Apprentice Asia Episod 2

Reading Time: < 1 minute

The Apprentice Asia_Group

Kali ini tugasan mereka adalah menghasilkan video viral untuk laman web syarikat pelancongan online Expedia. Ini adalah komen saya untuk episod kali ini:

1. Team Axis banyak pot pet pot pet masa perbincangan. Biasanya kalau perempuan sama level berbincang, macam ni la. Banyak cakap, kerja tak jalan. Next episode, kena shuffle team supaya ada lelaki dan perempuan dalam setiap pasukan sebab team perempuan sahaja tak boleh berkembang long term (teori yang terbukti benar dalam beberapa season The Apprentice yang pernah saya tonton).

2. Sam (Team Mavericks) adalah seorang ketua yang langsung tak ikut cakap orang. Dia dalam dunia dia sendiri. Boleh menjadi orang yang disalahkan sepenuhnya sekiranya pasukan mereka kalah (mereka kalah).

3. Semangat berpasukan perlu ada. Semua orang perlu ambil bahagian dalam kerja berkumpulan. Hanzo tak contribute sebab nak play safe dalam episod ini. Strategi salah lebih-lebih lagi bila orang lain pun tahu yang dia cuba mengelat dalam cabaran kali ini.

Konsep dia senang je. Make a decision, ambil tindakan. Bila duduk atas pagar dan tak nak/takut ambil tanggungjawab dalam kerja berkumpulan, anda adalah orang yang paling teruk dalam pasukan tersebut.


Posted

in

by

Comments

19 responses to “Apprentice Asia Episod 2”

  1. zuan Avatar

    macam manapun, gua teruja nak tunggu mgu 4 nye eps..

  2. hazman aka species1980 Avatar

    Memang perasan pada SAM tu…. diorang tak faham ape tu commercial video dan viral video….

  3. cik tom Avatar

    minat tapi xtgk plk yg asia ni…mesti best ni…

  4. Bidadari Avatar

    hanzo nak play safe sangat. dia punya alasan pun tak kuat. hamik la kena pecat. team perempuan punya iklan bagus. kalau team laki tu tak tau apa motif. dah macam iklan godaddy tonjolkan perempuan sexy..

  5. hubtips Avatar

    belum tgk lg yang second episod ni..harap2 tak menghampakan mcm yang first haritu..

  6. azrijohan Avatar

    tak sabar nak download untuk full season, muehehe

  7. titan Avatar

    aku memang gelak gak tengok siri kedua nih. hanzo..hanzo..kan dah kantoi.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kantoi bodoh macam tu je. Rugi

  8. kucinghitam Avatar

    wah memang minat rancangan nie donald trump terbaik
    tap x tgk lagi cersi asia nie

  9. Asyrof - Blogger Tanah Arab Avatar

    Teringin jugak nak tonton.

    Tapi tengok kat youtube maybe.

    Hahah! maklumlah kita bukan di Malaysia.

    Nak tengok? … macam biasa pergi rumah kawan dengan muka tak malu nak sedut crita. hahah ..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Boleh cari sumber lain untuk dimuat turun. Kena pandai Google ;)

  10. mokjadeandell Avatar

    Geram betul sbb tak dapat tonton episod semalam…husband nak tengok Konsert Kilauan la pulak…
    Makcik rasa this prog is a must see for working adults.See how to brave the storm in the workplace.How to be a cut above others.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Agree. Rugi tak tengok especially for working adults.

      Don’t worry. Ada banyak siaran ulangan. Just check channel AXN around pukul 7 every day

  11. Khairul Zamri Avatar

    ketinggalan ni, bila waktu siarannye?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Every Wednesday, 9 malam

      1. Khairul Zamri Avatar

        noted nanti nk layan jugaklah. thanks bro :)

  12. haiqal Avatar
    haiqal

    Ah,emo dengan Hanzo.Dia macam tak buat apa-apa.Si Nash pun sama,apa guna berlakon selama ni,tak tengok ke pengarah amik shot macam mana.Haish.

    And yet,the girls have so much ideas.Biasalah,perempuan kan.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Idea banyak, tapi non stop. Kena ada orang yang proses kalau tak, idea jadi cakap kosong.

      Hanzo kantoi. Padan muka.

      Tak tau pulak si Nash tu berlakon.

      1. aslam Avatar

        nash tu tak masuk pun takpe. GAM public mutual.