Bagaimana Menjadi Pengguna Twitter Yang Lebih Bagus?

Sejak kebelakangan ni kalau anda semua perasan aku dah mula Tweet dengan lebih banyak link-link daripada blogger lain. Sebenarnya yang membuatkan aku lebih rajin untuk berkongsi adalah kerana sekarang ianya lebih mudah dengan penggunaan aplikasi Buffer. Sila tonton screencast bawah ni tentang bagaimana aku menggunakan aplikasi Buffer.

Secara asasnya, ini adalah langkah-langkah aku gunakan Buffer setiap hari.

  1. Tetapkan masa untuk Tweet dihantar. Biasanya aku tetapkan pada waktu aku tak dapat Tweet (di kelas) dan waktu orang di Malaysia ramai online. Waktu pejabat dan malam selepas Isya’ macam tu. Pendaftaran di Buffer adalah percuma dan akaun aku adalah versi percuma.
  2. Pasangkan aplikasi Buffer di browser anda. Cadangkan supaya korang semua gunakan Chrome, ringan dan tak bermasalah berbanding Firefox.
  3. Baca blog sesiapa dan anda rasakan apa yang ditulis di blog tersebut berguna dan wajar dikongsikan di Twitter. Highlight kata-kata yang menarik tadi, tekan butang aplikasi Buffer di browser dan secara automatik teks tadi dah ada. Edit sedikit text mana yang boleh, terpulang samada nak mention penulis ke tak dan klik Add to Buffer.
  4. Buffer boleh di susun dan diedit pada bila-bila masa. Analytics selepas Tweet dihantar juga boleh dilihat untuk mengetahui keberkesanan tweet kita (berdasarkan klik dan RT).

Tips untuk blogger:

  • Tulis entri yang menarik yang ada worth sharing factor (informasi, idea, pendapat).
  • Kalau tweet handle anda berbeza dengan domain name, paparkan ia di sidebar blog anda untuk memudahkan orang lain mention dalam tweet mereka.

Faedah penggunaan Buffer:

  • Penggunaan aplikasi Buffer ni boleh mengurangkan sentimen “blogger popular sombong” walaupun anda bukanlah seorang yang sombong. Apa yang orang nampak mempengaruhi apa yang mereka fikir terhadap anda. Tapi pada aku, perkongsian macam ni perlu. Follower aku di twitter banyak, jadi aku rasa ada baiknya aku tweet content lain yang aku rasakan menarik untuk mereka baca.
  • Perkongsian macam ni merapatkan hubungan antara blogger. Blogger mana tak terharu kalau kita baca dan share kata-kata mereka daripada entri mereka sendiri? Dari situ mereka nampak yang kita betul-betul baca entri tersebut.
  • Dengan tweet macam ni, kalau tak sempat komen kat blog orang pun rasanya ok dah. Kadang-kadang kita rasa ragu-ragu nak komen macam mana kat blog orang, kadang-kadang masa suntuk pun betul juga. Oleh sebab itu tweet bolehlah dijadikan pengganti komen.

Daftar akaun Buffer anda sekarang dan follow aku di Twitter.

p.s. Sorry screencast bisu. Bilik ni banyak bunyi, kalau buka mic confirm bising (sebenarnya aku ni pemalu.. haha!).

+ Click this to help me win RM1000. Click this button to help me win USD1000.

33 Comments