
Dah tak tau nak tulis apa, so saya share jelah maklumat ni. Mungkin input daripada anda boleh membantu saya membuat keputusan.
Background
Apartment terletak di hadapan pintu masuk utama kolej ini (kurang daripada 1 km). Apartment baru siap, sedang menunggu vacant pocession. 4 blok sahaja dibina dengan dua blok diambil telah alih oleh pengurusan kolej. Starting price adalah RM XXXk dengan keluasan 1000 kaki persegi.
Satu blok ada 24 unit, walk up apartment 4 tingkat. Tiada lagi perumahan jenis apartment di kawasan tersebut selain gugusan apartment empat blok ini.
Opportunity
Dua blok yang diambil tadi akan disewakan kepada pelajar kolej dengan kadar RM X, dengan syarat apartment yang disewakan mestilah penuh (8 orang).
Dengan kadar RM X darab 8 orang, jumlah kutipan tadi hanyalah perlu ditolak sebanyak 50% untuk maintenance fee & installment bank.
Dengar khabar pelabur luar menyewakan apartment di situ dengan bayaran 20% lebih tinggi berbanding yang dikenakan oleh pihak pengurusan kolej.
Kalau dikira-kira, untung bersih daripada pelaburan sekiranya apartment ini berjaya disewakan penuh selama setahun adalah sebanyak 40% daripada total investment.
Cara pengiraan untung bersih:
(Keuntungan daripada kutipan sewa setahun, dah tolak installment bank) / (Down payment + kos lain semasa pembelian + kos untuk melengkapkan apartment dengan perkakas) * 100 = 40%
Ancaman (Threat)
Ancaman pertama: Price war. Kawasan tu bukan baru. Kat tempat yang sama, terdapat lebih kurang 200 – 400 buah rumah teres setingkat dan dua tingkat dan ada diantara rumah di situ disewakan pada kadar serendah 40% lebih murah berbanding kalau apartment tadi disewakan penuh kepada 8 orang pelajar kolej.
Ancaman kedua: Oversupply. Hanya pelajar semester 5 dan ke atas sahaja perlu menyewa di luar. Cukup ke bilangan pelajar untuk memenuhkan kekosongan rumah depan kolej?
Risiko
Risiko pada saya adalah holding power. Let’s say plan ni lambat take-off, mungkin tahun depan baru dapat orang masuk menyewa, memang hidup mengikat perutlah setiap bulan.
Risiko kedua adalah jarak. Kawasan ni terletak jauuhhhh dari rumah. Nak sampai ke sana ambil masa lebih dari sejam. Siapa nak maintain? Siapa nak kutip sewa? Kalau boleh kutip sewa terus untuk satu semester takpe jugak.
Buy or not?
Pening kepala memikirkan tentang perkara ni. Help me.
Note: Kepada sesiapa yang tahu exact location, senyap-senyap jelah. If this is good, kasilah saya peluang nak start property investment. Orang lain dah kaya, tak perlu semua ni.

Comments
17 responses to “Property Investment: Bantu Saya Buat Keputusan”
Kalau harga ok boleh juga rembat..
kalau masa saya belajar dekat poli dulu.bayar sewa rumah 1 sem sekaligus.
jumpa owner rumah 2 kali aje.
masa nak check in & check out.
lokasi nk pantau agak jauh.
melainkan dkt ngan tmpt kerja, mungkin bley take the risk.
sincerely, rasanya let go dulu kot.
p/s: br je terlepas nak ambil rumah kedai di kawasan sekitar sbb xcukup modal…
Rumah kedai tu.. memang perlu banyak capital
tp rate sewa lebih tinggi berbanding sewaan utk rumah. plus penarafan komersial akan bg value rumah kedai cpt naik setiap tahun kalau kena pada lokasi.
cari rumah lain. hehe..
Sentiasa mencari..
kalau pelabur luar boleh sewakan dengan kadar lebih tinggi,why not. Tapi tengok kolej swasta tu punya student. Kalau memang suka ambil student ramai dan kemudahan kolej kurang. Boleh ambil opportunity ni.
Suka aku nak igtkan,pelaburan rumah pertama biar kita mampu byr jika tiada penyewa untuk kadar masa terdekat.
Apapun buat backup plan.
-ve thought mmg akan sentiasa ada tapi jgn risau, +ve point tu byk
opportunity never comes twice, so if you think this is a great opportunity, grab it before too late. Good luck
As usual, 2 things to look into :
1) Lokasi & Permintaan Yang ‘Menarik’
2) Harga yang Berpatutan & Aliran Tunai yang Positif
wow, that is excellent opportunity. Go get it
mesti AE boleh membantu bro.. silap2 dia sebat dulu.. hehehe
Aku suka kata2mu itu myvitrd
kalau saya, saya beli, kawasan baru, pastu permintaan makin meningkat utk long term, ok kot
Walaupun ada ‘threat’ mengenai persaingan harga dan over supply tetapi tetap ada constant demand.
just buy…then kalu dah tak nak bole jual dgn harga yg semestinya higher than masa beli..kan?