
Melalui Bajet 2014, kerajaan menggalakkan tabungan melalui Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS) dengan pemberian RM500 secara one-off kepada individu yang menyimpan RM1000 minimum ke dalam akaun PRS mereka.
64. Kerajaan sedar akan pentingnya budaya menabung semasa usia muda bagi mempastikan simpanan yang mencukupi selepas persaraan. Untuk meningkatkan simpanan tambahan, Kerajaan menggalakkan golongan muda untuk membuat pelaburan jangka panjang melalui Skim Persaraan Swasta atau PRS.
65. Oleh itu, Kerajaan mencadangkan insentif 500 ringgit secara one-off kepada pencarum yang menyertai skim PRS dengan pelaburan minimum terkumpul seribu ringgit dalam tempoh setahun. Insentif ini terbuka kepada individu yang berumur antara 20 hingga 30 tahun dan dianggarkan dapat menarik seramai 420 ribu pencarum muda di seluruh negara. Insentif ini akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2014 bagi tempoh lima tahun dan akan melibatkan peruntukan sebanyak 210 juta ringgit.
Kepada yang tak tahu, PRS ni lebih kurang je macam KWSP di mana duit yang anda masukkan memang susah nak dikeluarkan. Cuma PRS ni bukanlah caruman wajib seperti KWSP. In a way, sangat bagus untuk menggalakkan tabungan jangkamasa panjang.
Apa yang lebih bagus ialah melalui skim PRS, duit anda juga akan dilaburkan seperti dalam simpanan unit trust. Pulangan tahunan daripada PRS dijangkakan lebih tinggi berbanding KWSP.
Berdasarkan pemahaman saya, mereka yang menyimpan minimum RM1000 dalam PRS akan diberi insentif kerajaan sebanyak RM500 secara one-off yang akan dimasukkan ke dalam akaun PRS.
Jadi bermula 1 Januari tahun hadapan, buka akaun PRS dan simpan duit sikit-sikit sampai cukup RM1000. Then dapatlah RM500 free daripada kerajaan. Rugi kalau tak ambil duit percuma ni.


Comments
9 responses to “Bajet 2014: RM500 Percuma Untuk Tabungan Persaraan Anda”
Hurmm…. umur dah melebihi had la pulak…..
terlebih umur dah tn.. hehehe.. yg masih belum cukup 30 tu ambil peluang ni..
Kalau start minta umur sharp 30 ok ke
Mcm mana nk apply
Sekali dpt je rm500 ke
30 tahun depan ke? Kalau tahun depan, boleh.
Start 1 Januari 2014.
Sekali je dapat.
I was actually involved in processing the budget speech at my workplace but totally missed out on this interesting bit. Thank you Ariff for posting this. Much appreciated.
This kind of incentive is something that shouldn’t be missed. RM500 although seems not a big amount will grow to something substantial after the compounded interest over 10 or even 20 years.
Free money is always good money ;)
harap2 boleh guna online banking je utk menabung tu. senang sikit. hoho.
Rasanya boleh.
Peluang baik. Semoga perlaksanaannya lebih mudah. Masa study degree pn ada gak dpt buku simpanan tersedia Rm100 mcm amanah saham tp bila check kaunter database error.