Bajet 2011 – 500 Juta Ringgit Untuk Belian Peluru Berpandu Dari Russia

Reading Time: < 1 minute

Sebaik sahaja pengumuman Bajet 2011, sumber dalaman di sini telah dihubungi oleh beberapa agen kontraktor dari Malaysia berhubung pembelian 50 biji peluru berpandu udara-udara dan udara-darat yang akan dilengkapi pada pesawat pejuang Sukhoi-30MKM. Bahan letupan yang digunakan untuk peluru berpandu ini masih lagi belum diputuskan jenisnya samada dilengkapi dengan bahan letupan konventional atau nuklear namun begitu, ada desas desus dan khabar angin yang kuat mengatakan peluru-peluru berpandu ini akan dilengkapi dengan bahan letupan nuklear.

Sumber juga melaporkan bahawa shipment pertama peluru berpandu ini akan tiba seawal Januari 2011 dan penghantaran akan dilakukan dalam 5 peringkat. Semua peluru berpandu akan dijangka sampai menjelang Disember 2012.

Pembelian mengejut ini adalah antara langkah Tentera Udara Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan kedudukannya di ruang udara Asia Tenggara seterusnya menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki senjata nuklear. Beberapa perancangan untuk membeli pesawat pengebom senyap terkini buatan Russia juga telah mula kedengaran dan berkemungkinan besar akan dimasukkan ke dalam pembentangan Bajet 2012.

Pembentangan Bajet 2011 ini adalah yang paling mengejutkan dalam sejarah pembentangan bajet negara kerana ini adalah kali pertama Malaysia membelanjakan sejumlah dana untuk pembelian senjata nuklear. Pihak pembangkang hanya mampu berdiam diri mendengar berita yang sangat mengejutkan ini.

***

Sekarang bagitau aku, apa reaksi korang kalau benda ni berlaku? Wajar ke tak kita kukuhkan kedudukan negara kita dari segi kekuatan tentera? Tau tak jiran-jiran kita yang lain semuanya sibuk melengkapkan tentera diorang dengan segala jenis senjata canggih dan baru tapi kita masih terkandas dengan kapal selam lama yang telah digunakan sejak 40 tahun dulu dan tak boleh menyelam. Jadi pada pendapat aku, kita perlu buat sesuatu.

[Berita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Harap maklum.]


Posted

in

by

Comments

51 responses to “Bajet 2011 – 500 Juta Ringgit Untuk Belian Peluru Berpandu Dari Russia”

  1. wak sudarjo Avatar
    wak sudarjo

    malaysia nuklear? mesin x ray pun tak mampu nak maintain, ada ati nak guna nuklear…

    abis jadi mutant semua askar malaysia…

  2. Sham Hardy Avatar

    masa aku dalam training Wataniah dulu, Kolonel aku ada britau “kalaulah ko tengok senjata yg ada kat Malaysia nih, dan lepas tu kita kena serang, memang senang ah diorg nak kalahkan kita”

    bagi aku ia penting, sebab ia atas dasar pertahanan, insurans pada kita semua, bab politik corruption itu ini memang susah nak cakap ah, urusniaga sebenar mereka kita memang takkan tahu, tapi atas dasar upgrade persenjataan, aku sentiasa sokong, walau apa jua sekalipun.

    anyway, takkan bila kita dah kena serang baru terhegeh nak beli senjata baru?

  3. Anwar Osman Avatar

    Malaysia: Kita nak buat jambatan ke sumatera. Boleh memudahkan perjalanan dan meningkatkan hubungan malaysia-indonesia disamping meningkatkan import-export negara.

    Oh.. x boleh. singapore marah sebab kapal selam *yahudi nak lalu singgah kat singapore xleh nanti. Malaysia ngan indon boleh detect menceroboh perairan. Hmm… ok lah, kita belila kapal selam. Alamak x boleh selam la plak. Rosak kulit kapal selam la. Habeh, dah beli 2nd hand.

    Hmm… apa lg kita nak buat? Janakuasa nuklear? Aku setuju. Tapi after 15-20years mana nak taruk bahan toksik tu? Nevermindla, pandaila kita carik lobang kan.. buat ja dulu.

