Beli Saham Syarikat Yang Bagus

Untuk pelabur beginner, anda tak perlu nak peningkan kepala tengok graf dan line banyak-banyak. Itu semua untuk pelabur yang dah ada bertahun pengalaman dalam pasaran.

Apa yang perlu anda cari adalah syarikat yang bagus. Tiga ciri utama yang saya lihat pada sesebuah syarikat ialah:

1. Peningkatan Pendapatan (Revenue)

Bila pendapatan meningkat, maksudnya bisnes mereka dalam keadaan yang sihat. Peningkatan boleh dilihat dari segi perbandingan antara laporan suku tahun terbaru (quarter report) dengan laporan suku tahun yang sebelumnya. Mudah.

2. Peningkatan Keuntungan (Profit)

Kalau dah tengok faktor pendapatan, kena tengok faktor keuntungan. Tak semestinya pendapatan tinggi, untung pun meningkat. Kadang-kadang pendapatan meningkat, tapi kos operasi pun meningkat.

Bila kos operasi meningkat, keuntungan berkurangan. Mungkin ada sesuatu yang tak kena di situ.

3. Kenaikan Kadar Dividen

Berita baik jika sesebuah syarikat mampu memberikan dividen yang lebih banyak berbanding suku tahun sebelumnya. Ini menunjukkan yang syarikat tersebut mempunyai wang tunai yang banyak.

jobstreet

Screen Shot 2013-05-25 at 8.45.29 AM

Untuk entri ini, contoh terbaik adalah Jobstreet. Baru diumumkan semalam, untuk suku tahun berakhir 31/3/2013, ketiga-tiga yang saya terangkan di atas (pendapatan, keuntungan dan kadar dividen) meningkat berbanding suku tahun sebelumnya.

Saya tak perlu risau kerana perniagaan yang mereka lakukan berada di landasan yang betul. Suka untuk saya kongsikan bahawa pendapatan pelaburan saham saya dalam masa kurang daripada sebulan ini sudah melebihi pendapatan sekiranya dilaburkan selama setahun dalam ASB, unit trust, Tabung Haji dan apa-apa yang sewaktu dengannya.

** Sekadar catatan di dalam blog peribadi saya. Bukan endorsement untuk beli. Segala kerugian adalah tanggungjawab anda sendiri.


Posted

in

by

Comments

18 responses to “Beli Saham Syarikat Yang Bagus”

  1. Sue Avatar

    Penerangan yang mudah difahami. Tqvm :)

  2. shahril Avatar

    Sebenarnya modal saham bergantung kepada kita sendiri. Besar modal besar pulangan. Cuma kene pandai pilih counter. Nasihat saya silalah pilih counter yang ada asas fundamental yg kukuh.

  3. shahril Avatar

    Betul tu en ariff. Bila dah biasa2 baru beralih tgk technical analysis pula. Fundamental sesuai untuk Investor dan Technical digunapakai oleh trader.

  4. Kerry Othman Avatar

    terima kasih.
    tips yg ringkas tapi padat.

  5. Khairul Zamri Avatar

    setakat ini tak berani lagi nak beli-beli saham kurang ilmu takut tertipu :)

  6. Bidadari Avatar

    kawan saya pemain saham cakap, paling cun nak mula modal 10k baru pulangannya lumayan sikit, minimum 5k, tapi kurang cun. sekarang tak tau perkembangan dia, tapi macam berpuluh ribu sudah dapat. dia pun ada buat seminar tentang saham ni

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Betul.

      Tapi untuk beginner, kena lalui proses pembelajaran dulu. Start small. Accumulate experience.

  7. perantau Avatar

    good info….mohon diperbanyakkan lagi info utk kami2 yg masih beginner n

  8. Dawaihati Avatar

    Info yanga bermanfaat, thanks bro

  9. hubtips Avatar

    besar tak modal nak beli saham mcm ni ?…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Ikut saham yang kita nak beli. Kalau harga satu saham RM5, kena ada RM500 sebab minimum 100 saham kena beli

  10. Bedak Arab Avatar

    Nampak macam menarik jer, tapi tak tahu lak main saham

  11. lkf88 Avatar

    Saya pernah beli saham tapi cuma beli esos je la. hehehe. Untung gila2 bila company dapat projek dan harga saham naik. esp tahun 2007.

    Lepas tu tak naik2 dah. huhuhu

    Saya tak pernah beli saham open market ni. tak berani dan perlu modal besar.

    Boleh buat loan kan. tapi interest tinggi kut. kalau harga jatuh???

    BTW, terima kasih kerana beri maklumat yang berguna.

  12. Kuala Lumpur-Car-Rental Avatar

    alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian yg di nyatakan..cukup2 berguna bg newbie mcm sy untuk menceburkan diri dalam bidang saham..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Insya Allah banyak lagi akan saya kongsikan tentang saham selepas ini

  13. titan Avatar

    hoho. memang terbaiklah.

  14. hafizrahim Avatar

    Info berguna..nice sharing bro

  15. fyna Avatar

    info yang berguna ^_^