Bagaimana Saya Maksimakan Cashback Daripada Perbelanjaan Percutian

Sempena nak jalan-jalan ke Italy dan Switzerland minggu depan, saya kongsikan bagaimana saya maksimakan cashback daripada perbelanjaan untuk percutian ini.

Shopback. Kepada yang belum tau, Shopback ni gunanya untuk dapatkan cashback daripada pembelian anda di laman web yang berkerjasama dengan mereka. Kadar cashback adalah berbeza dan berada dalam lingkungan 0.5 – 10%.

Walaupun nampak kecil, kalau dah kumpulkan setahun dua untuk perjalanan bercuti (atau bekerja), memang banyak jadinya.

Di sini saya senaraikan beberapa cashback yang saya dapat untuk percutian kali ini:

  • Penginapan – Booking.com – Cashback: RM195.15
  • Penginapan – Airbnb – Cashback: RM15
  • Transport (Swiss Rail Pass) – Klook.com – Cashback: RM68.54
  • Jumlah RM278.69

Untuk cashback Booking.com, biasanya 6% tapi macam sekarang ada upsize cashback sebanyak 9%. Masa terbaik kalau nak book apa-apa sekarang.

Airbnb boleh dapat flatrate cashback RM15. Jadi kalau nak booking untuk penginapan, tengok dulu kalau listing yang sama ada di Booking.com atau tidak sebab cashback daripada Airbnb tak banyak.

Satu cara untuk dapatkan penjimatan booking Airbnb adalah dengan new registration. Kalau jalan-jalan ramai-ramai dan ada di antara rakan yang belum register Airbnb, boleh register baru dan dapatkan penjimatan kat situ. Untuk new registration, dapat terus RM120 off untuk first booking.

Nak travel ke Jepun dan beli Japan Rail Pass? Guna Shopback dan beli rail pass melalui Klook. Ada pelbagai rail pass yang ditawarkan di Klook. Nak sewa wifi, beli simcard, booking tour pun boleh.

Dapat hadiah daripada Klook. Travel adapter, travel kit (neck air-pillow, sleep mask, earbuds), pen dan bag. Travel adapter tu kalau beli kat luar at least RM30-40 kan

Untuk internet, saya jarang sewa wifi sebab mahal. Pilihan yang lebih menjimatkan adalah dengan membeli kad sim. Contoh, kad sim Vodafone yang boleh digunakan di seluruh Eropah. Boleh cari di Lazada. Beli melalui Shopback – Lazada Mobile App untuk dapatkan cashback. Beli juga modem mobile wifi sendiri.

Ini bukan entri berbayar (kan best kalau berbayar). Shopback memang berguna untuk dapatkan cashback daripada majoriti perbelanjaan percutian. Untuk satu percutian pun dah dapat balik dalam RM100 – 200, bayangkan kalau travel banyak, tak kisahlah untuk bekerja atau bercuti, silap-silap boleh buat modal untuk percutian seterusnya.

4 Comments

Leave a Reply