Ayam Panggang Moscow

Hari ni panggang ayam. Semuanya sebab terikut ada kawan sorang ni panggang ayam the day before. Ingatkan stove kat dapur tu dah tak boleh guna.

Bangun awal (takdelah awal sangat pun, pukul 10 la jugak :p) untuk keluarkan ayam yang beku daripada freezer. Letak je dalam sinki dengan air panas free flow. Sejam lepas tu defrost dah.

Potong ayam kasi buang dada. Dada kalau panggang tak best, tak berlemak. Buat nasi goreng sesuai la. Lepas tu marinate kejap dengan perencah ayam panggang Maggi. Senang kerja.

DSC_7018

Alas dulang pembakar dengan aluminium foil. Then letak marjerin kat aluminium foil tu kasi berminyak lagi. Dah setel kesemuanya, letak dalam oven dan panggang. Tak pasti berapa jam tadi, adalah dalam 2 jam setengah. Panggang dalam api yang tak terlampau panas supaya boleh panggang lama-lama dan ayam tu tak kering. Lagi lama panggang, lagilah meresap ke dalam perisa rempah tadi. fuh..

DSC_7022Sambil membakar bolehlah masak nasi. Nasi putih bosan, jadi buat nasi ayam. Senang cap ayam. Panaskan minyak dalam rice cooker, campaklah bunga lawang sikit dan kulit kayu manis. Tumiskan. Lepas tu tuang air dan stok ayam. Satu sudu besar stok ayam untuk satu pot beras (lebih kurang). Then masukkan beras yang dah dibasuh. Masak nasi.

Saya tau mudah sangat ni. Resepi orang bujang je. Don’t try this at home especially kalau nak impress bakal mak mertua. Tak pasal-pasal je.

DSC_7026

Update blog kejap. Baca komen. Reply tweet. Lepas tu mandi. Lepas mandi, ayam yang dibakar pun siap.

DSC_7030

Keputusannya: Sodap jang oi.. Lopeh ni bulih buek lagi.

Disclaimer: Saya bukan orang Nogori

27 Comments