Saya rasa cukup dengan apa yang ada. Sebenarnya agak penat untuk masuk bertanding dalam award dan contest yang ada. Walau bagaimanapun, saya ingin mengetengahkan beberapa blog rakan lain yang saya rasa layak untuk menang dalam bertanding untuk mengejar anugerah.
1. Zarul Umbrella

Blogger celebrity, vokalis kumpulan Umbrella. Terkenal dengan singlenya dahulu bertajuk Ramalanku Benar Belaka. Walaupun saya tak familiar dengan tajuk lagu tersebut, tapi bila dengar chorus lagu tersebut, barulah tau yang saya pernah mendengar lagu tu masa zaman popularnya dulu.
Tapi jangan hulur mic time karaoke sudah ye. Memang takkan nyanyi punya.
Kenapa vote?
Zarul Umbrella adalah seorang pramugara. Jadi memanglah dia travel banyak dan kisah travelnya dikongsikan di dalam blog, sesuai dengan tema award yang berkaitan dengan tourism. Alasan kedua, dia memang seorang selebriti, seorang penyanyi yang mempunyai bakat nyanyian yang real dan vokal yang power. Bukan selebriti mee segera yang banyak kita jumpa sekarang. Vote here.
2. Koleksi 1001 Resepi

Sebagai sebuah food blog yang sudah bertapak lama, saya rasa Koleksi 1001 Resepi adalah food + travel blog yang terbaik. Tak perlu tengok jauh, lihat sendiri pada 200,000 Facebook fans yang ada pun cukup untuk membuktikan bahawa blog ini dah memang kuat bertapak sebagai food blog dalam bahasa Malaysia.
Kenapa vote?
Kak Ida yang merupakan owner blog ini adalah seorang yang tahu erti sebenar good food dan dia masak sendiri kebanyakan hidangan yang ditunjukkan di blog dan fanpagenya. Go check out her blog kalau tak percaya. Vote here (daily) & here
Lain-lain pilihan saya adalah seperti berikut. Ada yang ramai dah kenal di sini, jadi tak perlu lagi introduction yang panjang:
- Abang Ensem untuk Most Promising Webepreneur of the Year (daily)
- Denaihati untuk Social Media Gathering of the Year & Blogger of the Year (daily)
- Yanmie untuk Malaysia International Tourism Blog of the Year
- Azman Ishak Malaysia International Tourism Photography
Terima kasih kepada semua yang membantu untuk mengundi. Semoga jasa anda dibalas.

Comments
37 responses to “Award Lagi, Tapi Saya Tak Masuk”
selamat berjaya kepada rakan2 yang masuk contest…
baru nak menjinak2 kan diri menulis kat blog.. boleh support saye tak? huhuuhu
Emm semoga berjaya mereka yang bertanding. hehe. sedap tengok blog orang yang dah famous. macam-macam cerita. macam-macam ilmu dapat.
kawan baru kenalkan blog ini… mmg best… sy pun malas nak join award2 ni… blog sy tak layak pun… cukup sekadar menulis… lg pun blog sy tak ramai yg nk bce… mungkin bosan… klu rajin dtg lah ke blog sy… hehehe…
wow tq Bro Arif…dengan rasa rendah diri saya hargai sgt2 entry ni..bukan senang nak muncul dalam blog Ariff Shah ni…
dan kepada rakan2 yg undi ucapan terima kasih tak terhingga
semoga berjaya diucapkan. bro memang layak untuk menang kategori tu
Zarul Umbrella jadi pramugara rupanya sekarang ni. baru je tahu.
good luck kepada semua yang bertanding. semua memang layak masuk bertanding
Good luck pada semua peserta yang bertanding
baru aku tahu zarul umbrella tu pramugara ;)
apapon, semua candidate yg ko tulis tu mmg layak dan best2 semua.semoga menang!
Saya akan bantu mengundi untuk sahabat-sahabat blogger yang bertanding.
hahhaha kalau kena pas mic memang tetiba jadi bisu or lari ke blakang kot…
btw dorang memang layak..blog ni pun apa kurangnya… ;)
mereka semua para blogger sukses,, pertempurannya pasti sangat seru untuk memperebuatkan award ini
selamat berjaya pada semua yg bertanding.
malangnya blog saya takde yg menepati tema dan niche yg dipertandingkan.
kalau x, teringin gk nk masuk. huhu
mungkin next year ada kriteria yang sesuai untuk di join. no worries
Jom2 pakat vote :)
saya mmg suka dgn blog kakida tu..selalu jadi rujukan utk masak rsepi yg ringkas dan sedap..
terima kasih kesoma…:)
saya suka dengan blog zarul… mulanya tak sangka yang blog tersebut adalah kepunya penyayi kumpulan umbrella… terkenang nostalgia album tajam menikam…
amboi kene vote tiap-tiap hari kah?
patut la mu senyap je :)
waaa..best nyer dpt jd blogger terkenal kn… :)
Setuju…Kesemua calon-calon ini sememangnya layak untuk memenangi Anugerah. Good Luck dan jangan lupa VOTE
kalau yang judge decide, aku semangat la nak join, klu vote2 ni malas..huhu malas nak berkempen! go zarul go!
judge akan decide based on finalis. untuk menjadi finalis, kenalah vote.
yess…. bro ZARUL memang dah boleh diketengahkan untuk mana2x contest atau award yang mendatang…..mari kita mengundi….
koleksi 1001 resipi tu top gilaaaa kot
memang top
Patut la senyap je sdgkn dh nampak blogger2 lain sibuk berkempen..
ramai yang power2. aku nak masuk pun takot uhuhu
Insya allah tahun depan nota hati dah cukup kuat utk menang. Skrg pun trafik dah power
Agak-agaknya, kategori apa yang blogger Arif akan masuk bertanding kalau masuk?
tak tau la. macam tak layak je untuk blogger of the year
DH tu memang harus vote tiap2 hari..
jangan lupa vote untuk gathering tu sekali
Aku yakin kalau hang masuk kompem hang boleh menang. Takpe Vote untuk Bro Zarul !
ish. takkan la. ramai lagi yang hebat. menang haritu pun nasib je
kalau blog ni masuk.. confirm yang lain gigit jarilah..
ramai lagi yang boleh kalahkan blog ni. apa-apa pun, jom vote untuk rakan2