Lawatan ke Cambodia ini sebenarnya adalah untuk memenuhi jemputan Haji Musa, Timbalan Imam Wilayah Battambang. Perjalanan ke Battambang dari Siem Reap mengambil masa selama dua jam. Battambang ialah wilayah pengeluar beras terbesar di Cambodia dan dikatakan beras yang dikeluarkan di wilayah ini sahaja mampu untuk menampung keperluan seluruh Cambodia.
Masa zaman kekejaman Pol Pot dulu, masyarakat Islam dari Phnom Penh kebanyakannya lari ke Battambang kerana kekejaman tertumpu di sana. Haji Musa musa adalah salah seorang daripadanya. Selepas kejatuhan Pol Pot, kebanyakan umat Islam pulang semula ke kampung asal mereka di Phnom Penh tetapi Haji Musa tidak pulang dan membuat keputusan untuk menetap di Battambang.
Antara agenda rombongan kami adalah untuk bertemu dengan umat Islam di Battambang dan membincangkan tentang bantuan untuk pembinaan madrasah di sana. Untuk pengetahuan semua, Cambodia adalah sebuah negara miskin yang bergantung kepada industri pertanian sahaja. Kerajaan mereka tidak mampu untuk memberikan segala kemudahan asas yang dikecapi di negara kita. Kalau tengok dalam gambar sebelum ni pun, banyak lagi kawasan di mana jalannya tidak berturap. Banyak lagi tempat di kawasan terpencil tidak mendapat kemudahan pendidikan dan masjid.
Umat Islam biasanya akan rasa offended bila terdengar mubaligh kristian masuk ke penempatan orang asli dan perkampungan terpencil untuk menyampaikan ajaran Kristian. Mereka marah bila dengar golongan ini datang untuk memberikan bantuan kepada orang susah di kawasan terpencil. Pada masa yang sama, kita hanya mampu marah dan bermain dengan emosi bila terdengar tentang perkara seperti ini tanpa berbuat apa-apa.
Sesungguhnya, lawatan ini membuka mata saya bahawa umat Islam di Malaysia ni dah terlalu kaya. Kita ada peruntukan daripada kerajaan negeri dan setiap 1km kawasan tempat tinggal kita mempunyai sekurang-kurangnya sebuah surau. Kita sebenarnya dah mampu untuk membantu umat Islam di tempat lain, contohnya di negara miskin seperti Cambodia ini.
Pemandangan di belakang masjid.


Dalam masjid.

Bersama orang kampung Battambang

Bersama keluarga Haji Musa (dua dari kanan)
Bahagian hadapan masjid Battambang

Kepada individu/badan orgnanisasi yang ingin membantu untuk penduduk Islam di Kemboja bolehlah secara terus berhubung dengan Denaihati (baca entri Kembara Siem Reap, Battambang). Kalau nak ikut untuk next trip pun boleh, sangat dialu-alukan.

Comments
10 responses to “Battambang – Cambodia Part 4”
berat sama dipikul, ringat sama dijinjing. sama2lah kita membantu sesama islam…
baru je balik dari pnom penh bulan lepas.sepupu kawin.bulan 6 ni nak pegi lg.banyak lagi sedara mara kat sana walaupun family saya ada di malaysia. masih lg teringat orang tua saya bertarung nyawa untuk sampai ke malaysia.sungguh hebat dugaan mereka ya ALLAH
Bagus trip sebegini. Saya suka. Melancung sambil meraih ilmu jiwa, rasa dan persekitaran. Tak belajar di sekolah. Ini dikatakan bila melihat alam dan penghuninya….Pasti nampak Penciptanya….Bila kita bersyukur dan mahu melihat baikpulih pada umat. Itu maknanya Allah perhatikan kita…..Syabas!
melabur pada jalan akhirat juga umpama bisnes juga sbnrnya.
kalau dlm bisnes, pasti kita kalau boleh nk melabur pd perkara yg boleh memberikan pulangan lumayan pada stabil pada jangka masa pjg.
begitu jugalah dgn niat nak melabur pada komuniti.
cthnya mcm membina masjid.
kalau boleh org yg berkemampuan buat masjid tu nakkan masjid yg dibinanya itu diiimarahkan spjg waktu solat dan di luar waktu solat,
dan bukannya stkt tunggu waktu raya je.
makanya tmpt terbaik utk komuniti yg suka mengimarahkan masjid adalah di kwsn yg islamnya adalah minoriti seperti di Siam dan Kemboja.
Cantik gambar-gambar yang diambil. Bro ambil sendiri ke?
Siapa lagi yang hendak hulur bantuan kalau bukan orang islam itu sendiri. Kita kan bersaudara sesama islam.
kesian nya mereka..
baguslah dpt explore something yg berfaedah ..plus dpt jumpa saudara satu agama di sana…
nampak kemas dan bersih jer masjid di sana :) Malaysia terlalu ‘mewah’ dgn makanan dan subsidi barangkali. Tetapi bersyukur kerana kita di bumi Malaysia.
bersama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan..
semoga bantuan kita meringankan bebanan mereka.