Barang Baik – Berapa Lama Boleh Tahan?

Kalau korang nak tau, kat Russia ni orang dia suka sangat guna barang lama. Kat universiti aku barang-barang hampir 90% barang lama. Hari tu masa lab aku ternampak kalkulator lama. Kalkulator yang jenis kena pasang plug kat dinding lepas tu lampu untuk papar nombor dia pun jenis yang mentol nombor tu. Bayangkanlah berapa lama benda tu, sampaikan masa zaman tu tak wujud lagi bateri kecik untuk letak dalam kalkulator. Memang korang takkan jumpa la benda ni kat Malaysia. Aku kagum la diorang ni, benda macam tu pun boleh maintain guna sampai hari ni.

Aku ni jenis orang yang suka guna barang sampai bertahun-tahun. Contoh paling kukuh, handset Nokia 3315 aku dulu. 4 tahun kot aku guna telefon batu tu. Sampaikan keypad dia dah tak boleh guna sebab rosak dan tak boleh repair lagi dah. Dulu memang hantu SMS. Lepas 3315 tu terus la sambar iPhone 3G, barulah orang cakap berevolusi. Aku gelak kat orang yang rajin sangat tukar phone tiap-tiap tahun ni. Kalau duit banyak puluh ribu dalam bank takde hal la, ni duit tadak nampak phone baru keluar cantik sikit dah sebok-sebok nak beli. Pembaziran!

Oh~ Kepada yang dalam friend list aku kat Facebook, minggu lepas aku ada minta pandangan nak beli kasut basketball baru ke tak. Terima kasih atas input yang diterima. Aku dah beli kasut baru semalam. Cun lah jugak. Yang kasut lama tu pun dah nak masuk empat tahun tapi tapak dia still tak jejas lagi sebab kat sini kalau bersukan dalam dewan. Jadi permukaan dia tak kasar sangat macam main kat gelanggang luar. Cuma dah ada ‘mulut’ tu la yang buat aku gatal tangan nak beli baru. Habis duit Innity bulan Februari. LOL~

Dan kasut ini akan membuatkan aku terbang dalam court. haha~

Aku rasa kebanyakan barang yang aku simpan lama-lama ni tahan sampai 4 tahun je la.. ish. Korang pulak camne? Ada lagi hebat tak?


Posted

in

by

Comments

34 responses to “Barang Baik – Berapa Lama Boleh Tahan?”

  1. nik Avatar
    nik

    laptop aku dah 5tahun sejak dari form 2 , haha kebas ayahnye , last2 dapat kat aku bawak g uni

  2. cik allly Avatar

    ade simpan sebatang pensel picit yg dh pakai dri form 2 atau form 3 cmtu..smpai skrg msk thn akhir (thn 4) kt u, ade lg pensel tu..blh brfungsi ngan baik. pensel picit yg beli mse 2nd year dlu dh xleh pakai lgsg..mne g ntah..

  3. am Avatar
    am

    perempuan mmg suka dgn benda2 baru nie..mcm lelaki lain..tp xsuma la..mcm aku kalu benda tue still bleh guna,aku guna sampai reput..hehe..walaupun benda tue dh 5-6 thn usianya..cthnya kasut sniker converse ku..beli tahun 2002.smp skg still leh pakai lg walaupun hegenye x sepadan dgn rupenyer..hehe..tp berbaloi babe.

    1. ariff Avatar
      ariff

      bila da guna barang terlampau lama, macam dah ada sentimental value dia.

  4. fiezafz Avatar

    sy punya jam dah dekat lapan tahun. swatch. sampai sekarang elok n boleh pakai lagi. tapi dah simpan masuk casing dia balik. simpan tunjuk kat cucu2 esok. HAHAHA

  5. kertaz Avatar

    Kbanyakan barang skrg ni kurang kualiti.. Vespa yg lama pun lagi tahan dari moto baru.. Haish..
    .-= Cerita terbaru kertaz.. Windows Explorer sebagai FTP Client =-.

  6. eyriqazz Avatar

    hik3..first handphone ku sampai skang masih kusimpan..dah lebih 5 tahun rasanya…masih boleh diguna lagi…hik3…
    .-= Cerita terbaru eyriqazz.. Pengalaman Malam Pertama Bersama Astro B.yond =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tak boleh kot. Battery mesti dah mati

  7. Azrul Hisham Avatar

    kalau pandai jaga barang tu, insyaAllah tahan lama punya bertahun-tahun :))

  8. eiyda Avatar

    barang lm ni lebih tahan dr brg baru..skang yg paling2 lm..banyk lah..cam beg…kasut pon der…berlambak2..almaklumlah setahun 5-6 kali beli kasut..hahah beg lak 4-5 kalo kot..haha dh leh bukk garaj sale..hik2 ;p..kalo da jarang pakai..simpn bebaik kompem tahan lm kan…
    hp 3310 still ade sampai skang..
    .-= Cerita terbaru eiyda.. eiyDa::Lelaki yang selamber atau Perempuan yang suke bergosip?? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Perempuan suka beli beg, baju n kasut banyak2
      :P
      Kalau aku, suka gak, cuma tak sampai hati nak beli

