
Ini adalah salah satu tabiat suka berbelanja saya yang kadang-kadang tak terkawal. Dalam masa setahun ni, dah 2-3 kali beli baju tshirt online. Kat rumah tu agaknya dah dekat 10 helai tshirt terkumpul dan masih belum dipakai. Yelah, beli baju kat internet, pos ke Malaysia sebab takut kalau hantar ke sini tak sampai atau tersangkut di mana-mana.
Beli baju online sebab design yang ada memenuhi citarasa. Percayalah, kat Malaysia memang jarang sangat beli tshirt. Cari dari Sunway Pyramid ke KLCC pun belum tentu ada yang berkenan di hati. Sebabnya, design terlalu generic dan common. Harga pulak kadang-kadang tak berpatutan dengan design yang common tersebut.
Berbeza dengan tshirt yang dibeli online, walaupun mahal tapi puas hati membeli. Saya takdelah nak beli masa harga biasa tapi membeli ketika musim diskaun, macam sekarang.. Boleh dapat diskaun sehingga 60% daripada harga asal. Bila beli baju dari luar negara, masalah utama adalah saiz. Sebab badan saya kecil, kadang-kadang tshirt size S pun nampak besar lagi..
Antara yang dibeli. Ada yang on the way, ada yang dah sampai kat rumah kumpul habuk. Jangan dapat kat adik saya dah la..


Of course design yang dicari adalah minimalis atau brand terkenal di internet. Generic brand macam Nike, Adidas dan sebagainya boleh dilupakan.

Comments
28 responses to “Beli Baju Online”
Sekarang ni trend beli baju online lebih efisyen. nak keluar rumah, kena modal duit minyak, tol lagi. kalau shopping baju online ni, save sikit. Siap boleh melangkau jauh ke negara orang beli baju. Puas hati pulak tuh. Cuma yang penting, ongkosnya perlu ada la dan tak guna kad kredit.
aku baru je nak beli jersey team malaysia. sekali habis stok plakk..
Mas kalau bingung mo belanja baju online, please visit my blog :-)
Dulu ada jugak beli tshirt online, biasanya dari threadless dengan myspace.. kalau local punya biasanya dari eigthyfourcube.
sekarang dah kurang.. kurang budget..haha
itulah. aku cari gak local designer punya. Yang tau eggbash je. Itupun satu je design diorang yang aku macam minat
selalu gak beli online dance mat,hiking beg,antivirus,brg2 hape2 entah….. baju tak pernah beli lagi sbb tak tahu nak amek size…. lagipun aku biasanya beli baju sepuloh ringgit pkai sebulan dah pudar tu je…..
duduk kat Moscow ni tau dah kalau size standard mat saleh, amik size S atau XS je.. itu aku la.
Boleh guna pita pengukur untuk tau size sendiri
banyak jugak barang online yang aku dah beli tapi baju ni tak pernah pulak aku beli secara online… :P
Setakat ini belum pernah beli t-shirt secara online tapi barangan lain adalah. Ada kebimbangan dengan saiz tidak sesuai.
aku xtau la sejak kebelakangan nie aku suka sangat beli tshirt..mostly beli kat F.O.S jer, hehe..nak beli online masalah size and alamat pos, takot2 barang tak sampai rumah..macam aku, aku suke design macam kat glennz tees..nak gak try beli 1 tapi tuelah masalahnya saiz..huhu
salam..
jarang pakai tshirt kecuali
di rumah..kalau keluar bertshirts
saya berbangga dengan tshirts
persatuan mahupun organisasi
yang saya sertai
beli online mcmana plak dgn kadar pos ke Malaysia nnt?
kalau kadar pos melebihi 10usd, memang tak beli. Biasanya antara tu je nilai dia.
banyaknya beli. tak baik tak pakai. lain kali, sila pos ke rumah saye yek. hehe!
boleh2. nanti kasi alamat. LOL
psstt..psstt…gi beli kt Deviantart banyak design2 gitu..kekadang lagi gempak..hehhe…:P
dah pernah beli. hehe.. lama gak tak singgah shop kat situ
hai bro . beli baju kat mne? cantik design.
604republic.com, charleigh.com dan bustedtees.com
Saya takut kalau beli lewat online, banyak penipu
Tengok apa yang dibeli. Kalau baju memang takde orang menipu..
D grey one look simple and denime… =)
online tshirt?so far tak pernah lagi.lebih puas hati pergi kedai,pilih baju,masuk fitting room,bayar,terus bawak balik.hihi.bukan apa,takut jugak kalau baju yang diorder tu tak sama dengan apa yg ditengok.kang nnt sendiri yg tak puas hati.em,tapi kalau buku selalu la beli on9.. :))
Masalah aku kat kedai tak jumpa design yang aku minat. heheh..
Sama macam aku – sebab busy dan malas nak keluar beli benda yang mungkin tersama dengan orang, aku akan beli online. Jimat dari aku berputar dari satu kedai ke kedai lain.
T-shirt aku lately adalah jenis yang print-limited-edition. Macam group penulis dan sebagainya. Terfaktab – Sarkasih – Soljah – even #twtup. Leceh bila tersama dengan orang lain sekeliling unless tu t-shirt sekolah, nak buat macam mana kan? Heh.
Tapi design yang zombies tu aku rasa cool. Ada makna dia. =)
aku tak minat sangat dengan design baju twtup sebelum2 ni. No offence..
Baju zombie tu ada kat rumah. Tak sabar nak sarung
sejak bila guna kata ganti nama saya? hehe. rasa lain la pulak.
ni mesti dah lama tak masuk sini.. hehe. saje try..