Apprentice Asia Episod 7

Reading Time: 2 minutes

taa-samuelrufusnallaraj-cast

Cabaran kali ini adalah menghasilkan reka bentuk baru untuk cabin crew dan ground crew Air Asia. Cabaran ni nampak takde kaitan dengan bisnes, tapi pada pendapat saya cabaran ni bertujuan untuk melihat sejauh mana peserta mengetengahkan idea mereka dalam kumpulan masing-masing.

Bila cerita pasal rekaan fesyen dan baju, biasanya kaum perempuan akan terlebih excited dan Celina tidak terkecuali dalam hal ini. Dari awal lagi dia dah berkobar-kobar nak menyertai cabaran ini berdasarkan minatnya terhadap fesyen.

Celina terlalu yakin dengan citarasanya sehingga dia langsung tidak mengendahkan cadangan Sam ketika sesi bersama pereka fesyen. Dan ini telah menyebabkan kekalahan mereka kerana konsep seluar merah yang perlu dipakai oleh cabin crew langsung tidak mendapat undian.

Secara peribadi, saya sendiri tertanya-tanya, siapa sanggup pakai seluar merah semasa bekerja, lebih-lebih lagi lelaki?

fazreen-apprentice

Walaupun Celina salah, saya rasa Alex yang sepatutnya dipecat kerana sebagai Project Manager dia langsung tidak mempertimbangkan cadangan daripada Sam. Ini kelihatan seolah-olah dia hilang kawalan terhadap Celina dan mengikut sahaja telunjuknya 100%. Agak mengejutkan kerana point ini tidak diutarakan ketika mereka berada di dalam board room.

Episod terakhir Apprentice Asia akan disiarkan pada 31 Julai ini (kalau tak silap). Tak sabar nak tengok siapa yang menang.


Posted

in

by

Comments

8 responses to “Apprentice Asia Episod 7”

  1. hazman aka species1980 Avatar

    Celina memang kena teruk dalam boardroom…. memang Alex dan Sam put blame on her – kambing hitam yang jelas….

  2. topo Avatar

    aku tengok sampai episod 4 je lepas tu dah tak jumpa sumber dah.. tapi yang aku dapat tengok idea bernas Sam memang selalu dipinggirkan -.-

  3. fazrol Avatar

    aku suka alex, dia pndai dlm bidang marketing… he he…

  4. azrijohan Avatar

    haritu cuti sekejap sempat tengok siaran ulangan siri ni kat AXN. Boleh tahan menarik juga :)

  5. Zuan Avatar

    rasanya alexis masih disimpan sebab tony nmpk semangat berkobar-kobarnya untuk menang. macam manapun, harap sam belajar mencelah dengan lebih appropriate lepasni..hehe mr tony pun dah mula tegur dia

  6. eyriqazz Avatar

    dah nak final? my personal view, maybe alex or jonathan yang akan menang

    1. Faizal Fredley Avatar

      samalah…saya rasa pun alex dan jon yg akan menang….

    2. Zuan Avatar

      jonathan tu antara calon fav sejak awal. tapi skrng ni jadi fav sbb nadz dah tersingkir…hehe