Balik Kampung

Reading Time: < 1 minute

Semalam pulang ke kampung di Masjid Tanah untuk melawat ahli keluarga di sana. Dah hampir dua tahun tak pulang ke sana. Banyak yang berubah.

At the kampung yesterday..

Walaupun banyak kemajuan, kampung dah semakin sunyi berbanding dulu. Tak hairan memandangkan anak-anak muda semua berpindah ke bandar dan takde siapa yang nak pindah semula ke kampung untuk menetap di sana. Sunyinya kampung ni ibarat kalau melintas jalan tutup mata pun tak kena langgar kereta sebab kereta sikit sangat lalu-lalang.

Tapi bila raya, masya Allah. Traffic jam kalah KL. Paling annoying kalau nak pergi sembahyang raya. Rasanya situasi ni memang dah biasa dialami oleh mereka yang pulang beraya di kampung.

Sempat singgah ke bandar Melaka. Hartanah kat sana pun not bad. Rumah luar bandar Melaka pun dah ada yang mencecah RM200k. Wow.. Tapi build up agak besar la. Something new. Sebelum ni, rumah kat sana kecik-kecik je semua. Kat kawasan bandar je yang boleh nampak rumah dengan build up area yang luas. Sekarang kat pinggir bandar pun dah ada rumah teres yang besar-besar. Banyak betul development baru..

Tapi hati saya masih lagi di bandar. Kalau tinggal kat Melaka, tak dapatlah join event best-best macam motocross hari tu. Benda macam ni semua kat area KL. Nak jadi blogger tapi tinggal di luar KL memang terlepaslah kebanyakan event yang dianjurkan di sini.


Posted

in

by

Comments

37 responses to “Balik Kampung”

  1. Ekspresi Ruang Avatar

    prefer dok kg. biarlah tiada butik2 jenama mahal dan shopping mall bsr2, yg penting persekitaran dan suasana yg xberapa bahaya compare dgn di bandar bsr esp kl.

  2. azydy Avatar

    saya pun dah lama tak balik kampung.. mungkin raya nanti kot baru balik..

  3. Nurul Avatar

    Waaaa.. dah lama x balik kampung.. dah lama x nampak Ayam belanda tu..

  4. azman Avatar

    Ayam belanda tu suka kejar orang he3…kalau kg ada peluang pekerjaan memang ramai nak duduk kg,tapi tu lah tak banyak.

  5. zool Avatar

    Den pun lama tak pegi Masjid tanah.. hehehe.. takde hal tak de la nak pegi sana.
    kalau nak cari rumah kat melaka boleh contact den.. bolehla tengok2 kan sikit

  6. Cik Suzlin Avatar

    Yup. Memang susah nak datang mana-mana event if kita dari luar KL.

  7. titan Avatar

    aku pun nak balik kampung kejap.

  8. sarina yusoff Avatar

    Sebab dibesarkan di KL,
    saya memang suka balik kampung…2-3 hari okay kot, kalau lebih dari itu…owhh rindu jugak.

    Bila nampak bayang bangunan KLCC dari highway – walaupun jauh nun sana…mesti teriak kuat-kuat YAYYY!!! SUDAH SAMPAI KLLLLL!!!!!!!

  9. myvitrd Avatar

    duduk di bandar pun takpe bro.. yang penting ada masa boleh balik kg. melawat org tua.. betul tak?

  10. hafiz Avatar

    beli rumah satu kat bandar, satu kat luar bandar la bro..hehehe..apa-apa pun kalau sembelih ayam belanda then panggang memang best..=P

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tak pernah makan lagi ayam belanda panggang.

  11. salman ahmad Avatar
    salman ahmad

    masjid tanah dan kawasan yg sewaktu dengan nya memang indah dan mengasyikan. jangan lupa singgah di Pantai Tanjung Puteri (dulu panggil Pantai Berembang) , duduk santai2 dipankin dgn orang tua2 kampung , sambil makan nasi lemak kukus. wuh….. ada kelas bro…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tak sempat melawat pantai en. salman. Mungkin nanti nak bercuti kat sana cari seafood.

  12. MDHAFiZ.NET Avatar

    mahal jugak rumah kt sana.. .
    memang best klu blogger boleh sertai event. Tp malangnya sy bukan org KL.. .:)

  13. onlajer Avatar

    serius bro dah lama aku tak tengok ayam kepala botak

  14. Man Avatar

    Apa nama ayam tu ye? lupa pula

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ayam belanda

      1. lizza Avatar
        lizza

        saye panggil ayam kolok-kolok :D

  15. boni kacak Avatar

    uish. mahal jugak ye.. 200k tu

  16. Affan Ruslan Avatar

    Kg aku pun kat Masjid Tanah. Haha.

    1. Tho Ha Avatar

      Aku tidak pasti di mana kampung halaman aku. Sama ada Masjid Tanah atau Bukit Cina.

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      hahah.. kawasan mana tu?

  17. azrijohan Avatar

    contoh blogger yang duduk luar KL dan terlepas banyak event adalah saya :'(

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      duduk mana bro?

  18. Nadot Avatar

    ok..siyes..ayam2 tu comeeelll…
    Best balik kampung skali skale…
    Kalau tiga kali tiga kale, x sabar balik bandar dah.. ;)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      betul. kalau selalu sangat, rasa bosan pun ada

      1. halif Avatar

        Biasalah, yang kg target bandar, yang bandar target ke kampung. Peluang kerjaya berbeza2. Anyway, Masjid Tanah memang saya suka, kg di Alor Gajah. Selalu ke Kem Terendak lalu jalan lama Masjid Tanah. Masjid Tanah memang tempat yang banyak nostalgia, sebab matriks di Londang yang mula2 terkonpius London

  19. aslam Avatar

    market kt KL ni memang besar.

  20. abangensem Avatar

    Betul tu. Nanti terlepas pulak peluang nak join event yang ada Fatin Liyana.. hehehe.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ada ke? dah lama tak nampak dia kat event

  21. akubiomed Avatar

    Kampung bro Melaka rupanya, Kampung saya pulang di Cheng.

  22. topo Avatar

    aku terasa weh.. hahaha tapi apa kan daya bumi Melaka masih memerlukan aku hahaha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hahaha.. orang kuat blogger melaka ni

  23. Norfa Avatar

    betul la.. kalau kat kampung susah nak join even.. jauh..tapi tenang berbanding di bandar.. hihihihi… ada 2 event di lepaskan sbb ada dikampung..

  24. BK Avatar

    sesekali pulang rehatkan diri & minda

  25. Faizalpj Avatar

    Sy terlepas saja event..ke tak org nak ajak

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      lama-lama nanti adalah orang ajak