Hari ni cerita pasal sukan sikit..
8-2, 6-1 .. dulu nak dapat lebih daripada 3 gol dalam sesebuah perlawanan bola kemain susah. Salah satu sebab kenapa aku malas tengok perlawanan bola sepak. Tengok basketball lagi best sebab jaringan berbalas-balas.
Bercakap pasal pemain berlakon injured, teringat dulu satu pasukan bola ketika menentang pasukan kebangsaan yang akan ada orang injured setiap 5 minit dalam game. Sangat pathetic. Sepatutnya peraturan ditukar supaya waktu orang injured, game time pun diberhentikan supaya tidak dimanipulasikan oleh pasukan seperti ini.
Sebenarnya, sukan lain pun aku malas tengok. Bukan sebab tak minat sukan, kalau tak minat memang tak bersukan langsung dah. Cuma.. aku rasa masa tu lebih baik diluangkan pada perkara lain.
Hari ni juga berlaku kemalangan maut semasa MotoGP Malaysia. Rasanya ni kemalangan maut pertama di Litar Sepang. Teruk jugak penunggang tu kena langgar dengan 2 buah motor. Masa nampak helmet tercabut, aku dah macam tak sanggup tengok, manalah tau kepala penunggang tu tercabut sekali. ish.. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Dan terakhir sekali, All Blacks menang dalam Piala Dunia Ragbi. Kalau bukan sebab kerja final year project, memang aku layan RWC. At least, takdelah pemain berlakon injured macam mak nyah.
.. satu daripada beribu-ribu video lain di Youtube

Comments
18 responses to “Banyak Betul Gol Sekarang”
pengadil bola sepak kena lebih teliti dalam buat keputusan. kadang-kadang bila terlalu ikut emosi seorang pengadil mampu merosakkan perlawanan bola sepak itu sendiri
aku memang suka tengok mana-mana game bola kalau ada banyak gol.. lagi bosan kalau takde gol langsung..
Kalau diatas pandang tidak berapa nampak kalau di tv boleh nampak perbuatan menjatuhkan badan di sengajakan. Bosan kalau menonton permainan macam ini
game Rugby adalah yg plg clean atr semo game. klu injured, masa diberhentikan. extra time? xde. slagi bola in play, even 10 minit pon pernah lajak once dah lps 80minit tu. berbangga sbb pernah mengenali game rugby dan mencintai game ni. huhu
aisehh..mu kalah 1-6 plakk..aduhaiii..
memang serius fake lah, hehe
hampa selangor kalah.. sob.. sob..
satu ayat je nak cakap…Manchester United poyo boleh? haha
haha…marah nanti penyokong MU.kang wayne rooney bagi title legend lagi pulak :P
poyo tak sesuai kot. ramai musuh Manchester United sebab dorang selalu menang. boleh tak macam tu?
Yey,terengganu pun dah macam manchester city..hik3..perasan satt… Dulu masa di UK, pernah sokong Manchester city,main reason masa tu Anelka main utk City..
sekarang ni boleh la sokong man city balik :D
Game rugby gentleman sikit..Berdarah sampai penuh satu muka still terus kan permainan..Kalau bola..hhmmm
Referee pun satu hal. Game QPR vs Chelsea referee kena hentam teruk betul.
haha…sepak kena kaki tapi muka pulak dia tutup.kononnya bola kena muka.wakaka :D
ha’ah la…banyak game aku tengok gol banyak2.pada masa yang sama jugak,banyak pulak kad merah dilayangkan.adakah ni tandanya dunia dah nak kiamat?huhu… :P
ha’ah. kad merah pun satu hal. Dah macam parti kad merah pulak kadang-kadang. Dulu nak dengar dapat kad merah sekeping pun punyalah susah
sekarang ni dalam mana2 game yang main pada ari yang sama mesti ada yang kena layang kad merah.alahai… :p
world cup 1998 the worst!!!hehe