
Bila nak kawen, ramai yang sibuk menghitung bajet kawen tapi lupa untuk kira bajet ‘memulakan hidup’ selepas kawen
Coudn’t agree more dengan status ni. Actually dari segi financial, takde masalah sangat sebenarnya nak kahwin. Worst case scenario, boleh je amik personal loan/pinjaman koperasi 20-30 ribu untuk kahwin. Bunyi macam kesian tapi itulah hakikat kehidupan sekarang. Nak kahwin pun ada yang sampai kena pinjam duit daripada bank.
Soalan yang lebih penting bagi mereka yang nak berkahwin adalah, adakah mereka mampu menampung kehidupan selepas berkahwin? Atau lebih tepat lagi adakah si suami mampu menanggung si isteri?
Kebanyakan fresh grad memang tak mampulah nak menanggung kehidupan selepas berkahwin ni, lebih-lebih lagi mereka yang baru nak memulakan kerjaya mereka. Rata-rata yang berjaya mengharungi kehidupan selepas kahwin bagi mereka yang berkahwin awal adalah:
- Support from parents. Tak semestinya wang, tempat tinggal/tinggal bersama parents contohnya adalah support yang diberikan.
- Kedua-dua suami dan isteri bekerja.
- Suami gaji besar.
Gaji besar yang dimaksudkan di sini adalah lebih daripada RM5,000 sebulan untuk fresh grad. Yang ni boleh dapat kalau kerja dalam bidang oil & gas. I don’t agree with this simply because anak muda yang baru berkahwin tak sepatutnya tinggal separately untuk satu jangkamasa yang lama (lebih daripada sebulan). Possibility perkahwinan tu musnah adalah tinggi.
Kalau senario no. 1 (support from parents) tu takde, then no. 2 adalah satu kemestian. Kalau nak tinggal kat KL ni, at least kena ada RM3500 untuk kehidupan yang selesa/cukup makan bagi mereka yang berkahwin. With that, dapatlah tampung installment kereta ( harga kereta < RM100,000 ), medium-cost apartment and the rest kenalah budget betul-betul supaya duit tu cukup. Belum cerita nak kumpul duit untuk beli rumah simpanan bulanan lagi.
Why I’m writing about this? Sooner or later kena pening jugak dengan benda-benda ni. Jadi eloklah plan awal-awal supaya bila sampai masanya at least dah ada gambaran macam mana keadaannya nanti.
Dan itulah sebabnya ramai lelaki sekarang (especially fresh grad yang bekerja di KL) memilih untuk tidak berfikir pasal kawin.

Comments
36 responses to “Bajet Selepas Kahwin”
Bajet kawen biar lebih kit dari plan, cth 3k @ 4k, at least leh la tampung 2,3 bln pas kawin 2. xde la merana cgt
satu lg cr utk fresh grad dpt hidup sng lps kawin adalah dgn both of them jump into MLM business seriously before and right after kahwin.
*sarcasm*
betul tu…sekarang saya tengah pening nak kumpul duit nak kawin.ahahahha
Topic tgh stuck dlm traffic jam pun boleh end-up jadi your blog entry kan? :)
Orang dah kawin selalu duit kurang membazir, so fikir2 balik sebenarnya sama je kawin atau tak. Lagi.. orang yang dah kahwin selalu dianggap matang, so peluang naik pangkat tu lebih sikit.
Aku tengah cari rumah Ariff weh :)
Nak dibeli lepas ada kereta.
Malangnya, lelaki pula yang takde. Hahaha.
degree engineering sekarang dapat 2500 gaji pun dah kira mantap. kalau oil and gas yes, jejak RM 5000 gak. kena pandai cari ar. jadi engineer fresh grad mane nak gaji beso.
