Bagaimana Menghantar Barang Makanan Ke Luar Negara?

Dalam entri ini, saya ada menyebut tentang barang makanan kepunyaan rakan saya telah selamat sampai. Yang dihantar adalah 2 buah kotak (10 kg sekotak) tapi bila sampai ke sini, memang ada barang yang rosak dan pecah.

Dalam entri ini, saya ingin berkongsi pengalaman tentang proses penghantaran makanan ke luar negara. Saya yakin ramai yang berbuat demikian terutamanya meraka yang mempunyai ahli keluarga di perantauan ataupun mereka yang memang tinggal di perantauan.

Harga

Untuk kos yang paling murah, gunakan perkhidmatan penghantaran parcel melalui laut & darat (surface) yang ditawarkan oleh Pos Malaysia. Anggaran caj yang dikenakan adalah RM10/kilogram dan berat maksima untuk sebuah parcel adalah 10 kilogram.

Sila pastikan parcel ditimbang betul-betul di rumah untuk mengelakkan kesulitan di pejabat pos nanti kerana jika terlebih berat walaupun sedikit, parcel tersebut tidak boleh dihantar. Berat perlu dikurangkan, parcel perlu dibuka dan dibungkus semula. Percayalah, ini adalah sesuatu yang sangat leceh.

Cara pembungkusan yang betul

Saya suka makan nasi dengan kicap dan kicap kegemaran saya adalah kicap cap Kipas Udang. Malangnya, kicap ini dibotolkan menggunakan botol kaca. Pada kebiasaannya, parcel yang dihantar akan dicampak-campak dan terhimpit di celah parcel lain yang lebih berat dalam perjalanannya untuk sampai ke destinasi. Dah nama pun murah kan..

Jadi kalau tidak dibungkus dengan betul, botol kicap pasti akan pecah. Sepanjang 5 tahun saya di sini, tak pernah sekali pun botol kicap yang dihantar pecah, tak kiralah ketika dihantar menggunakan perkhidmatan parcel ataupun diletakkan dalam beg baju ketika dalam perjalanan pulang ke Moscow.

Formulanya mudah sahaja. Balut dengan kertas surat khabar dan minimum yang digunakan untuk balutan adalah 6 helai. Maksimum adalah 12 helai sebab kalau tebal sangat nanti, rugi berat pulak. Begitu juga dengan tin sardin cap Ayam dan Adabi.

Kotak yang digunakan untuk bungkusan perlulah dibalut dengan kertas minyak (berwarna coklat) dan pastikan balutan kemas dan rapi. Balutan yang tidak kemas atau mempunyai bukaan boleh menimbulkan keraguan dan akan menyebabkan parcel ditahan untuk pemeriksaan pihak kastam. Ini akan menyebabkan tempoh untuk parcel sampai bertambah lama.

Tempoh masa

Biasanya barang yang dihantar melalui parcel ini akan sampai dalam tempoh 3 bulan. Tak pernah lebih daripada itu. Walaupun begitu, perkara ini adalah sangat subjektif dan kadangkala bergantung kepada negara barang tersebut dihantar.

Barang larangan?

Saya tak pasti apa sebenarnya jenis barang makanan yang dilarang. Milo, Horlicks, serunding, kicap, sardin dan macam-macam lagi berjaya dihantar tanpa sebarang masalah.

Biasanya pejabat Pos Malaysia mempunyai senarai barang yang dilarang untuk penghantaran mengikut negara. Digalakkan supaya anda merujuk pada senarai tersebut sebelum menyiapkan parcel yang bakal dihantar.

Semoga barang yang dihantar selamat sampai. Nanti taklah kempunan atau kerugian akibat barang yang pecah atau parcel yang tidak sampai ke destinasi.

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

36 comments

  1. Tips ni berguna tapi sy memang hangin kalo ada student oversea mintak hantar barang2 makanan nih. Ape sana tiada makanan kah? mengada minta makanan dari malaysia bagai.

  2. Dulu masa belajar di South Africa selalu juga tunggu parcel. kalau mak telipon kata ada hantar barang, lagi lah! tak nyenyak tidur selagi tak nampak depan mata. kicap kipas udang, brahim’s , sos chili dan ikan bilis.. semua tu wajib ada setiap kali hantar. kicap tu kalau pecah.. huish! boleh menangis seminggu tuh. ;)

    saya lebih suka kalau di hantar melalui rakan2 atau kenalan. jika family hantar sendiri melalui pos.. terlalu lambat.

