Kes Arlene Tan – Blogger Perlu Lebih Berhati-hati

Kepada yang belum tahu, Gaysec baru sahaja mengeluarkan kenyataan yang mereka telah melakukan kesilapan dalam menuduh Arlene Tan sebagai dalang di sebalik identiti Makcik Hajjah Sitt AlWuzara. Ramai yang mudah terikut dengan emosi sebab isu ni adalah serangan terhadap agama Islam dan ramai yang ingin menghukum pelaku di sebalik identiti tersebut.

Namun dalam keghairahan nak menghukum individu/kumpulan di sebalik identiti ini, janganlah kita mudah terpengaruh dengan emosi sehingga melanggar segala peraturan lain yang wujud. Entri berbau tuduhan, kutukan dan segala apa yang buruk dikatakan mengenai Arlene Tan tanpa bukti kukuh boleh menyebabkan seseorang itu dikenakan tindakan undang-undang dan lebih teruk lagi boleh disaman kerana memburukkan identiti Arlene Tan.

Gaysec adalah anonymous. Tiada siapa tahu siapa disebalik gaysec, maka mereka adalah sasaran terakhir kalau ada apa-apa tindakan undang-undang yang dibuat oleh Arlene Tan. Blogger pula, senang sangat nak kesan. Hubungi je syarikat yang beriklan dengan mereka (Nuffnang, Adverlets atau Innity) dah boleh dapat segala butiran peribadi termasuk alamat rumah dan kad pengenalan. Mana lagi nak lari?

Berhati-hatilah bila kita nak tulis sesuatu tentang seseorang yang berunsur tuduhan. Jangan lakukannya tanpa bukti kukuh yang jelas hitam putihnya yang individu tersebut adalah bersalah. Silap hari, kita yang kena saman.

*****

Statement daripada gaysec:

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg
sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam
mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu.
Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.

Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :)

*****

Apa yang gaysec cuba lakukan adalah untuk merungkai identiti Makcik Hajjah Sitt AlWuzara dan mereka berikan laporan berdasarkan apa yang mereka temui namun pada kali ini mereka mungkin tersilap dan mereka telah mengeluarkan kenyataan maaf mereka. Aku cadangkan blogger yang dah buat entri kebencian ni mohon maaf juga dan padamkan entri berkaitan.


Posted

in

by

Comments

66 responses to “Kes Arlene Tan – Blogger Perlu Lebih Berhati-hati”

  1. sha myheart Avatar

    Suka entri ni. Lengkap.

    Ramai yang suka buat entri kalau ada hot keyword tapi tak berfikir dahulu baik buruknya penyebaran tentang perkara tersebut.

  2. hanisaleeya Avatar

    What about tubelawak’s rumours about Fida? Sigh.. I hate rumours. Not believing but I hate it when my friends are victims of rumours. I really miss that girl..

  3. Sya Isya Avatar

    nasib baik Sya tak buat pun entri pasal ni sebab memang tak nak buat.

  4. Adam Roslan Avatar

    Blogger kena bijak. Jangan menulis untuk mengejar trafik. Saya dah banyak kali tekankan bahawa jadilah blogger berilmu dan jadi blogger yang bijak. selidik apa yang nak ditulis.

    terima kasih kepara ariffshah dan obe sebab keluarkan entri yang ajak penulis blog yang lain untuk berfikir.

  5. puanbee Avatar

    nasib juga , saya fikir panjang masa kes ni tersebar , fikir antara baik dan buruk untuk menulis kes ini..last2 tak tulis langsung .. bukan tak nak terlibat atau apa , tapi lebih baik jadi pemerhati saja :)

  6. Wizurai Avatar

    dah agak dah mesti gaysec salah ‘tembak’ orang…

    nasib baik gaysec mintak maaf…

    yg lain?

  7. Zul's Stuff Avatar
    Zul’s Stuff

    blogger sekarang bukan nak selidik dulu sebelum nak copy paste apa2..harap blogger lbh alert terhadap sesuatu maklumat sebelum tls kt blog diorg..

