Beli Kereta Cash

beli kereta cash

Biasa kita dengar orang kaya yang ada bisness sendiri je beli kereta cash ni. Jarang dengar budak muda umur tak sampai 30 beli kereta cash, kecuali dengan duit bapak dia.

Saya ada seorang kenalan yang beli kereta cash ni. Muda lagi, belum 30 tahun. Dia kumpul duit dengan bekerja dan menulis blog. Cuba teka kereta apa yang dibeli? Nope. Bukan kereta jenama continental atau jenama mewah. Honda/Toyota? Nope.

Nissan Almera. Lebih daripada 50k cash dia keluarkan just like that untuk beli kereta ni. Dan duit ni adalah duit simpanan gaji dan pendapatan blog.

Saya percaya kalau anda, anda dan anda yang ada RM50k ni, mesti majoriti dah ambil paling kurang pun Honda City atau Toyota Vios. Betul tak?

Nampaknya tak jadilah beli kereta tahun ni. Tahan jelah merempit pergi kerja. There’s no glory in bergaya dengan berhutang.


Posted

in

by

Comments

28 responses to “Beli Kereta Cash”

  1. Shannon Audry Avatar
    Shannon Audry

    I envy youuuuuuu ~ maigosh. X sabar habis sekolah but belajar btl2 dulu la. Memandangkan this is my last year in secondary , spm * cough*

  2. Sebestian Wong Avatar

    Valid point bro, but not everyone cant wait to save enough cash to buy a car. Fresh graduates already need cars to commute and in some circumstances the public transport is nonexistent. Living with debt really sucks!

    I would like to add buying a beat up Kancil to commute is definitely better than getting stuck with a 9 year loan.

    Thank you for the great post!

  3. fyda Avatar

    jeki memasing ye…seronoknya…beli kete cash…tak yah pk utang

  4. Fazreen Avatar

    Power kawan kau tu. Aku lagi la tak mampu nak beli apa apa.

  5. ubatpenyakitgout Avatar

    kalau kereta second boleh beli cash..

    kereta second sesuai utk kegunaan pergi kerja dan perjalanan yang dekat..

    kalau perjalanan jauh x sesuai kereta second…

  6. ahmad ijat Avatar

    Rasanya tak mampu nak beli cash tp dp tinggi dgn jangka masa bayaran balik tu pendek mungkin mampu utk di buat.

  7. Denaihati Avatar

    Jujur kalau aku tak beli kereta secara cash cuma kekadang bila fikir pasal skim pinjaman tu yg ada masalah sikit sebab berkaitan dgn hukum hakam.

  8. akubiomed Avatar

    Oh rasa lega apabila tahun hadapan akan memilik penuh kereta yang digunakan sekarang.

  9. daniel Avatar

    perghhh daripada beli kereta baik beli rumah je. kereta depreciate in total value.

    1. Ariff Avatar

      Rumah dia dah beli

  10. namee Avatar

    tapi kalau beli kereta ke rumah ke cash…income tax kejar jugak kan nanti ? atau lain cara….ambil loan paling pendek tapi bayar banyak2. maybe loan setahun then tiap bulan banyak2. sebab fikir nak jual kereta sekarang,,,and beli cash. cukup la rumah hutang.

    1. Ariff Avatar

      Rasanya income tax kejar kalau situasi dia macam ni.

      Gaji annual 24k, tapi tiba2 beli kereta cash 50k. Bukan setakat income tax, orang lain pun pelik

      Kalau gaji annual 120k (dah ada potongan income tax) dan beli kereta 50k cash, still logical.

      Kalau each time taxpayer yang banyak duit dan beli something cash LHDN nak query, then memang penat laaa

  11. Sara Avatar
    Sara

    Saya ada seorang kenalan, dia pun umur belum cecah 30, tapi dia pernah cakap nak beli BMW 525i. Ingatkan dia main-main, dan tak sampai sebulan dia call amik saya naik kereta itu.
    Sesetengah orang, rezeki sangat-sangat murah. Dia kata dia buat part time tolong member dia jual kereta, dpt komisyen utk jualan yg dia dpt buat tu, dia simpan.
    Dan skrg dia kata tgh kumpul duit nak beli rumah pulak.
    :)

    1. Ariff Avatar

      Rezeki murah. Bagus2.

      Cuma pada pandangan saya, silap kat sini beli kereta dulu. Bila beli kereta, keluar je dari showroom harga kereta dah jatuh 10%.

      Kalau dia beli rumah dengan duit beli kereta tadi, tahun depan bila dia dah kumpul duit dan cukup untuk beli kereta harga rumah tadi dah naik sekurang-kurangnya 10%.

      Dan sekarang ni dia kena sediakan 10% lebih daripada harga rumah sekarang sebab bila sampai masa dia nak beli, harga rumah confirm dah naik berbanding kalau beli sekarang.

      Rezeki tu memang ada untuk orang yang berusaha tapi pada masa yang sama, kita kena bijak menguruskannya.

  12. Mohd Azrin bin Abu Bakar Avatar

    Salam bro.Alhamdulillah.Kawan cuma boleh cash kereta kancil tahun 1999 shj.Cukup wat pegi kerja dgn antar dan amik anak.:)

  13. Sakinhani Avatar

    Beli cash xkene kejar dgn income tax ke?

    1. Ariff Avatar

      Kalau bayar tax, takde masalah.

  14. Nadiradyaa Avatar

    Exactly apa sy fikir bila ada kawan yg baru dapat increment 250RM nak beli Honda City padahal Kancil 850 dia perfect lagi.

  15. akak tulip Avatar
    akak tulip

    Kereta adalah lambang kekayaan – kata mak saya / sebhgn makcik2.
    Kereta adalah lambang ke macho an seorg jejaka – kata2 awek2 yg masih muda.
    Kereta adalah lambang kejelitaan – kata2 awek2 yg baru grad & br beli kereta.

    Bagi saya( kata2 org x mampu beli kereta mahal) – kereta yg boleh start engine & bawa pi site cukup lah. Pi meeting luar daerah, saya naik flight..jimat.haha

  16. Denaihati Avatar

    Dari sudut pelaburan apa pendapat bro membeli kereta secara cash

    1. Ariff Avatar

      Orang buat investment memang tak suka lah beli kereta cash camni tapi kenalan ni dah ada rumah sebiji (atau dua?) jadi pada dia, dah cukup

  17. hanep Avatar
    hanep

    Still with Duke ariff? aku da 2 bln jual moto. hehe

    1. Ariff Avatar

      hahaha.. aku tau. Duke jelah. Malas nak tukar-tukar. Jual rugi. So maintain je.

  18. hafiz hafizol Avatar

    Hebatnya beli kereta dengan duit hasil blogging.. siapa tu ? Hehehe

    1. Ariff Avatar

      haa.. yang ni rahsia.

  19. myvitrd Avatar

    Woooo respectlah kwn u beli cash… bagus sbb takda komitment nk byr bulan2…

  20. ohcikgu Avatar

    beli yang kita mampu aje. hoho..

  21. brohantu Avatar

    Aku pun beli kereta cash jugak… Harga kurang RM15k. Beli cash sebab kereta tak boleh buat loan. Kereta dah berumur…