
Serius. Tajuk ni bukan main-main. Memang saya terpaksa bawa ayam kampung yang hidup sambil menempuh pendakian dan trekking di Gunung Jerai selama lima jam!! Salah satu aktiviti yang dilalui ketika menghadiri kem Jati Diri baru-baru ini.
Kem ini jauh sekali daripada apa yang saya jangkakan. Yelah.. sebelum ni dah terbiasa dengan kem peringkat budak sekolah/universiti/BTN yang sangat skema sampai terlupa yang benda tu semua dah berlalu. Kem peringkat korporat macam ni adalah lebih relax dan bertujuan untuk bersantai di samping mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Kalau kem peringkat sekolah dulu lebih kepada brainwash, conditioning dengan jadual yang sangat padat, langsung takde masa nak relax. Saya percaya ramai yang setuju dengan statement ni.
Pernah tak main bola sepak di mana bolanya terbakar? Permainan yang dinamakan fireball ni memang bukan untuk mereka yang lembik/lemah semangat. Permainan ini berasal dari Indonesia dan diajarkan oleh komando yang menjaga kami di kem tersebut.
Bola adalah kelapa yang telah direndamkan di dalam minyak tanah semalaman dan dibakar sebulum dimain. Main macam bola sepak biasa, sepak bola berapi tu masuk gol. Kalau hebat lagi, angkat je bola berapi tu bawaklah macam bola ragbi sampai gol, itu pun kalau tangan boleh tahan la nak pegang bola berapi tu.
Boleh play je terus kat 1:46
Melecur jugak la tangan ni sikit-sikit lepas main fireball. It was fun walaupun lepas main ada rasa menyesal sikit sebab rajin sangat pegang bola api tu. Melecur pun setakat terasa malam tu je. Esok pagi dah tak rasa apa-apa.

Signifikan permainan ini adalah untuk menguji sejauh mana keberanian seseorang. Ada orang cakap kemain besar lagi, tapi bila nampak bola api ni, nak tendang pun fikir dua tiga kali. Nak suruh dia sentuh bola api tu belum tentu lagi.
Dalam dunia pekerjaan, bola api ini adalah umpama risiko yang perlu kita ambil. Ada risiko yang diambil boleh menjejaskan karier kita, sama seperti tangan melecur teruk sampai tak boleh makan kalau pegang bola api terlalu lama. Tapi dengan perancangan yang betul, risiko tadi boleh diuruskan supaya matlamat dapat dicapai.
Trick nak pegang bola api ni senang je, biar orang sepak-sepak dulu, bila nampak api dia kurang sikit barulah boleh pegang. Cuma jangan pegang lama la kalau tak nak melecur teruk.
Second day trekking naik ke Gunung Jerai mengikut laluan Tangga Kenari. Tak taulah siapa cerdik sangat pergi buat Tangga Kenari tu, memang memenatkan. Trekking naik tangga ni lebih penat sebenarnya berbanding kalau ikut laluan hutan. Walau bagaimanapun, hampir 2000 anak tangga tersebut berjaya ditamatkan.

Oh yes, ayam. Sepanjang perjalanan kami diberi seekor ayam kampung setiap kumpulan untuk dibuat lauk makan tengah hari. Sejam lebih la menjaga ayam tu bawak naik gunung sebelum diserahkan kepada ahli kumpulan yang lain. Nasib baik tak terlepas. Orang cakap ayam kampung ni aktif sikit, kalau kaki dah kena ikat sekali pun, dia boleh terbang naik atas pokok.
Dapatlah tengok secara live dan dekat orang sembelih ayam. Dulu pernah tengok atok saya kat kampung sembelih ayam, tapi tengok jelah. Tak tau pun macam mana cara yang betul. Sekarang ni dah tengok secara live, takde masalah kot kalau tiba-tiba suatu hari nanti dapat tugasan untuk sembelih ayam pulak.

