Apprentice Asia Episod 5

Reading Time: 2 minutes

taa-nazrilidrus-cast

Episod kegemaran saya sebab cabaran mereka kali ini adalah sesuatu memang saya boleh lakukan iaitu CFD trading. CFD (contract for difference) ni adalah produk yang didagangkan berdasarkan nilai sesuatu aset. Contohnya aset ialah matawang, saham, indeks saham ataupun komoditi seperti emas dan perak.

Ok. Tak perlu faham mendalam sangat pasal CFD trading ni. Konsepnya lebih kurang macam main saham, beli masa murah, jual bila harga dah naik.

Tak semua orang boleh faham dan berjaya dalam CFD trading ni. Episod Apprentice Asia kali ini dah membuktikan pernyataan saya. Bayangkan peserta yang dipilih daripada golongan yang berjaya dalam bisnes pun tak mampu nak dapatkan keuntungan daripada tugasan kali ini.

what-is-cfd-trading

Untuk menjadikan entri ini lebih bermanfaat, saya bincangkan dari sudut pasaran saham Bursa Malaysia.

Pertama, kena tahu trend pasaran. Tahun ni trend yang dikenalpasti adalah oil & gas. Trend diketahui bila kita dapat baca pengumuman tentang jumlah wang yang banyak yang akan dilaburkan dalam sesuatu sektor. Contoh: Petronas Akan Membelanjakan RM300 billion Untuk Memacu Sektor Oil & Gas Tahun Ini

Dalam link di atas, mereka ada mention syarikat Sapura Kencana Petroleum. Masa tu harga sahamnya lebih kurang RM3.00. Sekarang harga RM4.20. Kenaikan 40%.

Jadi senang je sebenarnya nak main saham ni. Kita tahu trend kemudian beli saham syarikat yang bagus.

Dalam CFD trading pun lebih kurang sama, cuma pergerakan trend adalah lebih cepat. Trend minggu ni tak sama dengan trend minggu depan. Hal ini adalah disebabkan banyak faktor kerana ia melibatkan ekonomi seluruh dunia. Tiap-tiap hari kena up-to-date dengan berita ekonomi.

So untuk episod Apprentice Asia kali ini, strategi yang paling berkesan adalah play safe seperti yang dilakukan oleh kumpulan Mavericks. Ini adalah untuk mengurangkan kerugian.

Saya rasa tugasan kali ini tak bersesuaian untuk dimasukkan dalam Apprentice Asia dan tiada peserta sepatutnya dipecat dalam episod ini. Nak trade CFD atau main forex kena ada special skill set yang bukan boleh dipelajari dalam masa sehari.

Of course orang yang paling senang dipersalahkan dalam tugasan ini adalah Project Manager kumpulan yang kalah kerana segala keputusan terletak di tangannya. Malang sekali Nik berada di posisi tersebut.

Dengar kata Tony Fernandez nak tubuhkan/beli satu syarikat broker CFD, jadi siri ini ada kaitan dengan kerja promosi syarikat tersebut?


Posted

in

by

Comments

8 responses to “Apprentice Asia Episod 5”

  1. halif Avatar

    Entri kali ni memang bermanfaat

  2. eyriqazz Avatar

    Lemahnya peserta Malaysia di the apprentice ni..2 sudah terkeluar

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Harap mereka sambung buat season 2

  3. Bidadari Avatar

    Terima kasih Ariff ilmu ni. Baru saya dapat key point dia adalah trend. Saya hampir-hampir juga nak beli saham yang bukan trend sebab terikut kawan-kawan yang dah beli

  4. meera Avatar
    meera

    Yep..episod ni xsesuai utk keluarkan peserta..nik dikeluarkan kerana dia paling lemah antara 2 gentleman tu..Sam diberi peringatan byk kali tentang penyelarasan tugas dan sepatutnya dia yg terlkeluar.

  5. Juan Avatar

    saya baru sempat tgk episode sampai 3 baru, tau tau dah 5 dah

  6. hazman aka species1980 Avatar

    Thanks bro sebab for this entry…. task kali nie memang teknikal….orang yang ada background financial pun tak berikan advantage kalau takde basic experience or knowledge pasal CFD nie…. Eden suka bila dengar SAM pertahankan diri dalam board room

  7. hafizrahim Avatar

    Bagi broker benda ni piece of cake je kan..mesti diorang senyum je bila tengok episod kali ni.huhu