“Awak ni blogger ye?” Soalan yang diajukan kepada saya sebaik sahaja duduk semeja dengan lawyer.
“Macam mana cik boleh tau?” curious.. curious.
“Saya nampak kat mana entah hari tu.. baru perasan,” jawabnya.
Dalam hati dah tak keruan sebab baru je tulis cerita pasal lawyer minta surat pengesahan bujang. Segan woi! Harap-harap masa tu dia belum sempat baca lagi entri tu.

Harap-harap bukan gambar yang ni (Kredit: Melastik Bintang)
Kali ni melawat pejabat lawyer untuk menyerahkan borang permohonan rumah kos rendah (bukan atas sebab-sebab lain). Untuk pengetahuan semua, kalau nak beli rumah kos rendah, tak boleh main beli je, kena dapat kelulusan daripada kerajaan negeri dulu. Borang ni kena dapatkan pengesahan majikan dulu, itu sebab dia suruh bawa balik dan minta boss sign borang tu.
Dari segi pelaburan, rumah kos rendah ni memang ideal sebab harganya yang murah dan mampu milik. Bonus kalau rumah tu terletak di kawasan yang matang seperti bandar besar (banyak penyewa) dan kawasan yang bakal membangun.
Kelulusan ni perlukan masa antara dua minggu sehingga dua bulan. Tunggu jelah sampai berjanggut…
Kepada yang baru bekerja, beli rumah dulu! At least dah ada aset daripada terbeli benda-benda yang tak berfaedah.

Comments
35 responses to ““Awak Ni Blogger Ye?””
kenal dari denaihati yg selalu sy baca entrinya. Seronoknya jd blogger yang dikenali… tahniah…
Hehe..ye doh tu kan..kena beli rumah dulu..yang lain kemudian tak apa..
Hebat-hebat dah beli rumah di usia muda.
erm ok sangat maklumat berguna…tak tau pulak…thanks bro atas perkongsian info ini…
tahniah bro ariffshah.. di usia yg muda telah byk kejayaan yg besar :-)
tahniah juga kami ucapkan….
untung la jadi orang feymes…. =)
dah selalu masuk magazine, takkan dia tak kenal arip cah. hehehehe :D
Terus tawar dia promosi di blog lagi bagus,. boleh dapat komisyen tu.
blogger femes……seantero malaysia dah kenal…..
apsal x tanya dia bro….kalau blogger ape diskaun ke..mane tau leh betul2 dapat diskaun
unfortunately lawyer firm xleh kasi diskaun. Memang undang-undang dia macam tu
Beli rumah memang pelaburan yang baik. Tapi biasalah nak beli rumah kena tengok lokasi. Mahal atau murah itu bergantung pada kemampuan. Tapi asal quality rumah tu baik(ini tengok rekod developer) jika beli, rasanya dalam keadaan normal takkan turun harganya. Memang boleh buat profit menurut masa. Kalau nak bernikah pun, dah ada istananya. Saya usik jer.
kalau lepas ni ada bank nak buat iklan kat blog Ariff, xpyh mintak bayaran. mintak je dlm bentuk kelulusan pinjaman dgn kadar lebih rendah. win-win situation. hehe
Hahah.. kalau dapat macam tu, memang best la…
blogger otai dan femes mmg org kenal bro.
wowww…loyer tu belum kawin kan? apa lagi ariff…
dia baca artikel hari tu..pepandailah ye jawab. haha..
Tahniah! Beli la rumah seawal mungkin. Ada orang baru usia 28 tahun, sudah ada 3, rumah. Rumah ke-3 dia duduk free. Sebab? Dua rumah sebelum itu sudah disewakan dan orang bayar untuk dia duduk rumah ke 3 secara percuma. Bestkan! Beli rumah tidak rugi langsung!
makin bertambah fofularr la lepas nih…hehe
pergh..dasyatlah..lawyer pun kenal bro…hahaha..
wah bro tahniah, bukan senang nak miliki rumah sendiri pada usia semuda ini
ingat nak nikah tadi. kalau ya sekali pun jangan lupa jemput…heeee
tahniah bakal ada rumah sendiri dan betul sangat pesanan terakhir tu.
alah rumah kos rendah memang untung. saya pun beli rumah kos rendah berdekatan dengan LRT lagi. kalau ada rezeki beli rumah lain pada umur 30an nanti, rumah kos rendah tu leh sewa. hehehe. welcome to the club. :p
Tanniah sudah memiliki aset ketika usia muda. :-)
Tahniah bro….umur belum 25 dah ada sebiji rumah..eden umur 25 tahun dah simpan personal loan puluh2 ribu..hahahah…
tapi sekarang dah ok kan.. tu lagi penting.
mempunyai aset di usia yg muda sprt yg ko buat ni mmg tindakan yg bijak. tapi, bg aku kereta juga penting. lebih2 lagi kalau br berkahwin dan yg sdg menuju ke alam berumah tangga. ssh kalau nak balik kg contohnya atau nak pergi jalan2. Yes, naik motor itu romantik. tapi kalau hujan mcm mana? dan keselamatan?
if bujang or foreveralone (hehe) no problem. aku pon kalau boleh nak je beli rumah tapi bila fikir yg aku ni bakal kahwin n ada isteri, niat tu tpaksa ditangguhkan. komen? :)
bagi aku better beli umah dulu baru beli kereta or pape kenderaan len…
sebab harga umah akan meningkat dari semasa ke semasa….
but harga kereta or motor akan berkurangan sebab produk2 kenderaan yang baru akan sentiasa muncul….
jadi better beli umah dulu sementara harga umah 2 rendah…
itu hanya pendapat dari saya la…
Sementara belum kawin ni la senang nak beli rumah sebab nanti yang bayar duit rumah tu penyewa. Nak kawin nanti baru beli kereta tapi tu tak tau lagi bila..
Betul la komen yang Kimi bagi, cuma kena tengok peluang yang ada la. Nak cari rumah yang sesuai dengan portfolio pelaburan sendiri & kemampuan pun susah gak sekarang
to takky and ariff:
Sorry. Aku just memkirkan keadaan aku yg masih belajar dan akan belajar lg. Pendapatan tetap tu xde lg. Mugkin jgk aku pny view tak terlalu jauh. Just fikir pasal keselesaan utk waktu yg singkat.
Yes, harga rumah tak kan turun dan kalau dh berkerjaya mmg aku akan rembat mn2 rumah. thanks for your comment. boleh wat tajuk entri ni…haha!
Bagus penutup ayat tu. Nasihat yg baik skali.
betui2… aku setuju tu
Perancangan yang bagus ! ;)
famous lah katakan. Nampak je kat mana2 kan.. Hehe.