avatar
      ariff

      yeah. tu problem paling besar battery XPS. memang tak tahan sebab XPS tu pun memang power consuming.

  17. Kap Avatar

    Epal lebih lazat daripada Beri Hitam :)

  18. Ezany-Kun Avatar

    teringin gak nak beli macbook.. :|

  19. Izwan Avatar

    macam tu punya senang ?.. aku nak claim warranty MP4 brand biasa2 je baru beli sebulan lebih.. nak tunggu siap tu dekat sebulan..jenuh ulang alik PJ – Subang jaya naik LRT..tiap minggu gi tak dapat..macam serik nak claim apa2 warranty kat sini..

    1. ariff Avatar
      ariff

      tengok brand la. kalau macam apple ni, pergi service center dia, kalau dia check benda tu memang meragam dia tukar terus je. tak banyak soal. asalkan ada warranty.

  20. ekspresiruang Avatar

    menarik pandangan yg ariff utarakan ni. aku pon rasa cm nk angkut apple oneday. huhu

    1. ariff Avatar
      ariff

      it’s a good investment.

  21. Farah Avatar
    Farah

    Wah ini sudah bagus!!aku memang tengah cari gajet baru untuk tambah koleksi aku, tapi sebelum ni tak pernah pulak minat dengan produk apple..thanks Ariff sebab kongsi saranan kamu ni…

  22. CikLilyPutih Avatar

    macbook? ermm tengah kumpul duit lah nie. biar mahal asalkan x de banyak masalah kan

    1. Mohamad Fairosza Avatar

      wah bagusnya..kumpulkan utk saya sekali eh…hehe

  23. shahreal Avatar

    Apple dah keluarkan i-phone4 dan tak lama lagi i-phone5

  24. jimms Avatar

    ade byk pro & kontra. kalo gamers mmg mac 2 xde dlm kepala. bg yg minat video editing bla bla ke, yes a must choice.

    aku pnh guna macbook dl lps skola. bru 1 year mcm2 rosak. charger, baterry, screen sensitif. at last aku guna compaq hp. dh masuk 5 tahun guna. alhamdulillah still maintain cool lg.

    1. ariff Avatar
      ariff

      yeah. dalam hal gaming, memang kena kembali pada windows. itu sudah pasti. tapi kalau untuk mainstream user, it is a good choice.

  25. .encik.SEDAP.™ Avatar

    tunngu duit masyok dulu. :)

  26. GREEN APPLE KU Avatar

    Patutlah my bos minat sangat dengan jenama Apple ni. PC dalam gambar tulah bos beli untuk saya guna di pejabat. Memang mahal tapi berbaloi sebab susah nak rosak mahupun di serang virus. Teringin juga nak beli Mac Book. Sekarang tengah tunggu manalah tahu kot2 ada yg nak sponser..hehehe..

  27. Langkah Minda Positif Avatar

    Mek book memang mahal tp mmg berbaloi2 bila dpt memilikinya

  28. Mohamad Fairosza Avatar

    pergh camtu je ke dia tukar..rasanya masa dia bawak laptop tu ke belakang dia dah isikan form yg berkaitan..
    teringat pulak masa kerja kat thundermatch kat lowyat tahun lepas..hehe

  29. faiz Avatar

    bagus btol barang apple…tapi tak mampu la..

  30. Adzriel AB Avatar

    wah..senang ye. tak ada banyak songeh nak tanya banyak soalan. alhamdulillah.. selamat duit!

  31. aizuddin Avatar

    yang study malaysia pakai biasa2 je la dulu..takde duit..lagipun nak cari warranty pun tak susah macam kat oversea

  32. asybedazzle Avatar

    eh berapa eh kena tambah kalau nak tambah waranty 3 tahun ?

  33. Shahrulsite Avatar

    Tip top condition la Apple

  34. Anip Avatar

    Aku pon teringin gak nak beli macbook nie. huhu. bajet duit dalam Rm5000, huhuu. kumpul sikit2 dulu, x sabar nak ade mcbook..

    1. ariff Avatar
      ariff

      5k tu dah power habis. aku punya ni 3k+ je.. hehe..

  35. takky Avatar

    bile dh keje nty…
    mmg nk spend 1st gaji utk bli laptop n hp epal…
    huhuhuuuhu….

  36. syahrilhafiz Avatar

    mak aihh bro.
    mahal sangat etuh, lain la
    ada diskaun ke promotion ke apa ke..hehe
    btw tak le sangkal la gi, apple ni komuniti dia besar,sama gak dengan Linux ;D

    1. ariff Avatar
      ariff

      student discount ada, tapi kena beli online. 10% off kalau tak silap

      1. syahrilhafiz Avatar

        bayar pakai apa lak..
        susah kot..hehe
        btw thanks, ada rezeki aku survey nanti

        1. ariff Avatar
          ariff

          bayar pakai kad ceri maybank tu.

  37. lord zara Avatar

    Sabar Zara.
    Sabar~

    Dang!
    Kau buat aku rasa nak gunakan simpanan aku beli Macbook~
    T__T
    Haish, tu untuk kamera~
    sabar2~

  38. ENCIK TIKUS Avatar

    okey terima kasih kerana berkongsi, Biar mahal sikit membeli kan

  39. kyoo reza Avatar

    wow menarik ah..
    nak beli epal!! :p

  40. sweetlife Avatar

    kalo saya jenis yang lasak pun akan melabur pada benda2 yang tahan lama, tahan lasak walaupun harga mahal..
    berbaloi sebab dah tahu lasak maka kena lah beli benda yang boleh tahan dengan kelasakkan tuannya walaupun mahal…
    berbaloi!! baloi!! :D

  41. tekong Avatar

    aku beli applecare extend sampai 3 tahun. bulan 6 ni genap la 3 tahun dah macam macam aku repair macbook pro aku
    -tukar logic board
    -tukar lcd
    -bateri dah dua kali tukar
    -adaptor baru dapat tadi
    – ingat sebelum warranty abih nak mintak dia checkkan kipas berbunyi agaga

    1. ariff Avatar
      ariff

      jap. bateri pun dia kasi tukar? alasan nak minta tukar camne?

      1. tekong Avatar

        1.download coconut battery
        2.check + tengok batery health. Kalau bawah 80% selagi dalam masa warranty, leh tukar :)

        lagi satu gih dekat Utilities > System Profiler. Tengok kat tab Hardware > Power. Click dan tengok bahagian Health Information. Tengok part condition. Aku punya pernah sampai dia cakap – need checkup ke ape tah.

        upgrade applecare beb. aku upgrade 1200 tapi berbaloi2. sebelum warranty abeh bulan 6 ni nak hantar service kipas dah start bunyi bila overheat huhu. btw nak tambah. aku nye company laptop macbook putih lama hard dish 60GB je. casing/body dah retak. haritu hantar repair, kena bayar 400 tapi body dia kasik baru nye tapi model lama. untuk gak. hehe

        1. ariff Avatar
          ariff

          will definitely upgrade lepas aku settle duit hostel next month. thanks for the advice.

  42. rina Avatar

    uit mmg ganas sampai tercabut…

    baru tau warranty boleh extend ehhh

  43. cosmocrazewoman Avatar

    Betul… Betul… apple memang best… sebab tu, I pun memang nak beli macbook pro…