Terpanggil untuk memberikan pendapat, ada betul apa yg dicakap oleh ariff cuma pandangan sy, kita terlalu memikirkan benda yg kita masih buat andaian sedangkan bila kita renung balik bila kita berumah tangga insyaAllah rezeki akan cukup kalau kita hidup dalam keberkatan
Gaji sy bawah 3k dan isteri tak bekerja, tinggal di area KLIA…sewa rumah, anak 2, bayar keter..yg penting kn tahu menguruskan perbelanjaan, apa yg perlu apa yg tidak perlu
Hidup sekadar yg ada, bayar keter kalau boleh spend 1/6 dr gaji..means kalau gaji 3k, carilah keter yg bayar bulanan bawah 500…x perlu untuk pakai keter besar nak ikut kawan2 asal cukup utk kegunaan keluarga
Dan jgn lupa selepas kahwin pun wajib kn bagi duit untuk ibu bapa kita setiap bulan, insyaAllah hidup dan kewangan kita berkat, sedekah paling x mampu pun bagi rm 2,3 setiap minggu dkt tabung masjid
Apa2 hidup dalam dunia kahwin isteri perlu memahami suami dan begitu sebaliknya
InsyaAllah
setuju dengan komen abang mijie.
dah kahwin rezeki murah. ramai orang cakap. tok kadi pun cakap gitu gak selalu. hehe
saya suka ni… hehe… betul tu. memang nampak terlalu ideal. Tapi hakikatnya, inilah keseimbangan sunnatullah dan syariatullah. Tahu apa yang kita nak, plan sebaik mungkin, belanja sekadar yang termampu. InsyaAllah, bahagia. Yang parahnya, bila expectation kita tu yang tinggi plus terikut2 sgt orang lain. Kita decide apa yang kita nak, bukan orang lain decide untuk kita :)
Marriage is all about compromise. Remember that. Kalau terpaksa buat loan, buatla jika dah sampai hukum wajib. Ada hikmahnya nanti.
Bila berkias macam ni memang niat tu dah ada, cuma menunggu masa sesuai je ni utk kawin.
yang penting keselesaan… kalau ada rezki lebih mungkin boleh kecapi kemewahan.
jgn takut nak kawin bro.. semua orang ada rezki masing2
kahwin bukan senang..salah planning, runtuh masjid yang dibina..pape pun sebelum kahwin, biar ade backup dulu..tapi tak dinafikan jugak, lepas kahwin murah rezeki..insya-Allah.
Insyaallah lepas kawin akn murah rezekiny… Hidup d kl.. 4k sebulan pun belum te.tu cukup… Buhu
susah, esok lusa tak mustahil gaji RM5000 macam bro nyatakan pun dah tak mampu nak menjamin apa-apa lagi.
sebabnya semakin hari harga barangan serta kos sara diri semakin meningkat, tapi berbeza dengan pendapatan yang tidak berubah. Kalau gaji naik pun mungkin cuma sedikit sahaja.
kenapa jadi begini? Hmmmm…
Setuju..kos semakin meningkat..gaji yang naik ciput je..sesuatu yang tidak selari..pihak kerajaan perlu kaji isu ni..
insyallah rezeki lepas kahwin ni berganda.. tak percaya kena la kahwin dulu.. :)
tapi kena la berusaha cari, jgn la tunggu ja rezeki tu..
Memang terbaik.. suka ngan entRy ni.. Nurul paling tak setuju bila nak kawen kena buat loan pastu lepas kawen dok tanggung hutang..
bertuah saya yang keja kat kampung halaman. duduk mmg kat kampung. tak kesah la orang nak kata saya ni minah kampung, minah kolot. minah baju kurung..tak kesah..
kat kampung, gaji 2k-3k pun dah cukup banyak dah. ini kan plak kalo gaji 4-5k..
mungkin sebab tu kot saya ni tak kawen lagi. nak cari calon laki yang bleh jaga saya kalu2 saya nak benti keja esok. yang bleh tampung makan pakai saya dengan anak2.
alamatnya anak dara tua la saya tak kawen2 lagi.
gini la ariff, ko ngorat anak orang kaya lahh
Dulu Myra sendiri sebelum kawen terfikir macam mana kehidupan selepas kawen nanti, boleh ke.?