  9. Ajip Ubuntu Avatar
    Ajip Ubuntu

    Aku ni… jenis boros skit… ape yang ariff kata dalm blog ni… memang kene ngan aku…
    tapi aku akan jadikan tauladan…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau ada kesedaran tu bagus la. Kadang kita ni lalai pulak bila banyak duit. Duit dah sikit baru nak kelam kabut

  10. iyllienaz Avatar
    iyllienaz

    pergh..xsabar aku nk tgok ko terbang..ada macam superman x??haha
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. recording muzik-muzik part 2.. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha. Kalau ada orang record game nanti, adalah

  11. KNizam Avatar

    aku paling suka ngan nokia3210. sedap dipegang di tapak tangan. ergonomic betul hehe ;)

  12. x-po Avatar

    nnt kalau aku gi rusia, ko jd pemandu pelancong aku ye bro..hehe
    .-= Cerita terbaru x-po.. COUPLE JAUH MENYEKSAKAN HIDUP =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      No problem. Datang ah

  13. fana164 Avatar

    Xmenahan tang kalkulator 2…
    pnya la berabad kan..hihi

    still pakai hp Nokia (xtau siri pe) wpun da 5 thn..
    Jatuh po da beratus kali hihi…
    Tapi skg hp tu da dapat kwn baru =P
    .-= Cerita terbaru fana164.. ~Jgn Segan Nak Bukak Payung Bila Hari Panas~ =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Nokia memang taham. Jatuh banyak2 kali pun still maintain lagi

  14. aboi Avatar

    barang aku yang tahan lama..berapa ketul je…
    hp aku paling lama tahan 4 tahun..lepas tu mati tak mahu hidup2 lagi..
    yang paling lama aku simpan… novel lah.. novel paling lama aku simpan dan masih dalam berkeadaan baik lagi sudah 8 tahun..hehe
    .-= Cerita terbaru aboi.. Kalau emosi tak stabil beginilah jadinya.. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Novel tu memang ah. Tapi takkan nak ulang baca novel sama jer..

  15. Marki Avatar

    haku suka guna barang2 yg boleh tahan lama dari membazir duk tukar sana tukar sini.. contoh kasut.. kasut converse haku dah hampir 4thn ..nmpk season gila..kalau pakai ngan kameja kotak2 ngan jeans koyak dah nmpk mcm kurt cobain dah..haha

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha. Memang season habis. Puas hati sebenarnya kalau beli barang lepas tu boleh tahan bertahun-tahun.

  16. joegrimjow Avatar

    yg pentg
    ada benda yg boleh dikenang bile da gal gg 2 nanti
    hehehehe

    nokia 33skpuang
    .-= Cerita terbaru joegrimjow.. joegrimjow dan duit-duitnya =-.

  17. ejamaria Avatar

    saya guna Nokia 5580 skrg ni beli awal tahun lepas sbb phone N71 dah guna 5 tahun pas tu dah format pun hang lagi bila tgh buat call, sms lg teruk… errmm tukar la… biasa la skrg ni jangka hayat brg2 skrg 5 thn je… tv kat umah pun dah buat hal – slepas 7 tahun… nak ganti LG HDTV cam en.eyriqazz pulak… hehehe…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Hm.. tak tau pulak TV pun boleh buat hal kalau dah guna lama2.
      Mungkin itu cara diorang ni buat duit kot. Barang2 elektronik ada jangka hayat 5 tahun

  18. Lord Zara Avatar

    pergh!
    jeles dgn kasut itu~
    hehehehe~

    aku pun pakai barang mesti lama la gak~
    hahaha~
    bukan senang nak dpt beli barang baru~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Tidak Perlu Menerjah Aku Sehingga Di Surat Elektronik – Nampak Sungguh Kamu Terdesak Seperti Tiada Telur Atau Banjaran Megah – Ketawa Berdekah. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Laki beli kasut 4 tahun sekali je.
      Pompuan. setahun banyak kali beli :P

  19. chekgu naman Avatar

    suka simpan pen yang dah habis dakwat..haha

    buat menyemak je kan..

    respek la kat Rusia
    .-= Cerita terbaru chekgu naman.. “Saya ingin ke Gatsby Deodorant Street Fair” =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hm. Mesti banyak gila ko simpan pen tu

  20. nursarah Avatar

    beg galas b.u.m aku dah hampir 5 tahun pakai, 3tahun pertama mmg guna beg tu je. 2 tahun kebelakangan ni adalah pakai se mggu sekali. sungguh lama berjasa!
    .-= Cerita terbaru nursarah.. lain orang, lain ragamnya. =-.

  21. Fakhrullah SMTU Avatar
    Fakhrullah SMTU

    sama jgk kt smtu ni,,,,mak aihh,,,lab sekolah aq jauh lagi moden bro!!! huhu

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Orang malaysia suka tukar barang baru tiap2 tahun. Mentang-mentanglah duit ada
      Kat Russia ni rasanya kalau benda tu dah musnah baru diorang tukar