Beberapa Perkara Yang Tak Perlu

Reading Time: 2 minutes

1. Semua benda nak share kat Facebook, blog, Twitter etc. walaupun tak signifikan dan tak menarik. Macam dah takde kerja lain. Kemudian ada golongan yang consume benda-benda tak berfaedah ni. Semua benda nak baca, komen, fikir dan bila dah fikir banyak sangat tentang perkara remeh-temeh ni, stressed out.

Saya? Kerja saya sekarang hide je golongan ni share benda merapu ni. Wasting my time.

misteri-villa-nabila

2. Bila sampai pada perkara tahyul macam kes Villa Nabila, habis kecoh satu Malaysia. Orang Melayu ni terlalu obses dengan perkara mistik dan tahyul. Yes, memang fakta wujud alam ghaib. Tapi  entahlah.. kes Villa Nabila menunjukkan tahap mentaliti orang Malaysia ni macam mana.

Semua orang gelabah kononnya budak ni hilang kena sorok, last-last jumpa ntah kat flat mana. Nampak kebodohan semua orang yang gelabah tak tentu pasal dan secara tak langsung memberi iklan percuma kepada filem murahan terbaru David Teo iaitu Highland Tower.

Yelah, kan dilaporkan dalam berita budak-budak tu pergi Villa Nabila sebab terpengaruh dengan filem tu.

3. On the same note, memang kebanyakan rakyat Malaysia ni senang sangat kena main, especially bila cakap pasal benda mistik ni. Senang je. Buat filem seram murahan, lepas tu masa press conference bagitau ada laporan mengatakan yang menonton kena histeria. Simple sangat sebenarnya.

Nak penuhkan pawagam masa premier screening boleh kasi tiket free kepada fans, yang konon-konon histeria tu boleh diupah pelakonnya. Pernah tak korang dengar orang histeria masa tengok filem seram dari Siam? Tak pernah pulak padahal filem diorang berpuluh kali lagi seram daripada apa yang kita hasilkan kat sini.

Bila baca balik review orang, verdictnya macam biasa, filem yang straight forward. Boleh expect apa scene seterusnya.

Orang Malaysia dan filem murahannya memang tak dapat dipisahkan. Filem murahan macam ni memang tak perlu.

Gambar curi from blog Anarm


Posted

in

by

Comments

17 responses to “Beberapa Perkara Yang Tak Perlu”

  1. Asyrof Asri Avatar

    Biasalah mentaliti orang Malaysia.

    Susah lah sampai bila pun tak kehadapan.

    Komen ini ditujukan juga untuk diri saya sebagai peringatan. hehe ..

  2. akubiomed Avatar

    Cerita di tokok tambah memang sedap macam makan cendul yang ditambah pulut dan durian. :-)

  3. hazman aka species1980 Avatar

    Memang jadi hot topic la salam seminggu nie…. dan filem unsur seram dan paranormal pasti akan diterbitkan sebab team production filem tak de idea baru

  4. ohcikgu Avatar

    tdo rumah kawan. memang tak boleh blah ending isu ni. haha.

  5. Kujie Avatar

    tengok promo dah tau tak best, tak logik kata anak kak jie yang umur 14 tahun
    dia cakap kawan2 dia tergoda nak pergi tengok bila cikgu kelas bercerita pasal tragedi Highland Tower tu

    itu budak 14 tahun….. boleh fikir macam tu..yang main twitter, facebook tu tua² matang patutnya serius sikit dalam hidup.

  6. Fadhil Husin Avatar

    Baca kronolgi cerita dia pun dah tau mengarut dan tak munasabah. Bab filem tak boleh nak komen pasal tak tengok lagi pun.

  7. hahahampehh jer Avatar

    konon kene sorok dek hantu kopek..
    dia yg jd hantu nyorok umah awek.. cheett..!!! hantu kopek btol
    :P

  8. cikgunas Avatar

    inilah gimik akhir tahun 2013 paling berjaya!!

  9. hafizrahim Avatar

    aku tak ambik port pun bro..cerita mengarut semua tu..hehe

  10. akak tulip Avatar
    akak tulip

    Berpuluh tahun dah villa nabila tu menjadi misteri kat jb ni.org pun x kisah atau ambil peduli. Sbb villa tu pub xde kacau org.

    Budak2 zaman skrg ni over advance pada hal2 yg x menjana minda. Lps 10 thn org dh jd engineer, doctor, ustaz,ustazah, tahfiz …dia jadi apa…ntah pape budak zaman skrg.

  11. Man Avatar

    Mak bapa mereka yang paling sedih. Kena prank dengan anak sendiri.

  12. Muaz Avatar

    Aku tengok kisah ini viral ..

    tapi sampai sekarang pening kepala mana satu info yang betul .

  13. Juan Avatar

    kisah ni banyak sangat sumber dan tokok tambah, aku pun malas nak follow dah

  14. Anarm Avatar

    Ada jugak orang histeria tengok cerita hantu kat panggung wayang.. Siapa la agaknya yg diupah untuk belakon tu.. Ishh..

    Cerita hantu Siam memang lagi berganda-ganda-ganda tahap keseraman dia..

  15. fazrol Avatar

    Strategi promote filem yg tau dari kurang penonton akan bertambah,..

  16. Eridy Avatar

    filem malaysia tidak pentingkan idea dan kualiti…sebab tu tgk sekali tak mau lagi…hantu pun sama…baju putih rambut panjang ada darah2…mata merah ala2 gothic..

  17. Akuro San Avatar

    betul juga kan? tak pernah pula dengar orang hesteria dekat panggung sebab tengok citer seram siam yang jauh lagi seram tuh.. huhu~
    gimik lebih rupanya…