Apprentice Asia Episod 9

Reading Time: 2 minutes

taa-andrealoh-cast

Cakap dah dalam entri yang lepas, Sam pasti akan dipecat.

Episod kali ini adalah sesi temuduga luar biasa untuk keempat-empat finalis Apprentice Asia. Luar biasa sebab kena hadap 3 penemuduga yang bukan calang-calang orangnya. Don’t play-play.

Dari awal lagi, kesemua temuduga nampak sangat tak berapa minat dengan dua peserta yang mempunyai pengalaman dan skill yang lebih banyak iaitu Sam dan Alex. Mereka seolah-olah dianaktirikan. Bila mereka cerita pasal track record mereka yang bagus, kisah mereka dibidas oleh penemuduga dengan mengatakan mereka ni berlagak (scene Aireen Omar dengan Alexis).

.. mungkin Aireen Omar intimidated dengan Alex yang mempunyai background kukuh dalam dunia korporat (not to mention kacak) dan biasanya kebanyakan single lady yang terlajak macam ni memang semacam sikit. Daripada apa yang saya nampak, dia memang anti Alex.

Dan Sam.. personally saya rasa dia adalah candidate yang bagus, tapi tak cukup bagus. Dia ni boleh dikategorikan sebagai jack of all trades but master of none. Satu point yang dia tersilap cakap membuatkan dia finalis pertama yang tersingkir di dalam board room.

Jonathan. Dari awal lagi saya rasa dia ni memang annoying dan banyak cakap. Mungkin dia ada iras orang yang saya tak suka satu masa dulu. Tapi seriously, mamat ni pun cakap belakang kemain banyak. Dia ada passion dan berjaya menunjukkan semangatnya di hadapan Tony Fernandes.

Andrea. Paling mentah dan paling tak berpengalaman. Dia hanya bertuah sebab sepanjang Apprentice Asia ni berlangsung, dia tak buat silap dan tak ambil risiko yang banyak. Value wise, she’s not worth that much. Siri Apprentice ni sepatutnya jadi medan untuk cari talent yang ada proven record dan memang susah nak dapat untuk dijadikan pemimpin syarikat untuk masa hadapan.

Andrea ada right attitude tapi right attitude ni kita boleh nampak dalam kebanyakan fresh graduate yang nak cari kerja. At the end, Tony terpaksa tengok kekosongan yang ada dalam syarikatnya dan disebabkan jawatan tertinggi telah diisi dan baru diisi (Aireen Omar baru je naik), dia takde choice dan terpaksa ambil Andrea sebagai future leader. Kalau ambil Alex, dah tak tau nak letak mana.

Siapa akan menang? Kalau dilihat dari segi keupayaan, Jonathan adalah calon yang terbaik sekarang. Tapi anything can happen dan dia mungkin akan melakukan kesilapan. So kita tengoklah macam mana.


Posted

in

by

Comments

12 responses to “Apprentice Asia Episod 9”

  1. Ekspresi Ruang Avatar

    top 4 tu kalau digabungkan sbg 1 team, mmg 1 kombinasi yg hebat di AirAsia andainya Tony ambil kerja keempat2 sekali.

  2. hazman aka species1980 Avatar

    Hurmm… masa Alexis dengan Aireen – satu soalan yang dia kantoi bila ditanya pasal negara manakah yang berpotensi untuk AA di ASEAN … selamba jawab CHINA… bila diulang baru jawab singapura dengan muka blurr… Dalam kepala dia ada market negara china semata-mata…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Yeah. Dia fail kat situ. Patutnya buat lebih banyak homework lagi. Too bad

  3. Hafizul Avatar

    Hehe..tak pernah mengikuti perkmebangan cerita ni..hehe

  4. titan Avatar

    kita tunggu dan lihat aje. hoho..

  5. hayat haniza malek Avatar

    alexis dah kena pecat sebab tony memang tak nak ambik dia pon , actually tony memang suka orang yang macam zero knowledge pasal korparat , tu sebab andrea one of his favourite candidate , tak suka juga John tu ! hahaahhah

  6. jimms Avatar

    pd aku sepatutnya alexis dgn jonathan yg patut masuk final. alexis dgn jonathan ada rekod yg blh dibanggakan. kalo tony amik andrea, better la dia buat iklan dlm paper je. andrea tlalu immature. willing to learn tu kt semua fresh graduate yg competitive akan ada. dan dia mmg nk jd lawyer since umur 8 tahun. mcm susah je nk move on dri lawyer ke career yg lain. haha

  7. haiqal Avatar
    haiqal

    Alexis memang mempunyai pengalaman yang luas.Namun tidak dinafikan bahawa terdapat kecenderungan untuk Alexis keluar dari Air Asia dan pergi ke syarikat lain selepas membina nama.Sama seperti kerjayanya sekarang.Tony tak nak ambil risiko bagi itu.

    Sam.Over confident.Cuma,dia seorang yang setia pada syarikatnya.Dia merupakan seorang yang pandai,bijak mengatur statergi dan seorang yang sentiasa berfikiran positif.Namun,overcnfident.

    Jonathan.Underdog.Orang kurang nampak apa dia buat.Tapi Tony nampak semuanya kan.So,dia sangat passion dalam membuat kerja.Dia ada best track record compare to the other.

    Andrea,walaupun muda,tak banyak pengalaman.Tapi dia boleh buktikan yang dia mampu berdiri sama tinggi dengan Alex,Sam dan Jon yang pengalaman mereka berjela jela itu.Well,semangat itu penting.

    Kesimpulan dia,saya merasakan bahawa Jonathan akan menjadi pemenang.Maka,bersoraklah warga Pinoy sekalian.Heh!

  8. Zuan Avatar

    aku pun kadang annoyed ngan jonathan tu, tapi tu memang nature dia kot.. ak rasa andrea boleh menang.. papepun, minggu ni tak tengok pun takpe..hehe

  9. fyna Avatar

    sama-sama kita nantikan.

  10. boni kacak Avatar

    jonathan dengan andrea…. dua nama yang sama gah.. jonathan kadang2 nampak goyah sebenarnya.. andrea pula rasanya maintain.

  11. Lord Zara Avatar

    Personally, aku ingat Alexis boleh ada dalam final. Tapi setakat ni, kalau ada bermain dengan emosi, mesti orang camtu stay. Tengoklah Dian tu dulu. Lama sungguh nak kena pecat :3