
Tahun pertama apply kad kredit, macam-macam dapat, daripada free gift sehinggalah cashback tunai. Memang menguntungkan. Tapi kalau dah masuk tahun kedua, macam mana nak dapatkan cashback tadi?
Dulu tak lena tax RM50 setahun untuk pengguna kad kredit, sekarang dah ada. Pengguna yang bijak takkan bayar cukai ni (lagipun kita dah banyak bayar cukai) sebab sebenarnya ada cara untuk dapatkan semula cukai yang dibayar ni daripada bank kad kredit kita.
Caranya mudah je. Lepas setahun guna dan kita nampak cukai tu dalam monthly statement kad kredit, bayar lump sump balance bulan tu dan call customer service untuk terminate kad kredit tersebut. Customer service akan sekat penggunaan kad kredit tu dulu.
Lepas seminggu, anda akan dihibungi oleh pihak bank. Dia tanya kenapa nak cancel card tu dan akan bagi tawaran cashback ke dalam akaun kalau setuju untuk sambung guna kad kredit tersebut. Amaun ni bergantung pada bank, saya pernah dapat RM75 daripada bank X dan RM50 daripada bank Y.
Selain daripada mereka suruh sambung penggunaan kad kredit, mereka akan tanya kad kredit tu kita dah potong ke belum. Tak payah jawab apa-apa, just tanya dia balik “kalau dah potong macam mana?” Secara automatik pihak bank akan bagi kad kredit baru secara percuma.
Saya ambil kad kredit baru sebab kad lama dah tukar warna dari putih ke kuning sebab kerap digunakan. So dapatlah kad cantik balik.
Tahun ketiga boleh ulang step yang sama. Kalau bank tak nak bagi, cancel terus kad tu dan cari bank lain yang bagi cashbank kepada new applicant. Mesti ada sebab bisnes kad kredit ni sangat competitive dan sangat menguntungkan bank.

Comments
24 responses to “Bagaimana Mendapatkan Cashback Percuma Daripada Kad Kredit Anda”
Bagus teknik yang tuan berikan.
Terima kasih..disiplin memang penting bagi pengguna kad kredit yang bijak
Actually tips ni memang bagus… Taktik kotor ni haha
Suka statement “lagipun kita dah banyak bayar cukai”. Setuju sgt. Bagus gak idea ni. Bank asyik nak buat untung je skali skala kena la jaga customer gak kan..
teknik lain macam ni.. hahaha
ni boleh kata jahat ker x? hahahaha
haha. Takde salah pun. Memang bank ada bajet untuk retain customer, gunakan tanpa was-was
Boleh try ni. Tak terfikir pulak. Macam teknik ugut secara berhemah je.
saya x terfikir plak nak buat cam tuh, hehe
Hahaha..betul jugak. Selalunya pihak bank yang tergedik2 offer kad kredit :P Apa kata gunakan teknik ini utk maksimumkan benefit yg ada :)
Bijak… Baru terfikir…
Saya ada dua kad kredit sekarang ni..ingat nak potong satu.. :)
Biasa dapat cash back, tapi sikit je la :-)
Bergantung pada bank jugak. Dah pernah buat untuk MBF dan RHB. Walaupun aktif pakai tapi dia orang proceed je bila nak tutup kad.
Maybank memang tak boleh dah sekarang sebab diorang benarkan pengggunaan treats points untuk tebusan RM50.
Lagipun Maybank leading bank, tak heran setakat hilang sorang dua customer. RHB don’t know.
oh baru tau bole guna taktik ni hehe
Baloi ke? macam banyak kerja ja.. haha debit card sudah.. :P
Kad debit takde cash back bro.
Setahun ni accumulated cash back daripada kad kredit dah cecah RM200. Boleh bagitau siapa boleh bagi RM200 secara percuma?
Debit Card pun ada Cashback lah. PublicBank,RHB,KuwaitFHouse. Dalam setahun pun boleh dapat RM200++
Nice!! aku patut try!
Tips yang boleh tahan,maybe next year aku try apply credit card.
Terbaek.. boleh cuba tips ni nanti.
kalau orang bank baca post ni, agak2 tahun2 depan boleh apply lagi tak teknik ni? tahun ni x leh lagi aku nk try kad kredit. huhu
Market kad kredit ni sanfat berharga dan bank sanggup berbelanja untuk retain customer. Diorang pun tau ada yang memang ambil kesempatan, it’s part of the business
perghh gengster betul teknik ni, haha