  8. Zack Hariri Avatar

    Hot stuff takkan blogger lepaskan. Di mana ada keywords, di situ ada jalan.

    tapi, yg memainkan peran adalah ulasan entry itu. Apakah ia bersifat tuduhan, atau natural white info.

    1. ariff Avatar

      komen pembaca pun kena jaga gak. Tu tanggungjawab blogger. Kalau pembaca tinggalkan komen berunsur ugutan dan tuduhan, mangsa boleh buat laporan polis terhadap blog tu.

  9. PutraRocker Avatar

    jgn main blkg yaw

  10. Que Avatar

    sebab 2 aku xbrani tulis bende yg xpasti..mmg ade yg cari trafik sbb post entri hot awal2..tp jgn la lari dari kesilapan plk..entri psl Tan Sri Jins Samsudin 1 contoh tulis tnpa usul periksa..wartawan nk tulis dorg cari maklumat btol2 dlu..bhyenye penangan social media klu xberhati2

  11. ahsfantasy24 Avatar

    Sama-sama kita ambil iktibar daripada
    apa yang telah berlaku..

  12. reezluv Avatar
    reezluv

    itu la pentingnya etika dalam berblogging..follow the rules..itu lebih professional kan?

    aku bukan taknak tulis tentang kes tu..sebabnya aku rasakan perkara tu pun kerajaan tak sentuh langsung,begitu juga ngan majlis fatwa atau mana-mana badan NGO yang berkenaan..

    tapi blogger?melenting tak tentu pasal..aiseh..menulislah dgn penuh tanggungjawab..bukan menulis mengikut perasaan..kan? :D

  13. Pacifista - X Avatar

    apapun bagus jugak gaysec ni mintak maaf.ada blogger yang tak mintak maaf pun bila dah buat salah.lagi la blogger yang selalu fire orang je dalam blog dia.macam bagus je.huhu…

  14. jyundoo Avatar

    apa2 pun, kita memang bertangungjawab dengan apa yg kita tulis, accountability

  15. missmia Avatar
    missmia

    Setuju dgn Beliamuda.

    Semoga jadi pengajaran untuk semua.
    Jangan mudah melatah hingga mengaibkan nama agama dan bangsa.

  16. mamat Avatar

    selamat nasib baik mamat tak buat..huuuu lega :D

  17. Mus Avatar
    Mus

    tak pasal-pasal mangsa si cemuh orang…

  18. Shah Avatar

    Why all here juz says about traffic? Its not only traffic, it about writing.. Not all writer or blogger write for traffic only.. When U all tuduh blogger menulis sebab traffik semata2, its wrong.. Walaupun I bukan blogger, tapi I tau cemana tulisan yang hanya semata2 untuk traffik.. COme on la blogger, x perlulah nak tuduh sesama blogger terlalu gilakan traffik.. Yang menuduh pun apa kurangnya.. Kalau x, masakan dia boleh cakap orang lain gilakan traffik.. Buat blogger2 lain yang menulis pasal Arlene Tan, juz delete je entry macam ariff shah cakap, pastu salin je balik entry dari gaysec dan blogger pun sama2 minta maaf,dalam blog masing supaya dapat bersihkan semula nama arlene tan..

  19. Sodecember Avatar

    thanks for sharing..betul sangat, kadang2 blogger tak fikir panjang bila menulis.. tapi jauh di lubuk hatinya, dia menyesal tulis benda2 mcm tu.. kena hati2 la lepas niii..