    *yahudi(x guna perkataan Israel sebab it is not a country)

  4. hyprobulksms Avatar

    Kalau jadi kenyataan lagi baik. Kerajaan kita terlalu kenyangkan kroni berbanding dengan keselamatan negara.

  5. matjoe Avatar

    tertipooo aku…..

  6. wazy Avatar
    wazy

    hehehhe
    100% gak hampir percaya

  7. KiN Avatar

    haha..ingat bbetul la tadi…pelik gak sbb ayah xde la duk bising kate mlysia beli peluru brpandu la pe bende time bajet aritu…

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha.. kalau ada ayah bising kat meja makan eh?

  8. rio Avatar
    rio

    mmg stuju giler… kalau teknologi perang x canggih skali perang je trus lenyap Malaysia… kan ada isu Indonesia nak perang Malasysia… xkan kita nka guna senjata lam tolong la aku xnak mati awal la… tp isu beli senjata 2nd tu memalukan btul n membazir duit.. beli la yg baru n ori barula tahan serta harap kerajaan plan btul2 n kalau boleh buat la benda ni confidential demi kepentingan negara..

  9. madlut Avatar
    madlut

    kalau kita beli senjata nuklear…
    kemudian kita kena serang dengan negara yang menjual kepada kita senjata nuklear itu…err..kalah jugak rasanya

  10. fndrocka Avatar
    fndrocka

    Gimik lebih lah

    1. ariff Avatar
      ariff

      sekali sekala gimik takde salah

  11. fadhilah Avatar
    fadhilah

    aku tak suke betul la kerajaan bazirkan duit banyak2 untuk bende macam ni
    semata-mata nk jadi negara asia 1st nuklear!Kan bagus duit tu guna untuk

    1-bina2 kem2 untuk traning pelajar lelaki jd jantan berguna ker..
    2-bina pusat2 sains ker biar kalahkan teknologi korea dan jepun
    3-sekolah2 lapuk kat kampung kasi bom bina baru

    kan bagus tu daripada nuklear tapi kalau guna nak bom yahudi xpe gak!

  12. cascd Avatar
    cascd

    bersiap sedia untuk berperang…ish3….takotnya dorang ni…rasanya perlu sangat ke benda tu a?

  13. mas Avatar

    kesah kapal selam memang a never ending issue actually, beli kapal kat german tp mase nak buat port kapal selam di malaysia tgk port yang dekat Australia. tiru bulat2. Harusla kapal tue tak muat bila nak landing dekat port yg dibina kat malaysia tue.

    Adoi, tah sapa la yg terlibat dalam urusan tersebut. Amat bijak.

  14. zharmin Avatar

    nice…hampir percaya..tapi bila sebut senjata nuklear tu, dah mengarut. Sedangkan nak ada loji nuklear pun orang ramai dah bising2, inikan nak ada senjata nuklear…mau jadi sasaran penceroboh luar..

    1. ariff Avatar
      ariff

      kalau ada loji nuklear pun ok gak. Tenaga Nasional boleh turunkan tarif elektrik.

  15. mankuchai Avatar

    Saya sering menbaca artikel tentang militeri,Malaysia perlu senjata-senjata tersebut,bukan bermaksud nak tunjuk sapa kuat,tapi sebagai langkah pertahanan hadapan,hanya org yang dalam bidang ketenteraan sahaja yang tahu akan kepentinganya.kalau rajin ada 5/6 Blog menceritakan pasal ketenteraan di Malaysia. :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Masalahnya tak banyak yang boleh diceritakan sebab sumber pun takde. Kalau macam Singapore, diorang siap ada channel Youtube sendiri cerita pasal ketenteraan diorang.

  16. mijie Avatar

    kalau betul aku sokong sangat sebab negara kita agak ketinggalan dari segi kelengkapan senjata canggih

    contoh terdekat singapore je

  17. zool Avatar

    hati-hati bro… walaupun rekaan semata2..

  18. rashid Avatar

    Kalau melabur untuk pertahanan tak salah pun, tapi mesti ramai yang tak setuju…isu kapal selam tu pun ramai yang buat cerita macam-macam…dengki khianat..

