Bekerja Sendiri

Reading Time: 2 minutes

Seronok baca kisah dan pengalaman rakan tentang bekerja sendiri ni. Memang saya bercita-cita ke arah itu, jadi segala kisah perkongsian daripada mereka adalah pelajaran buat saya.

Kenapa nak kerja sendiri? Sebab nak bebas. Kan best kalau bangun pagi boleh pergi jogging dengan tenang, nak start buat kerja anytime pun boleh. Paling best tak perlu mengharungi traffic jam untuk ke tempat kerja. Saya memang cemburu terhadap beberapa rakan blogger yang telah berjaya menjadikan blog/internet sebagai tempat kerja mereka.

Untuk saya, bekerja sendiri ni boleh sekiranya apa yang kita dapat daripada bekerja sendiri tu dua kali ganda atau lebih berbanding apa yang kita mampu dapat kalau bekerja mengikut kelayakan kita. Kalau kurang daripada tu memang tak berbaloi dan digalakkanlah untuk mencari kerja yang tetap.

Alasannya mudah. Kalau dapat dua kali ganda, boleh save separuh daripada pendapatan tadi dan separuh lagi digunakan dalam kehidupan seharian. At least kalau apa-apa jadi, ada duit simpanan yang cukup banyak untuk menampung kehidupan.

Satu alasan penting kenapa saya memilih untuk bekerja makan gaji ini ialah kemudahan yang kita dapat daripadanya. Kalau bekerja sendiri ni memang susah nak dapat bantuan daripada bank. Nak apply kad kredit pun belum tentu boleh dapat. Kalau nak beli rumah macam mana? Itulah sebabnya kalau nak bekerja sendiri ni biar berbaloi; biar pendapatan tu masuk banyak supaya kita tak perlu menggunakan kemudahan kewangan daripada bank.

Pada saya, mungkin dalam masa 5-10 tahun akan datang barulah dapat peluang nak bekerja sendiri. Nak buat apa? Mungkin jadi remisier atau full time trader atau professional fund manager. Saya minat main saham, jadi memang takkan boring kalau buat kerja ni. Selain tu bolehlah teruskan jadi blogger dan pada yang sama buat kursus/seminar untuk orang yang nak belajar saham. Good money there.

Alessio Rastani – full time trader. Orang macam ni income sebulan dalam 20 ribu pound

Pasaran saham ni sampai kiamat ada, takkan boleh stop kecuali kalau berlaku Perang Dunia Ketiga. Start belajar sekarang sampai jadi pakar, jadi bila stop kerja pun nanti silap-silap boleh hidup dengan keuntungan main saham.

Lagipun dulu masa apply untuk scholarship Mara dah tulis dalam esei tu yang saya akan pulang ke Malaysia untuk beri semula kepada negara dalam bentuk menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan kita. Jadi buat masa sekarang, kerja jelah makan gaji sampai naik pangkat (?) atau dapat peluang lagi baik (?) untuk saya menunaikan janji tersebut.

Mungkin lepas janji tersebut sudah ditunaikan barulah cari exit plan untuk bekerja sendiri. Buat masa sekarang, belajar je dulu daripada mereka yang dah berjaya.

 


Posted

in

by

Comments

34 responses to “Bekerja Sendiri”

  1. ohcikgu Avatar

    harap suatu hari nanti..boleh bekerja sendiri dan luangkan lebih masa bersama keluarga.

  2. Solehah Avatar

    good idea for work. memang betul kerja sendiri lebih menguntungkan.goodluck for your life.btw.can i know.why no follower widget here?

  3. akubiomed Avatar

    MARA memang suka graduan tajaan mereka menjadi usahawan.

    1. Tho Ha Avatar

      Masa belajar kat Institut Teknologi Mara dulu kena ambik subjek ETR 300 Asas Keusahawanan. Group lain asyik tukar jenis perniagaan. Group aku pelik sikit. Asyik bertukar-tukar jawatan. Mula2 aku jadi Pegawai Kewangan lepas tu rakan sekumpulan nak jawatan tu. Aku jadi Pegawai Pemasaran lak. Aku pun atur strategi pemasaran. Lepas lecturer cakap Pegawai Pemasaran berpontensi dapat markah lebih, aku terpaksa jadi Pegawai Operasi. Demi kawan2 aku rela … Aku pegi la study bahan2 kimia semua. Masa pembentangan siap dgn gambarajah mesin dan sebagainya. Bila result keluar aku dapat A-. Itu pun sebab group aku ambil pinjaman bank konvensional. Lecturer akan tambah grade kalau perniagaan buat pinjaman perbankan Islam. Kalau tak dpt 4.00 paper tu. Rakan2 segroup dgn aku dapat B dan C walaupun diorang pegang jawatan Pegawai Pemasaran. Awal semester depannya rakan2 sekampus bersembang : Lelaki paling tinggi ETR300 pun B+ Amir Bachtiar (Penerima Anugerah Pengarah). Tapi diorang xtau aku dapat A- he he he. Aku terpaksa rahsiakan takut Pegawai Pemasaran menangis !!!

  4. aishah Avatar
    aishah

    untuk pengetahuan ariffshah,saya “tersesat” ke sini pun sbb gugel pasal investment. dan terus jadi pembaca setia.