Dan lepas kawen alhamdulillah yang mana terkurang dicukupkan, insyaAllah rezeki berkat walau suami isteri bergaji kecil pasti ada ruang untuk buatkan kehidupan menjadi selesa.
Saya melihat abg-abg saya selepas kahwin rambut mereka semakin sedikit …… he he he. Adik beradik lelaki saya semua sekali 12 orang. Yg kahwin dua kali pun ada. Saya adalah satu-satunya adik beradik lelaki yang masih belum kahwin. Salah satu sebab (ada sebab2 lain lagi) yg menyebabkan saya tak kahwin ialah pengalaman sy semasa Darjah 5 / 6.
Di sekolah saya lihat papan hitam, tapi tidak berapa jelas. Saya minta cermin mata tapi keluarga saya acuh tidak acuh terhadap permintaan saya. Bertambah malang saya mendapat guru yang garang. Kawan sebelah menyebelah dan belakang tak bagi tiru. Berulang kali sy meminta cermin mata tetapi hampa. Setahun setengah saya berkeadan begitu. Tiba-tiba saya dibawa ke Kedai Cermin Mata untuk tempah cermin mata. Sy pun hairan. Rupa2nya abang saya dapat cermin mata pada hari tersebut (mungkin ditempah seminggu atau dua minggu sebelum itu). Alhamdulillah abg saya rabun, dpt sy merasa pakai cermin mata setelah setahun setengah merayu-rayu. Abang saya dalam kategori ANAK SAYANG. Minta Pagi Petang Dapat. Pendek cerita : SAYA MENUMPANG TUAH ABANG SAYA.
Saya cuma terfikir, kalau anak saya rabun, siapa yang akan membelikan cermin mata untuknya ?? Saya ??? Kalau saya ada duit, kalau saya takde duit mcm mana ?? Bini Saya ?? Kalau bini saya sayang pada anak saya, kalau tak sayang mcm mana ?? Bapa mertua ?? Mungkin boleh kalau saya menantu pilihan. Ahli Politik ??
Wahhh.. Dah dekat sangat nampaknya nak makan nasik minyak perisa Moscow. Anyway, congrats ini advance di atas khabar gumbira ni. Gua akan sentiasa support lu dari tepi.
memang betul,kebanyakan kita sibuk sangat memikirkan perihal wang bila nak kawin. lepas kawin lg byk guna wang sebenarnya. woha!
perlu perancangan yg rapi sebelum & selepas berkahwin
Sampai seru kahwin juga…
Pandailah atur kewangan sendiri…
Duit banyak pun, kalau tak reti handle susah juga…
Terlalu memikir belanja selepas kahwin. Tidak kira bergaji besar atau kecil perlu pandai menguruskan perbelanjaan rumahtangga. Golongan miskin, sederhana dan kaya tetap kahwin dan perbelanjaan mereka mengikut kemampuan.
Apa bila mengambil langkah untuk berumahtangga kita perlu komited dan alam yang bakal ditempuhi selepas kahwin.
Setuju dengan pendapat akubiomed ni, betul tu yang penting cara kita uruskan kewangan, walau gaji sikit tapi rezekinya berkat, insyaAllah cukup makan pakai dan keperluan lain ;)
tak lama dah ni. hehe
betul tu bro..bajet lps kawen kne pkir leklok,klu bole kne ade back up plan cthnye kewangan dr blog..klu x,slp2 kte akn di isytihar muflis..x psl2 je
Betul tu,kalau ikutkan,ramai yang sekarang pilih kahwin seringkas mungkin.Tapi kalau ada duit lebih,why not.Heee,nice entry.
Btw,Nami tu sepupu aku.What a world!
bunyi cam nak kahwin tak lama lagi.. hihi..
*yawn~* :p we’ll see if you’ll use this plan later :)
Baguslah bro dah fikir, aku doakan semoga dipercepatkan mendirikan rumah tangga… :)
Amiin! Semoga dipermudahkan. :)