Apprentice Asia Episod 8

Reading Time: 2 minutes

taa-joanthanyabut-cast

Apprentice Asia Season 1 nak habis dah.

Kali ini peserta ditugaskan untuk menghasilkan sebuah sketsa tentang VW Beetle terbaru live di hadapan penonton. Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai bagaimana kumpulan ini menyampaikan idea/konsep sesuatu produk dengan cara yang paling efektif dan mudah diingati.

Tugasan ini adalah lebih kepada brand marketing. Dalam penjenamaan sesuatu produk, mesej yang ingin disampaikan mestilah tepat dan tajam supaya boleh terpahat dalam minda bakal pembeli sampai bila-bila.

Dalam tugasan ini, Apex tinggal dua orang, Alex dan Sam manakala Maverick tinggal Dian, Andrea dan Jonathan. Of course yang bakal kena fire kalau Apex kalah ialah Sam dan untuk Mavericks, Dian. Pada tahap ini, dah nampak sangat peserta mana yang lebih kuat bila dibuat perbandingan antara dua peserta.

Sketsa yang dihasilkan oleh Mavericks memang common, macam konsep iklan yang kita selalu dengar dalam radio. Dian nampak macam tak serius dan main-main sepanjang proses menghasilkan sketsa tersebut. Andrea macam biasa, bossy – sifat tipikal ah moi dari Singapura.

Kumpulan Apex menang kerana slogan ‘Beetle Up’ hasil daripada buah fikiran Alex disukai oleh pihak VW. Hadiah untuk mereka adalah Blackberry Z10 setiap seorang. Tak pasal-pasal kena buat iklan untuk Blackberry.

Kalau tengok dalam Apprentice US & UK, hadiah macam ni memang dah tak releven langsung dan ini membuatkan saya terfikir, Tony ni memang cheapskate sangat ke? Semua benda nak bajet.

Seperti yang dijangka, Dian dipecat dalam tugasan ini. Untuk episod seterusnya adalah sesi interview di mana dua orang akan dipecat daripada empat yang tinggal. My guess, Alex dan Jonathan akan menjadi finalis.

Andrea (25 tahun) masih lagi dilihat tidak matang dari segi emosi. Sam.. talks too much. Somewhere or somehow, dia akan tersilap cakap masa sesi interview. Jonathan agak annoying, tapi track record dia bagus. Alex adalah pilihan utama untuk menjadi Apprentice. Agak kekok sebab Alex ni orang Perancis, entah macam mana boleh tersesat dalam Apprentice Asia.

So kita tengok nanti siapa yang jadi top 2.


Posted

in

by

Comments

14 responses to “Apprentice Asia Episod 8”

  1. bitt Avatar

    laaa tau2 dah nak habis plak… :)

  2. Ismail N Avatar

    Mau tengok gak skali sekala tapi somehow mcm tak syok lak tengok muka TF tu :wink: Apa2 pun harap org Malaysia menang. Err ada chance ke Malaysia boleh?

  3. Juan Avatar

    eh dah nak habis, nak kena tgk lah mana mana siaran yg terlepas

  4. Azah Avatar

    janganlah si alex menang, walaupun dia hensem dan nampak sangat berkaliber, he is so not asian.

  5. Adam Roslan Avatar

    Saya tak berapa nak layan yang versi Asia ni. Tapi banyak boleh belajar selok belok orang yang berjaya buat kerja.

  6. Izwan Avatar

    hadiah kurang sponsor? apprentice barat memang menang 1 episod kaw2 dapat hadiah.

  7. azrijohan Avatar

    pergh dah nak habis dah ke? hope nanti ada lah ulangan full episode kat AXN nanti.. nak tengok jugak

  8. Faizal Fredley Avatar

    dari awal lagi dah nampak mcm alex ngn jon je akan ke final..

  9. hazman aka species1980 Avatar

    Time kasih la sebab siap tag gua….Mungkin Alex dilihat calon pemenang utama… tapi Jonathan apabila dalam boardroom dia tampak lebih yakin dengan kemampuan diri demi pertahankan kedudukan beliau….

  10. eyriqazz Avatar

    Memang nampak cheapskate hadiah2 yang diberikan sebelum ini yang memenangi cabaran..mostly, dari co-sponsor…Haahla, baru perasan, Alex tu asal Perancis bekerja di China tapi layak pula menyertai Apprentice Asia..Umm, takde calon yang berkaliber dari Asia ke?

  11. fieza Avatar
    fieza

    i’d rather coose jonathan. Bukan pa, alex kadang2 lebih pada rupa and ego tinggi sikit. Jonathan konfiden plus banyak sumbang idea sepanjang rancangan ni. From my point of view.

  12. titan Avatar

    haha..bab perancis tu, gua pun pelik gak. ingatkan gua sorang je perasan.

    1. Zuan Avatar

      orang perancis dok cina kan si alex ni?

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        yup