Bagaimana Menjadikan Tahun Baru 1436 Hijrah Ini Lebih Baik Daripada Tahun Lepas?

Reading Time: 2 minutes

awal muharam

Sementara buat kerja prepare polisi Takaful untuk client outstation yang akan dipos esok, sempatlah dengar ceramah masjid depan rumah ni.

Alhamdulillah. Tinggal depan masjid. Sambil buat kerja kat rumah pun boleh dengar ceramah. Ada rezeki nanti nak beli rumah dekat dengan masjid.

Antara yang dikongsikan tentang berkaitan topik menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas ialah:

1. Audit diri kita setiap hari. Bila kita tengok balik pencapaian kita setiap hari, kita sentiasa akan perbaiki diri kita sebab tiap-tiap hari nak capai sesuatu yang positif, lebih baik daripada semalam.

2. Mulakan dengan pencapaian kecil-kecilan dahulu. Contoh, kalau semalam bangun lambat, hari ni bangun awal. Kalau semalam solat sorang-sorang, hari ni solat berjemaah. Boleh apply benda ni dalam semua perkara. Contoh lain, kalau bulan Jumaat minggu ni sedekah RM2 kat masjid, Jumaat minggu depan kita sedekah RM3. Walaupun kecil, pencapaian positif tu dikira.

3. Tak salah kalau kita berkira-kira macam ni sebab kita berkira-kira pun supaya boleh track performance kita, bukan nak bagitau semua orang. Kita sendiri tau pencapaian diri kita macam mana.

4. Orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan semalam – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Konsep dia cukup simple. Kalau kita hayati dan aplikasikan dalam semua aspek dalam kehidupan seharian, memang tak mustahil nak dapatkan yang kejayaan berterusan dalam hidup.

So, apa lagi. Mulakan sekarang. Dalam topik personal finance pun kita boleh apliksikan konsep ni untuk menjimat beribu-ribu Ringgit dan pada masa yang sama dapat wujudkan tabung simpanan sendiri.

Bagaimana?

Kalau tahun lepas, anda mungkin kena keluarkan savings sendiri bayar bil hospital untuk segala jenis penyakit (penyakit kritikal khususnya) sebab takde medical card. Jadi tahun ni kita ubah, ambil medical card ikut kemampuan anda supaya kalau masuk hospital nanti tak pening kepala dah sebab medical card bayarkan. Simple kan?

Selamat menyambut tahun baru 1436 Hijrah. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.

Tugas saya adalah menyelamatkan orang lain daripada guna duit saving untuk bayar bil hospital. Semoga tahun 1436 Hijrah ni lebih ramai yang mengambil langkah bijak ini. Amin.

A photo posted by Ariff Shah (@shahariff) on


Posted

in

by

Comments

14 responses to “Bagaimana Menjadikan Tahun Baru 1436 Hijrah Ini Lebih Baik Daripada Tahun Lepas?”

  1. Mazni Azmi Avatar

    Setiap hari yang semakin mencabar.

    Memang lumrah untuk cari rezeki

  2. ohcikgu Avatar

    yap.

    rajin-rajin la bersedekah dan siapa yang takde medic card tu..

    ambillah dengan ariff ye. :)

  3. Mohd Azrin Abu Bakar Avatar

    Salam Maal Hijrah 1436h Ariff Shah.Blogger baru seperti saya sering mendapatkan info dari blog Ariff Shah.Sangat berguna untuk saya.

    Terima kasih. :)

  4. Dr Salwa Avatar

    Salam Ma’al Hijrah,
    Mula dulu saya ikut tarikh lahir guna kalendar gregorian kemudian selepas diberi hidayah baru sedar dan tukar pada kalendar hijrah,rupanya saya dilahirkan pada 1 muharam dan sejak itu saya sambut pada 1 muharam.Sebenarnya ramai umat islam yang keliru apabila menyebut matahari sebagai bulan,contoh bulan ogos adalah matahari ogos yang sebenarnya, sebab orang roman kira ikut kitaran matahari.Umat Islam seperti yang Allah swt firmankan di dalam al quran ikut kitaran bulan dan lebih berhak keatas sebutan bulan.

    1. Ariff Avatar

      Interesting. Baru tau pasal ni. Thanks for sharing.

      Tapi macam kekok pulak tiba-tiba nak tukar sistem tarikh ni.

      1. Dr Salwa Avatar

        Awal dulu saya pun kekok juga tetapi bila mengenangkan kalau saya sambut juga guna kalendar nasrani saya akan sambut hari lahir orang pada tahun-tahun berikut disebabkan dalam kalendar gregorian kitaran matahari setahun adalah 365 hari sementara kitaran bulan hanya 360.Katakan tahun ini contoh 3 disember bersamaan dgn 1 muharam tetapi tahun depan 1 dis bersamaan 15 muharam,mana mungkin sama.
        Saya pernah bertanya pada seorang kawan yang ada PHD dalam syariah Islam,mana yang betul antara gregorian dan hijriah?jawapanya pendek sahaja darinya adalah hijriah tetapi dia masih guna kalendar gregorian utk semua urusan dunia.Tidak salah guna utk urusan dunia tetapi niat kita kena betul yang benar tetap apa yang Allah perintahkan dalam al-quran.Alhamdulillah anak-anak saya semua dapat menerima penjelasan saya dan hanya sambut hari lahir sendiri iku hijriah dan tidak lagi sambut hari lahir orang lain.

  5. Afiffuddin Avatar

    Betul, semoga amalan kita semua hari ini dan hari besok akan sentiasa lebih baik dari sebelumnya. Amalan yang diredhoi Allah maksudku.

  6. emalinmohd Avatar

    Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..Amin.

  7. hafiz hafizol Avatar

    Thanks bro.. info yang sangat bergunaa .. :”)

  8. eyriqazz Avatar

    Thanks for the tips bro..kena muhasabah dan perbaiki diri juga ni…

  9. Hayat Avatar
    Hayat

    Sempat juga promo insuran tu…..

  10. akubiomed Avatar

    Salam Maal Hijrah. Mari kita berhijrah kepada yang lebih baik daripada sebelumnya.

  11. Amir Avatar

    buat perubahan..biar sikit, janji konsisten :)

  12. soleh Avatar

    Assalamualaikum. Kita doakan untuk orang lain tanpa pengetahuannya, malaikat akan doakan untuk kita.