  20. akubiomed Avatar

    Kalau hendak kejar trafik pun biarlah tapi dulu artikel janganlah sampai memerangkap diri sendiri

  21. matjoe Avatar

    senang jer delete jer, trafik dah dapat

  22. che-armad.blogspot.com Avatar

    Maklum balas dari Nor Arlena Tan… Laporan Polis terhadap Gaysec… Blogger… No. Mobile Phone…

    Rujuk entri ini:
    http://che-armad.blogspot.com/2011/08/isu-panasss-laporan-polis-gaysec-minta.html

  23. zul Avatar

    kesian arlene tan…glamor tak pasal2..tapi dengan cara yang mengaibkan hahah

  24. amoi Avatar

    beratus yang hina Arlene Tan. Tapi berapa kerat je yang tampil ke hadapan untuk minta maaf ke atas tuduhan palsu Arlene Tan tu. Semua dah takut nak minta maaf ke apa?

    What’s wrong with people nowadays?

  25. Mr Rileks Avatar

    brp ribu blog di malaysia buat isu nie… sumer kene saman pas nie… jeng jeng jeng…

    1. mamat Avatar

      bersiap sedia la semua..

  26. mama tunz Avatar

    uh…bahaya tuuuu….hati2 semua

  27. Dezaman Cottage Avatar

    Harap lepas nie semua pihak lebih berhati-hati nak keluarkan kenyataan berbaur tuduhan….bahaya seh…

  28. hazman aka species1980 Avatar

    Setakat nie rasanya belum nampak lagi blogger yang mintak maaf kat post entry diorang….huhuhu

  29. DAUSPOZI Avatar

    Nasib ler aku tak masuk campur.. huhu

  30. Fakarepain Avatar

    Minta maaf la selagi kamu masih mampu untuk memohon maaf dan keampunan..

  31. ejat_mu89 Avatar

    thanks 4this info..
    jln cni

  32. tarmizishukri Avatar

    Terlalu kejar trafik, sampai trafik light merah pun dilanggar, kan tak pasal2 kena saman..

  33. ekspresiruang Avatar

    mesti tekanan hebat dirasai Arlene Tan. jgn cepat melatah. kena siasat btol2 lps ni

  34. Fauzi Nor Avatar

    Makin parah isu ini.

    Tu la nasib aku tak tulis pasal sitt
    Pikir 10 kali nak post hari itu..

    Last last tak post pun.

    ;p

  35. nizam ijam Avatar

    betull…jgn buat entry menuduh…. hu2

  36. cahayakehidupan Avatar
    cahayakehidupan

    nasib baik cahaya tak ambil port.bukan apa benda belum sahih lagi,harap kes ini dijadikn pengajaran supaya kita semua as blogger perlulah berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu yang tak pasti kesahihannya…

    1. arnamee Avatar

      kan..kena pastikan kesahihannya :D

  37. dayah Avatar

    bahya benda ni, berhati-hati la kalau taip entry. fikir dulu sebelum buat, kalau x jd bubur basi.

    gaysec ni reti hack ke tak sebenarnya, moral nya jgn tuduh melulu

  38. ub3y Avatar

    hehe. sensasi beb. banyak kot blog2 yang buat entri pasal arlene ni. semua dahagakan traffic tanpa fikir panjang

  39. SPEK HITAM Avatar

    kaya ah arlene tan lepas ni. hahah.

  40. Syazwan Sarawak Avatar

    pape pun, harap terungkai juga identiti sebenar makcik tu

  41. namee Avatar

    arlene tu sangat sweet muka dia. macam tak percaya je bila semua blogger cakap dia makcik hajjah tu. bahasa yang digunakan pun sungguh kasar dan pasar..Arlene cakap melayu pun tak lancar, macam mana nak tulis benda aneh macam tu. :O

  42. liling Avatar
    liling

    Arlene tan ? Auh.siapakah ?

    kena gogel ni =.=

  43. Izwan Avatar

    ramai yg alert pasal isu ni tapi ramai juga yg cepat melatah..online ni macam2 leh jadi,perlu lebih sensitif sbb skopnya meluas..macam isu blogspot dan blogpot..secara teknikalnya ia berbeza dgn kenyataan biasa..