Glad that I went to the camp. Satu holiday yang agak best. Penat tu normal la. Pergi holiday kat 5 star resort pun penat. Kadang-kadang terfikir, kalaulah boleh pekerjaan sepenuh masa melalui internet je dan kawasan kampung yang ada waterfall macam kat Yan tu ada Unifi, nak jugak beli tanah, buat banglo dan menetap terus & bekerja kat situ. I think I’m that kind of person; orang yang tak suka hiruk-pikuk bandar.



Comments
27 responses to “Bawak Ayam Panjat Gunung Jerai..”
Hehe..memang menyeronokkan apabila ada aktiviti mcm ni..serius sy tak pernah lagi main fireball…memang tak berani..wahhh sedapnye aym kampung bakar seekor mcm tu…tak pernah makan lagi nasi msk dalam buluh..mesti best kan????
esok..aku gi sarawak plak punya kem. haha..
asyik sekali makan ayam panggang di gunung :D
salam blogger, by Didah Nur Sahidah
perghhh beraapiii ek… gila betul… nak try jugak boleh tak? hehehe
Pergi cari kelapa and try sendiri. Main game ni berhantu sikit. Tengok berapi pun rasa macam nak pegang
So sekarang you rasa you hebat and maskulin lah kan?
Memang pun
oo.. pegi jugak ke.. hehe.. group mane??aku tak main pun bola berapi tu.. sebab aku group first yang main. jadi takut akan risiko yang bakal menimpa.. hahaha.. tgk orang main je la.. bila bola mai terus lari..
Group catalyst. Kalau perempuan takpelah nak lari, kita faham
pergh…bro dah ada pengalaman main bola sepak berapi tu…
patutlah mcm ada nampak haritu….ada skali prasan arif, tp fikir balik mybe salah org kot, xkan boleh terserempak dlm satu program…..btw panjat gunug jerai mmg mencabar since mmg xpernah daki gunung. its really challenging. member yg slalu join xtiviti daki gunung pon ckp extreme giler….sakit kaki pon xhilang lg, dah kene keje…
tak pernah lagi main bola bola api.. fuhh.. bleh terbakar diri tu kalau tersalah sepak..
Kem bina jati diri yang bagus tu,dulu2 saya kena jaga telur ayam,sampai habis kem,byk peserta yg telur dah pecah sebelum habis :) bola api tak pernah main lagi.
memang best sekali sekala kalau jungle trekking nie. Bab makan nasi dalam buluh saya pernah melaluinya dalam program ikhtiar hidup.
wahhh… gagah perkasa juga ariff ni boleh kerabat 2000 anak tangga… terbaiklah..
Nasib baik bawak ayam…kalau kena bawak kambing??? Sesekali berkawn dgn alam semulajadi, memang mendamaikan. :)
memang menyeronokkan kalau dpt pegi hutan pastu penat2 dpt air terjun.. lupa semua.. haha..
sapa yg pernah bekerja di kawasan luar bdr atau pekan-pekan kecil, xmustahil akan settle down kt situ, beli tnh atau rumah. ariff pon oneday silap2 settle down kt perlis, who knows. huhu
wah.. seronoknya.. tak sangka kena main betul2 fireball tu.. hehe.. betul la juga, permainan ni ibarat kehidupan sebenar.. mesti ada cabaran untuk capai kejayaan.. :)
memang best sey masuk hutan camni. tenang je hidup
Pergh! bestnya… ingat kisah dulu2… he he…
At least lupa sikit tentang hiruk pikuk bandar…
Ada awek tak Bro kat sana?
fuhh..jealoousss nya… dah lama tak bercamping…Ayam tu nampak menggiurkan…
Bulu roma di betis juga turut terbakar juga?
Pakai seluar panjang, so tak terbakar
wahhhh seronoknya ariff dapat pergi memenatkan badan dan merehatkan minda, best tu ayam kampung bakar cuma nasi masak dalam buluh tak pernah rasa lagi, lemang ada lah….kalau akak lah mahu pengsang nak abiskan 2000 anak tangga faktor usia, fizikal dan kesihatan
Hurmmm…. lepas nie jom pakat main FIREBALL la yea…hihihi