  19. ahm Avatar

    kitakan memang suka beli barang 2nd dari negara luar..last2 semua hampeh je..kapal selam beli pon aku tak tahu nak guna untuk apa..baru takpe.. ni dah separuh abat usia kapal tu.. membazir duit je

    1. rashid Avatar

      Malaysia dah produce kapal sendiri…kapal2 lama yang dibeli tu khas untuk latihan, dan untuk reverse engineering…harap maklum…

    2. fadhilah Avatar
      fadhilah

      oh aku sokong 10000x

  20. tarmizishukri Avatar

    Kerajaan kena konsider jgk utk upgrade sistem pertahanan negara. Sbb ramai yg dengki kat malaysia.

  21. zulkbo Avatar

    salam..
    stanby nak lawan siapa la gamaknya?
    lagi pun perlu ada benda ni untuk
    pertahanan negara…

  22. denaihati Avatar

    pasti ramai yg terpedaya

  23. TheSharkox Avatar

    Hahaha…aku hampir nak percaya…
    Well, kalau beli peluru berpandu tu, beli yang baru ke beli yang seken hand??hahahahaha..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Second hand. hahahaha~

  24. cEro Avatar

    ahahah, pada aku perlu kalau nk tingkatkan pertahanan…
    mane laa tau, indon pon mcam panas je dgn kita…

    tp tak perlu ko bentang dlm bajet…

    btw, nice!!

  25. cahaya Avatar

    erkk..bukan kita dah beli kapal selam canggih ke yg masa kes altatuya tu?rasanya kita banyak beli alatan ketenteraan yang 2nd hand tp takdelah sampai ketinggalan zaman sangat kan..huhu..rasanya kene jugak kukuhkan kedudukan kita dari segi ketenteraan..mcm singapura tu kecik je kan..tp sape pon tak berani kacau sebab dia sekutu us..

  26. Noridah Avatar

    “kapal selam lama yang telah digunakan sejak 40 tahun dulu”

    mana arif dapat fakta nih?

    1. Azah Avatar

      [Berita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Harap maklum.]

    2. ariff Avatar
      ariff

      oklah. tu mungkin exaggerating, cuma point aku kapal selam scorpene tu memang lama. Bukan yang terbaru.

  27. slay Avatar
    slay

    ciss tipah tertipu. T__T

    erm, yeah, maybe negara kita memang perlukan senjata-senjata terkini. tapi persoalannya, mampukah? hutang negara sendiri dah berbillion2 tak mampu bayar.

  28. nev Avatar
    nev

    cess…igtkan btol. aku kena pawned…

  29. ahmadzamri Avatar

    patutnya abng2 kakak2 kat MAI tu balik buat bom kapal terbang sendiri la, instead bazir billion2 beli brg org, baik bg duit buat RnD, built our own tech. :D

  30. eiman Avatar

    ingatkan ada beli betul2.. hehe

  31. Azah Avatar

    entri menyindir kerajaan la ni? huhu… nice…

  32. Ct Aisyah Avatar
    Ct Aisyah

    [Berita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Harap maklum.]

  33. Azah Avatar

    ebtri menyindir kerajaan la ni? huhu… nice…

  34. suffer8zine Avatar

    sengal ingtkan tol2 hekkk

  35. Amir Said Avatar

    sistem pertahanan negara penting…
    tp harap betul la beli peluru berpandu tu.
    jangan ada kes rasuah atau kes jual enjin pesawat dsb

  36. Ct Aisyah Avatar
    Ct Aisyah

    [Berita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Harap maklum.]

    hahahahaha…..

  37. fina fento Avatar

    kalau la betol…ish

  38. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    tembak! tembak lagi! hoho senario bila kita ada nuklear..

  39. syahrilhafiz Avatar

    bagus3…
    defence negara kita harap lebih kebal lepas ni..
    tak payah takut dengan seberang dah(bukan politik)..=)

  40. ejam Avatar

    pemimpin kita kan bijak2…

  41. nik amirul Avatar
    nik amirul

    aku nak cakap pun tak reti pasal bajet 2011 nie.
    macam ada yang tak kena , tapi kalau cakap pun
    tak guna jugak.

  42. Lord Zara Avatar

    Nak beli alatan nuklear?
    Adakah itu akan membuka lebih peluang kita menjadi sasaran anasir2 luar?

    >__<