
Dulu dah pernah beli Macbook secara online, baru ni beli lagi sekali.
Macbook dulu dah diturunkan kepada adik. Tak salah nak update hardware untuk kerja selang 3 tahun sekali. Lagipun beli baru ni sebab versi baru lagi ringan dan nipis. Senang nak bawa ke mana-mana.
Barang jenama Apple tetap menjadi pilihan sebab lebih user friendly. Orang yang dah pindah dari Windows ke OSX je tau kelebihannya. Bayangkan, guna iPad pun saya dah boleh edit video dan hasilkan sebuah vlog. Memang senang.
Suka beli online sebab selain daripada tak payah susah-susah pergi kedai, ada feeling yang best bila barang tu sampai rumah. Macam ada orang hantar hadiah kat kita pulak.
Lagipun saya tak takut nak beli barang Apple online. Kalau rosak, mereka sendiri akan hantar wakil untuk ambil semula barang yang dibeli dan mereka akan pos yang baru. Kes ni saya baca daripada pengalaman salah seorang forumer di Lowyat.net.
After sales service daripada Apple memang terbaik.
Model yang dibeli adalah MacBook Air 13″ 8 GB RAM. Kepada yang nak membeli MacBook, sila maximize RAM kalau boleh. Untuk MacBook Air, eloklah beli maksimum RAM awal-awal lagi sebab kalau beli yang tak upgrade dan nak upgrade nanti, kena hantar kedai dan makan masa. Bukan macam RAM dalam MacBook Pro yang boleh dipasang sendiri.
Biasanya reseller hanya simpan basic model. Mereka akan letakkan order kalau nak lebih RAM dan biasanya order ni dihantar seminggu sekali, bukan masa kita datang dan buat tempahan. Jadi kalau nak upgrade apa-apa, elok beli online terus.

Lepas ni nak beli sleeve yang diperbuat daripada felt ni. Cun!

Comments
30 responses to “Beli Macbook Air Online Sekali Lagi”
Masih mengumpul duit untuk macbook pro.Tahun bila agaknye dapat.Heh.
Yeah,cover felt tu cantik,cuma kurang protective sikit.Nipis kan.heheh
Kalau macbook ni kita tak expect la nak campak sana sini or kasi jatuh, so protect daripada calar je la.
Letak hard case dah macam no point beli laptop nipis dan ringan
selalu gak lepak kat apple store, berangan duk pilih2 barang. cuma tak penah checkout lg. hehe…tgu masa yg sesuai je…:p
nampak menarik macbook nie tapi belum mampu lagi nak beli….nie pun baru beli tablet android untuk anak………hehe
baru tahu beli online dapat less price. kira harga postage free jelah ya?
POstage free untuk barangan RM250 ke atas
kalau jadi macam ni boleh saman tak. http://www.sukacuka.com/2013/01/beli-kamera-canon-5d-mark-iii-tapi-dapat-kayu-lantai/
saya lebih suka guna imac yg lebih puas hati paparannya..tapi kurangnya takleh bawa kemana saja :)
pc dah ada kat rumah. So amiklah laptop
education store tu kat mana plak ye?kenapa macam tak jumpa…? :D insyallah tak lama lagi nak angkat Macbook Pro..:D
kat bawah tu ada link ke education store
Setakat ni hanya beli ipod shuffle melalui online. bila dah dapat memang rasa best sebab kali pertama beli scara online.
Setakat ni mampu beli iPhone 4s je. Kalau nak beli Macbook Pro memang kena fikir banyak kali. Pernah jugak staff kat Machine cakap Macbook Pro memang bagus. Tak payah install antivirus. hmm bila lah boleh dapat…
teringin jugak nak merasa barang apple ni..
setakal ni satu pun tak pernah…
geram tengok editor yang edit video honda pakai apple arituh..
smooth je…
macbook dah lama kau menjaid idaman aku.
tertarik nk komen sbb aku pun ada beli gak 2 hari lepas. ahak. tapi kalau beli macbook pro dapat less rm300. nk tanya ni arif, bila dia dtg nanti kan, kita kena tunjuk bukti apa2 tak sbb kita beli ni kan dgn guna student price. sbb kita kena tunjuk id student malaysia kan? atau dia x minta apa2 pun? – feeling confused
Tak perlu tunjuk apa-apa. No worries. Saya yang dah kerja ni pun guna student discount :P
Betul tu, bila pindah dari windows ke OSX, memang rasa taknak patah balik dah. haha…
Bab beli online apple store pun aku setuju. Selamat dan sangat boleh dipercayai. Lagi senang sebab tak perlu susah2 keluar pergi kedai utk beli. Tapi kadang-kadang hairan jugak still ada lagi kes tipu yg beli online produk apple ni. Padahal boleh sangat beli kat apple store. 100% reliable.
mak oi!!!
besar nya RAM..
Kalau boleh 16, dah amik 16. Nak beli Mac sila amik ram paling tinggi. Baru best
jauh lagi kot nak capai benda ni.. :)
ada impian gak satu hari nanti nak pakai
tgh dok pk pk gak nie nak beli produk apple
Fuh! Dah lama mengidam tapi belum cukup mampu lagi utk memilikinya.
Terbaiklah! Tapi tak dapat sebelum raya lah kan? Hee
Boleh dapat rebet potongan cukai untuk pembelian komputer. Teringin benar mengunakan Mac sebab kerja-kerja edit gambar memang superb mengunakannya.
makin nak raya..makin rajin hang update ekk..
hahaha… tiba-tiba kerajinan datang dengan pelbagai idea. Layan jelah
macbook raya..tahiniahla..suatu hari aku pula…Selamat Hari Raya.
Terbaiklah bro ariff, saya masih dengan MacBook Pro 2011
macbook air!!! one of my item in my wish list! Happy Raya to u bro! :D
Thanks XD
Can’t wait for it to arrive. Enjoy your holidays!