
Semakin hambar. Itu komen orang ramai terhadap siri Apprentice Asia tapi pada saya, there’s always something to learn daripada siri tv macam ni berbanding drama/filem terbitan syarikat tempatan seperti MiG.
oops.. sorry MiG terkeluar. MiG popular sangat sebab ramai orang tengok, tapi apa yang saya tengok produksi mereka ni semuanya membuang masa. Mungkin lumrah majoriti rakyat Malaysia suka tonton cheap entertainment dan filem/drama kos rendah yang tiada point berguna yang cuba disampaikan.
Jadi kembali kepada episod 4 siri Apprentice Asia. Kali ini tugasan mereka adalah untuk mempromosi produk Nescafe Dolce Gusto di sebuah pasaraya. Kalau tanya saya produk ni bagus ke tak, I say no. Better beli proper coffee/espresso machine yang boleh buat real coffee.
Produk Dolce Gusto ni samalah macam anda minum kopi pracampuran 3 dalam 1. Bezanya ialah mesih dengan Dolce Gusto, mesin yang buatkan minuman tersebut. Itu je. Takkan malas sangat sampai nak buat air 3-in-1 pun sampai nak harapkan mesin?
Dalam siri ni, saya nampak hero malaya kita Nazril Idrus agak terkebelakang. Mungkin produksi Apprentice Asia tak nak ketengahkan dia dalam siri ini dan banyak fokus pada peserta lain atau mungkin Nazril cuba play safe.
Penjenamaan penting dalam sesuatu perniagaan. Penjenamaan yang kuat boleh menjadikan sesuatu produk itu sebagai produk yang berautoriti dan ini dapat meneguhkan kepercayaan pelanggan terhadap produk tersebut. Bila dapat kepercayaan orang ramai, jualan akan meningkat.

Andrea melakukan kesilapan besar apabila menjadikan Ferrero Rocher (pesaing kepada produk Nestle) sebagai hadiah di booth mereka. Kalau team Mavericks kalah dalam episod ini, pasti dia akan disingkirkan akibat daripada kesilapan tersebut.
Satu lagi kesilapan besar yang saya nampak dalam episod ini ialah kegagalan ahli pasukan Apex melakukan demonstrasi produk Dolce Gusto tersebut. Penjual mesti tahu produk yang dijual. Simple. Kalau nak buat demo pun masih terkial-kial, pelanggan tak akan berasa yakin untuk membeli.
Seperti yang telah saya katakan dahulu, pasukan all girls tak boleh pergi jauh. Pasukan Apex semakin jatuh dengan dua kekalahan berturut-turut. Kedua-dua kumpulan perlu dirombak semula.
Selama empat episod pertama ini, tiga peserta telah menunjukkan semangat untuk melawan yang kurang hebat, seolah-olah mereka separuh hati menyertai siri Apprentice Asia ini. Orang dah mula bosan dengan sikap peserta dalam siri ini. Adakah..
1. Calon yang dipilih oleh produksi/Tony tak cukup bagus? Ada yang kata baik bagi fresh grad masuk rancangan ni sebab mereka lebih mahukan kerjaya yang bagus (dan gaji besar) berbanding sesetengah yang dah berjaya ni.
2. Adakah tawaran yang diberikan oleh Tony tidak cukup lumayan untuk menjadikan peserta lebih bersemangat untuk berjuang dan menang? Boleh nampak beza level of energy antara peserta Apprentice US/UK dengan Apprentice Asia.
3. Adakah orang Asia ni memang tak kuat semangatnya? Bila tengok Celina dan Nik bercakap dengan nada dan rentak alunan suara yang lemah lembut, saya tak fikir mereka berdua ni layak untuk menang dan menjadi orang no. 1 (atau no. 2) dalam sesebuah syarikat yang besar.
Tak sabar nak tonton episod ke-5.

Comments
12 responses to “Apprentice Asia Episod 4”
seperti yg kita ketahui program apprentice asia ni dah tertangguh sebelum ni disebabkan kurang sambutan katanya oleh sebab itu mungkin juga peserta dipilih secara rawak walaupun pada hakikatnya peserta bukanlah calang2 org semuanya bekerjaya besar. kemungkinan inilah punca mereka menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan secara jujurnya program macam ni lebih baik untuk ditonton dibandingkan dengan drama serta filem murahan seperti hantu kapcai yang baru saja menerima anugerah blokbuster tempoh hari
setuju. program macam ni lebih baik dari hiburan yang melalaikan
aku rasa bukan pasal asia ker x, pasal calon yg x best
kadang-kadang perjalanan sebuah penceritaan haruslah disokong oleh peminat..tanpa peminat bermakna rancangan itu takda kualiti jalan penceritaaan..mcm tak sampai apa yang nak disampaikan kepada penonton.. bak kata orang buat cerita juta-juta tapi syok sendiri :)
betul la , maybe Asian ni lemah semangat sikit , kalau betul semangat pon Alex and Celina , itupon sebab rasanya dorang mix , sorry ter racist ! :p
and one more thing , betul la Malaysian memang suka tengok cheap entertaiment dari MIG ! cerita best macam KIL tak nak tengok !
Alex & Celina? Ke sebab diorang good looking? :p
itu one point la untuk diaorang ! hihihi , tapi its fact la , cuba tengok peserta lain , hurmmm , ingat nak support Nash , tapi Nash pon macam lemah semangat je
Setuju dengan point yang diberikan. Agaknya arif boleh jadi pengkritik yang disegani lepas ni. :P
haha ramai juga yang berikan komen negatif mengenai rancangan ni minggu ni.
Setuju dgn point hang bro, apa yg aku tonton dr episod 1 sampai 4 ni, si Nazril ni tak berapa menyerlah lah, Nik pulak malu2 kucing. Ketegasan dan sifat ingin jd leader tu tak dak, heh lg satu nampak sgt chemistry dua2 kumpulan tu goyah
Peserta perempuan dah macam tak boleh terima tekanan yang semakin mencabar…. bila tengok trailer next episode…macam diorang kena handle FOREX MACHINE jee…mesti pressure lagi dasat pada diorang nie
Setuju dengan point-point di atas tu bro. Nampak seperti peserta-peserta ni adalah peserta ‘tangkap muat’ untuk memeriahkan The Apprentice Asia. Tak seperti orang-orang terbaik di dalam benua Asia!