  3. Lama tak singgah blog best ni…
    Tak ada pengalaman hantau makanan luar negara sebab tak ada keluarga kat luar negara…

  4. penah hantar parcel ke jepun utk BIL guna DHL, harga pos lgi mhl dr nilai brg dlm parcel tu….huhuuuu… pos mlysia je murah kan…

    ada negara sgt strict tak leh hantar yg jenis kaca/tin ni kan….

    kicap mlysia mmg sgt berharga di oversea.. maybe sbb moscow jauh so susah jumpa kicap… tpi di Australia, senang sgt jumpa kicap mlsysia ni…hehehe

    1. Kalau guna DHL tu memang mahal la. Untuk orang bekerja atau untuk menghantar barang2 sebab kecemasan boleh la. Untuk student, memang luar daripada kemampuan.

      Australia tu dah macam Malaysia sebab ramai sangat orang Malaysia kat sana. Untunglah…

  5. apa brg yg boleh sy antar kt awk? hehehhe =D
    actually sy jalan-jalan cr wordless wednesday dan terjumpe wordpress awk ni..kagum dgn awk….ape yg awk tulis dan cuba sampaikan

  6. barang makanan biasanya takde masalah.yang masalah barang2 yang kena cukai & yang memerlukan lesen.pernah jugak aku import shrimp dari german tapi sangkut pulak kat kastam.wakaka :D

  7. Kerana saya anak di perantuan. Apa permintaan akan diturutkan. Sudah tidak lama lagi hendak balik Malaysia jangan jadi macam kawan saya minum air Kacang Soya 1 jag dia seorang sahaja itu baru 1 tahun duduk luar negara :-)

  8. terima kasih, tips yang bagus bagi mereka yang selalu ke over sea, masa di Madinah hari tu, kicap yang gunakan botol plastik adalah jenama Heinz dari Indonesia, kira oklah rasa kicap makan ngan telur rebus tu sedaplah, apapun barangan di Malaysia perlu ada inovasi lebih lagi supaya ia boleh dibawa lebih jauh seperti kicap, budu, sos, sambal

    terbaek kalau dapat bentuk tiub macam ubat gigi ke, supaya senang nak masuk luggage

    1. Tak wujud. Kicap ada, tapi kicap soya cina. Tak kena langsung rasa dia kalau makan dengan nasi. Biasanya yang dihantar memang tak wujud kat sini

  9. Wah, memang rumit jugak nak hantar barang ke luar negara ni. Tapi kicap kipas udang tu memang terbaik. Takde lagi kicap sesedap tu.

  10. Salam Ariff…

    Rsaa2nya kalau botol plastik pun mudah pecah kot kalau dihempap… Sebab sifatnya yang lebih lembut… Senang cerita, dua2 pun boleh pecah… (^_____^)V

  11. Aku rasa korang kena suruh kicap Kipas Udang tu buat botol plastik. Kicap Jalen pun botol kaca, kecuali beli yang besar gila tu. =.=” Yang kirim barang tu kena baca ni, junior eh?

    Tapi sebab aku dah lama tak makan nasi, kicap hanya berfungsi time aku masak sahaja. Tapi tak dinafikan, kicap memang best. Benda2 soya memang sedap.

    3 bulan?
    Gila lama. =.=”

    Dan ya, tu kicap pecah tu, habis barang lain tak kena ke?
    Selain yang kau sebut tu Ariff, apa lagi yang biasanya kau hantar pos? Kalau aku benda lain tak penting, Nescafe wajib. hahaha.

    1. Megi, keropok..dan tengok lah apa2 lagi yang boleh muat. Tak lupa juga, cili kering.

      Nescafe sini pun ada.

  12. Assalamualaikum.

    Sepanjang duduk Jeddah ni, tak pernah pulak suruh family pos makanan ke sini sebab every year memang balik.

    Rasanya macam tak sanggup je nak tunggu tempoh 3 bulan untuk barang sampai. Hehehe.

    Lagipun, kalau balik Malaysia, biasanya memang akan bwk dan penuhkan luggage selagi boleh sbb max berat luggage per person pun boleh pergi sampai 55kg. Kalau dua orang dah lebih 100kg. Lebih dari mencukupi. Hehehe.

    1. wow. 55 kg? Tak pernah dengar pun macam tu. Kat Russia ni 30kg je paling banyak. Tapi itulah, banyak lagi barang lain.

Comments are closed.