  5. aishah Avatar
    aishah

    wah, impian kite same lah! nk jd profesional remiser. menyeronokkan walaupun agak berisiko tinggi. saya jd customer en.ariff lah kalo dalam 5thn boleh jd pro remiser.huhu

  6. reezluv Avatar

    memang mengimpikan nak kerja sendiri nanti..impian macam nak around the world dengan camera..:D

  7. Juan Avatar

    saya suka dengan idea membuka peluang pekerjaan

  8. cmratu Avatar

    memang berbeza arif shah ni dgn orang biasa-biasa.. ada sahaja idea yang kadang2 tak terfikir… saya setuju bab, memberi peluang pekerjaan kepada orang lain.. besar pahala tu…

  9. Eswahyudi Kurniawan Avatar

    kalau ada modal dan minat, boleh kerja sendiri tapi kalau tak, makan gaji pun takpe kalau selesa

  10. boni kacak Avatar

    aku doakan agar impian ko tu akan jadi kenyataan bro..amin…

  11. Cik Peliks Avatar

    boleh kalau nak bekerja sendiri , tapi nak kerja jual apakah , bisnes apakah …?? huhu…

    Seronok juga kerja sendiri .. tapi , risiko , tabahlah hati ..

  12. hazman aka species1980 Avatar

    Eden selalu teringat akan post entry AE kalau nak fikir pasal kerja sendiri atau jadi blogger fulltime…..

  13. Tho Ha Avatar

    Bekerja sendiri sangat sesuai bagi mereka yang tidak dapat menerima arahan. Bekerja sendiri juga sesuai bagi mereka yang tidak dapat memberi arahan.

  14. beckhr00y Avatar

    kalau ada modal dan minat, boleh kerja sendiri tapi kalau tak, makan gaji pun takpe kalau selesa

  15. Firdaus Latib Avatar

    Memang dalam perancangan. Doakan 3 tahun lagi akan mengikut jejak langkah AE. Amin.

  16. Ekspresi Ruang Avatar

    saya pon tgh cuba cr lubang niaga skg ni.
    ada plan dh tp xberapa nk ada masa sbb byk mengurus berbanding berniaga.

  17. azriMy Avatar

    seronok baca entri ni, banyak juga point yang dikongsi

  18. paeh Avatar

    Same with you Ariff. Sekarang ni pun aku hanya bekerja mengambil upah dengan orang je. Haha. Kumpul pengalaman dulu. Nak jadi boss kena buat kerja daripada bawah hingga atas ye dak.

  19. Nurul Avatar

    Keje sendiri memang sangat best.. walaupun kecil kecilan.. kalau kita rajin berusaha InsyaAllah hasilnya akan buat kita senyum sampai ke telinga.. :)

  20. maCy Avatar

    best. tapi tak ada peluang. dan tak pandai cari peluang

  21. arrizz Avatar

    sesiapa pun kalau boleh memang nak bekerja sendiri..cumanya untuk permulaan nie better bekerja makan gaji dulu..contoh bagi mereka yang perlukan modal untuk bekerja sendiri..nak terus2 start kerja sendiri memang payah sebab tak ada modal..kerja makan gaji, kumpul modal then barulah proceed dengan plan bekerja sendiri tu..aku memang sangat2 setuju part 2 kali ganda tue..memang betul kata ko bro, there’s no point bekerja sendiri kalau duit yang kita dapat tu kurang daripada apa yang sepatutnya kita dapat dengan kelayakan kita..

  22. Shahrul Avatar

    kerja sendiri mmg best…

  23. Anarm Avatar

    rasanya semua orang ada terfikir nak bekerja sendiri.. cuma kena usaha lebih dan cari sumber betul yang membolehkan kita pergi ke arah itu..

  24. sha myheart Avatar

    amin, semoga jadi kenyataan Ariff!
    seronok kerja sendiri tapi disiplin kena tinggi. Kalau malas, susah juga.

  25. Pengayuh Gerek Avatar

    Emm..ramai je yang mempunyai hasrat yang sama..tapi banyak yang MALAS!

  26. Faris Al-Muhandisu Avatar

    saya pun mcm tu lah. plan yang menarik! target dlm masa setahun utk kerja sendiri. buat masa ni, cari pengalaman, bina networking utk bantu kukuhkan kedudukan dulu sebelum bina perniagaan sendiri. Selamat berjaya!

    1. Faris Al-Muhandisu Avatar

      silap daa… target dlm masa sepuluh tahun!. haha

  27. fazrol Avatar

    InsyaALLAH termakbul nanti…
    Aku pun bercita-cita kearah itu..

  28. Puan Bardboo Avatar

    insyaAllah…rancang dari teliti dari sekarang..memang best kalau dpat kerja sendiri..

  29. abangensem Avatar

    Tak mustahil Bro. Yang penting lu follow je this step :

    1) Perancangan yang teliti dan berusaha untuk merealisasikannya.
    2) Yakin dengan diri lu sendiri.
    3) Zakat & sedekah jangan lupa.
    4) Doa & tawakkal.

  30. nurmisnan Avatar

    BUkan senang nak lulus jadi remisier.. Dapat peluang
    terus grab. Ones u minat keep it up.. InsyaAllah akan
    ada rezeki disana..

  31. hisham Avatar

    bekerja sendiri banyak sangat cabaran. Salah satunya adalah disiplin… so. sekarang perlu belajar dan membina keyakinan untuk bekerja sendiri…lagi 10tahun akan datang,

    dalam tempoh tersebut mungkin hutang dah clear. Saya cuba-cuba berniaga secara sambilan sebelum ni, namun kerugian puluhan ribu kerana tiada perancangan yang betul.

    tetapi, tetap ada sesuatu yang dipelajarai dalam tempoh tersebut…

  32. Yuyu Avatar

    That’s a sound plan..i’ve been wishing to create job opportunities too, but i still have a long way to go with this field..good thing you’ve finished that studying part..the sooner you save enough with this current employment, the sooner you can start opening opportunities to others..it must be challenging to juggle trading and working and LIVING but i believe hard work will pay and just keep doing whatever you’re doing now because it’s clear enough you’re on the right track..all the best ariff :)