  44. Lord Zara Avatar

    Makin lama, makin suka hati orang tulis macam-macam di blog tanpa tapisan. Ya, hantu trafik, hantu UV dan segala jenis macam tu semua nak kejar pengunjung dengan berita yang mereka sendiri tak pasti.

    Sigh~

  45. azman Avatar

    Gaysec kena perlu belajar lagi…jgn ikut emosi,nasib baik akhbar kita tidak ambil maklumat dari gaysec,kalau tidak memang sesuatu yg memalukan.

    Maka makcik sitt tu akan terus menerus menghina agama kita huhh :(

  46. zax Avatar
    zax

    hati2 lah ..

  47. AdamXis Avatar

    Assalam…bagus gak isu nie, ada kebaikan yg tersirat…kita boleh nampaklaa dengan jelas mereka yg kita tak boleh percayakn sangat segala informasi yg hendak disampaikan…ikhtibar mcm kisah dongeng serigala dan budak yg selalu menipu…

  48. Twit N View Avatar

    semoga sama-samalah kita ambil iktibar atas apa yg berlaku…

  49. iddin Avatar

    kenalah hati2 semasa menulis apa pun terutama bila menyentuh peribadi orang lain

  50. Bloggerhowtt Avatar

    Kena mintak maaf lah ni

  51. iqbalhakimi Avatar

    arlene tan ada cakap dia dah print screen kan?..nasib baik tak tergerak hati nak buat..huhu

  52. Shahrulsite Avatar

    dah agak dah salah orang…

  53. Adib Avatar

    Kes ni memang serius..biar je pihak berkuasa yang settlekan..nasib baik aku takde nak komen pasal benda ni

  54. razis Avatar

    kesimpulannya blogger perlu lebih sensitif dan jangan terlalu terpengaruh dengan emosi terutamanya dari segi penulisan. Kelak kesannya pada diri sendiri jugak.

  55. topo Avatar

    bahaya betul la benda-benda macam tak pasal-pasal je orang yang tak bersalah tu kena tuduh -.-

  56. alex adriana Avatar

    yep, sebagaimana gaysec telah meminta maaf atas kesilapan, begitu jugak sesiapa saja yang dah menghebah dan mengaibkan Arlene Tan dimana-mana medium pun MESTI menarik balik entry yg berkaitan dan langsung meminta maaf.

    barulah namanya blogger BERTANGGUNGJAWAB.

    jika tidak, jawablah kat akhirat sana.

  57. mijie Avatar

    sebab itu aku hanya perhatikan dari dulu lagi dan hanya sekadar membaca malah tidak pula aku meninggalkan komen….

    apa2 pun setiap dr kita pasti melakukan kesilapan…blogger pun manusia biasa juga

  58. sweetymui2 Avatar

    yep..baru baca gak dr web gaysec tadi.adehh silap orang nampaknya.huuu

  59. haiqal Avatar

    Kannnn,blogger sebab nak trafik lantak p buat entry!rasakan kalau kena saman ke apa.just get ready ya.

    Takut pulak macam ini.If aku Arlene dan aku kena fitnah,see you in court.Tetibe.haha

  60. beliamuda Avatar

    Moga isu Gaysec dan Arlene Tan ni boleh diambil iktibar oleh blogger dalam penulisan di blog masing-masing.

  61. haiqal Avatar

    Kannnn,blogger sebab nak trafik lantak p buat entry!rasakan kalau kena saman ke apa.just get ready ya.

    1. naimulfirdaus Avatar

      hehe..ramai blogger yang bakal terlibat dengan kata-kata ni..

  62. nami Avatar
    nami

    kerana kesilapan kecil boleh menjatuhkan seseorang dan akan buat orang lain pandang serong pada kita .. jadi sebelum lakukan sesuatu adalah lebih baik fikirkan dahulu….

    apa pun gaysec sudah memohon maaf secara terbuka .. jd pada mereka yg ada tulis tentang ini lebih baik padam saja entry rsebut