Bahasa Yang Mengelirukan

Sebulan duduk Jerman. Masa awal-awal sampai kat Jerman dulu, aku kekok nak jawab soalan. Bila orang tanya, aku nak jawab ‘ya’ atau apa-apa jawapan yang merupakan respon positif aku selalu silap terguna ‘da’ (bahasa Russia) instead of ja (bahasa Jerman, tapi sebutannya ‘ya’). Tapi lama kelamaan tinggal sana dah jadi makin hebat memberi respon seolah-olah aku dah tinggal kat Jerman setahun.

Ketika sesi bertemu peminat di Paris

Sebenarnya tak susah pun nak sebut bahasa Jerman ni. Huruf W bunyinya jadi ‘v’, huruf V bunyinya macam ‘f’, huruf ß sebenarnya adalah ‘ss’ dan kalau ada huruf ‘e’ kat hujung perkataan, huruf tu kena sebut macam ‘e’ dalam bahasa Russia. Faham tak?

Oleh sebab itu, kalau pergi McDonald’s, aku boleh order benda-benda yang aku boleh baca dengan nada yang yakin, lepas tu kalau dia tanya nak tambah apa-apa, cakap ‘nein’ sambil geleng kepala sikit. Dari jauh, memang nampak meyakinkan. Tapi ada sekali tu cashier McDonald’s pusing sikit cakap, aku dah tak tau nak respon apa. Terpaksalah mengalah dan tanya dia ‘auf english?’ (in English?). Kalau nak hebat sikit cakap ‘kein deutsch’, memberi impresi yang korang ni mungkin baru nak belajar bahasa Jerman.

Tapi orang Jerman sporting dan friendly. Itu sudah pasti. Lebih-lebih lagi kalau aku kasi jawapan yang aku dari Moscow, sekelip mata boleh jadi popular sekejap. Semua orang Jerman tahu sejarah mereka dan sejarah perang mereka memang berkait rapat dengan Moscow. Nazi pernah cuba untuk menawan Moscow tapi tak berjaya dan Jerman pernah berada di bawah kuasa Soviet. Ditambah pula dengan kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris, tak susah sebenarnya kalau tinggal di Jerman.

Jadi bila aku sampai di Moscow ni, keadaan dah jadi terbalik. Apa yang sepatutnya jadi ‘da’ aku sebut ‘ya’ dan benda ni kadang-kadang susah nak ubah walaupun aku dah seminggu di sini.

Dari kiri: Shiva, Amir, Aidilf. Amir cuba menakutkan aku ketika gambar ini diambil

Apa-apa pun, terima kasih kepada rakan-rakan di Biberach an der Riß (Aidilf, Shiva & Amir), terutamanya Amir (boleh terjah blog dia di www.project2074.com) kerana menjadi hos selama sebulan aku di Jerman. Amir ni kawan lama, kena sejak sekolah rendah lagi masa kat Masjid Tanah dulu. Terima kasih juga kepada aunty & uncle Wong pemilik kedai makanan Asia di Biberach yang belanja kami makan beberapa kali di kedainya. Nanti kirim salam kat Melanie dan dua orang mamat Argentina tu (Ramiro & Federico).

Lagi satu, masa kat Jerman ramai orang tanya aku awek Jerman atau awek Russia yang lebih cantik? Jawapan sejujurnya yang boleh aku kasi, awek Russia lagi cantik. Walaupun begitu awek Jerman masih lagi cantik. Bukti dalam bentuk gambar tidak dapat disediakan dan sekiranya ada adalah simpanan peribadi. Harap maklum. Bulan puasa ni.. kurang pahala puasa nanti.


Posted

in

by

Comments

26 responses to “Bahasa Yang Mengelirukan”

  1. syafiq Avatar

    jajajajajajajajajajajajaja <– aku tengok goku lari ke markas red ribbon kelmarin. so aku tahu goku sebenarnya orang mana. GERMAN!

    p.s butang rewards tu macam ganggu nak click butang aku bukan spam dan luvcom. test by chrome 13

  2. wazy Avatar
    wazy

    huhu ramainyer peminat bro dalam gambar tu

    1. ariff Avatar

      Itulah. Aku pun terkejut. hehe

  3. lAl Avatar

    ala… simpanan peribadi ja la plak… isk3..

  4. topo Avatar

    hohoho Aidilf tu member sekolah aku dulu tu

    1. ariff Avatar

      laa.. kecik betul dunia ni.

  5. mamat Avatar

    huhu..bahasa jerman..tak pernah belajar lagi…haha

  6. ub3y Avatar

    hari raya minta dirayakan dengan gambar2 mereka. hehe.

  7. Amir F. Avatar
    Amir F.

    Haha. Gambar tu memang pelik. “Kein Problem” – Tak ada masalah pun ko datang aku lagi suka.

    And thanks for the mention. :)

    1. ariff Avatar

      No problem. Hopefully nanti aku dapat datang lagi or kerja sana terus ke..

  8. Kujie Avatar

    fakta tanpa bukti bergambar tak boleh diterima ariff….hihihi

    1. ariff Avatar

      haha.. Kalau macam tu biarlah ia jadi hipotesis untuk orang lain buktikan.

  9. SiS NaD Avatar

    Salam Ariff…

    Nanti bolehla buka kelas bahasa Jerman kat blog…. (^_____^)V

    1. ariff Avatar

      erk. Mana reti. Kena minta Amir buat.

  10. namaakulynn Avatar

    gambar bertemu peminat tu mmg style la.mmg btol2 mcm nak btemu peminat dah haaa.haha.nice shot

  11. landax Avatar

    ouh..pening gak ye nak blaja memacam bahasa ni =)

  12. aizuddin Avatar

    awek rusia, awek jerman, awek malaysia mana lagi cantik?lol

  13. naimulfirdaus Avatar

    bahasa pasar ke baku?
    gambar tu simpan baik2..hehe

  14. andyhowtt Avatar

    confius dengan gambar bertemu peminat tuh betol ke haha

  15. paeh Avatar

    kekeke. gambar sesi bertemu peminat tu siot aje….

    1. Fazreen Avatar

      macam gampang tau…hahaha

  16. syahrilhafiz Avatar

    macam best je
    standard la tu kot bahasa bunyi pelik2
    sengauu kot :D

  17. beliamuda Avatar

    Musykil betul la.. Macam mana boleh sempat ambil gambar posing tu? da~ =)

    1. ariff Avatar

      Kawan aku snap. hehe.. AKu pun tak tau gambar tu wujud.

  18. alex adriana Avatar

    susah jugak eh. nasib ada kawan kat sana, n still gak leh guna english. kalau tak haru le jugak.