Apprentice Asia Episod 1

Reading Time: 2 minutes

The Apprentice Asia_Group

Baru habis menonton siri Apprentice Asia Episod 1 malam tadi. Apprentice Asia dibintangi oleh Tony Fernandes dan pemenang akan menjadi perantis kepada Tony Fernandes dan menerima gaji tahunan enam angka.

Ini adalah komen saya untuk Apprentice Asia Episod 1.

1. Biasanya dalam mana-mana Apprentice, cabaran untuk episod satu mestilah diketuai oleh Project Manager yang kuat dan mempunyai leadership skill yang tinggi. Dalam cabaran pertama ni semua peserta bersemangat nak menang dan dicampur lagi dengan faktor peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang dan success story, adalah susah untuk mengawal ego peserta yang lain.

Project Manager mestilah tegas dan mampu mengawal anggota kumpulan mereka. Dalam episod ini, Nik dan Hendy bukanlah project manager yang bagus dan mampu memikul tanggungjawab tersebut.

Nik Aisyah adalah perempuan Melayu yang lembut manakala Hendy adalah seorang yang mesra dan terlalu humble. Ini menyebabkan Hendy hilang kawalan terhadap kumpulannya sehingga ada peserta yang membuat keputusan sendiri.

2. Nik Aisyah bikin malu perempuan Melayu sebab cakap tak pernah masuk pasar dan hanya bergantung kepada ibunya dalam hal berkaitan dapur. Mesti tak reti masak ni. Macam mana ni? Cakap nak kahwin.

3. Assignment ni tak susah tapi agak mengejutkan peserta yang masing-masing mempunyai latar belakang yang hebat tidak mampu untuk menjual dan membuat keuntungan daripada jualan mereka.

Actually tak susah, dapatkan harga pasaran ikan yang dijual, jual pada harga yang murah sedikit (RM2-RM5 lebih murah) berbanding penjual lain di pasar tersebut. Letak 3-4 orang untuk menjaga gerai dan selebihnya letakkan sebagai mobile team untuk mencuri pelanggan dari kedai lain dengan tawaran harga yang lebih murah.

4. Suka twist yang berlaku di akhir episod ini di mana Hendy memanggil Nazril dan Alex ke dalam board room. Pada mulanya, semua menjangkakan ini adalah satu tindakan yang bodoh tetapi sebaik sahaja Hendy membuka mulut, baru nampak yang sebenarnya dia ingin membantu dua peserta tadi.

 

Tak sabar untuk menonton episod seterusnya. Rugi kalau tak tengok sebab banyak yang boleh dipelajari daripada rancangan ini.


Posted

in

by

Comments

34 responses to “Apprentice Asia Episod 1”

  1. Bidadari Avatar

    ada ulangan ke? biar betik si aisyah tu tak pernah masuk pasar, even wanita melayu yang lebih berjaya selalu je nampak kat pasar..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Episod satu dah terlepas. Minggu ni ulangan untuk episod 2. Pukul 7 malam macam tu.

  2. Khairul Zamri Avatar

    terbaiklah program ini, mencabar tapi hasilnya sangat bagus

  3. Acha Avatar
    Acha

    Bro ada email yg boleh dihubungi tak?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Berkaitan apa ya?

      Admin@ariffshah.com

  4. akubiomed Avatar

    Sudah terlepas episod pertama. Jawabnya kena menonton siaran ulangan.

  5. Yuyu Avatar

    so it’s an embarrassment if a malay female contestant says “tak pernah pergi pasar” and wanting to get married at the same time..

    1) why did you assume all malay females should have experience in wet market?

    2) why did you assume that she needs to have that experience to get married?

    3) what is your basis of argument for assuming that females MUST possess such criteria especially if she is malay?

    4) what would you say if i say that it’s such a disgrace if males don’t play football and assume all males must possess plumbing skills to get married?

    5) aku tau kau saja pilih controversial lines..sudah lah..boo! :p

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Aku tau ko terasa :P

  6. nara Avatar
    nara

    tapi kan..in defense of hendy, he’s actually portraying the ‘real’ asian. as in, bukan budaya kita utk kutuk, mencaci, atau meletakkan kesalahan pada org lain depan2. kalau nak pun, kita cakap berlapik atau tak ckp langsung. that’s why if u guys noticed, all the candidates sort of held back in saying anything negative towards one another in the boardroom. lagipun, hendy seorang usahawan berjaya. so tak blh nak kata dia lemah. kita yg tengok melopong dpn tv makan megi senanglah nak jugde bg komen bagai. but of course, this is a reality show. i agree that they should have showed more fighting spirit in a way…

  7. faiz juraimi Avatar
    faiz juraimi

    sikap Hendy ni menjengkelkan.ramai lagi yang memohon dan berminat untuk masuk rancangan ni dengan semangat perjuangan yang tinggi..tapi oleh kerana sikap Hendy ini adalah satu pembaziran buat Tony dan rancangan ini yang telah silap memilih peserta yang tidak layak. Ini rancangan persaingan, bukan rancangan drama..

  8. mooven Avatar
    mooven

    Hendy tiada semangat perjuangan. Jika mahu menang dengan sifat gentlemen sila tarik diri awal2. Gua agak kecewa dengan first ep. Semoga ep akan datang lebih banyak drama sebab gua suka drama

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      You can say that tapi tak semua orang sama. Dia ada pegangan tersendiri.

    2. lagubestbest Avatar

      Henry tak suka politik pejabat.

  9. zainal abidin Avatar

    mmg seronok je tgk..si hendy x kurang hebat jgk sbb da ade perniagaan sendiri..

  10. Izzuddin Fauzi Avatar

    Masih mengelakkan diri dari judge Apprentice Asia – keep menonton sehingga episod seterusny :)

  11. fasyshane Avatar

    bru je tengop. Sebijik style macam Apprentice UK. Should tengop apprentice UK sebab task dy sumer best2… US version x best.

  12. hubtips Avatar

    nampak mcm tak berapa kreatif la peserta dia…

  13. Teena Tna Avatar

    Takut tgok diorang time kt meeting room, muka tony mcm nk makan orang. Vote for Nazril !

  14. Faizal Fredley Avatar

    sampai tony pun terkejut kot masa hendy bawak nazril dan alex masuk meeting room tu…sebab diorg berdua tu antara team member yg menyerlah utk project tu. Henzol bagi aku patut dipersalahkan dlaam first projecy ni .memang best the apprentice asia ni…tak sabar nak tgk next episode…

  15. eyriqazz Avatar

    Nik,nik, ciri wanita melayu pilihan titan tu..Hahaha…

    Yup, rasanya both Alex dan Nazril ada peluang besar untuk menang…

  16. halif Avatar

    Memang hairan bila tgk diorang tak berapa ‘hebat’ dalam menjual ikan. Padahal resume sorang2 tu mesti tip top

  17. Juan Avatar

    kat youtube ada x

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Don’t think so tapi kalau rajin google, kemungkinan boleh jumpa tempat nak download

  18. Elina Hanafi Avatar
    Elina Hanafi

    pukul berapa….? tv berapa….? mohon share….tq *ketinggalan zaman

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Hari Rabu, 9.05 malam channel AXN.

      Kalau tak silap, Khamis ada ulangan jam 7 malam.

  19. MK Kimi Avatar

    baru tgk tadi…agak panas bila hendy panggil alex and nazri sekali. but at the end, thanks to him. haha!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Yeah. Memang tak sangka dia nak buat macam tu. Good twist.

  20. azrijohan Avatar

    ramai betul yang buat review mengenai rancangan ni, kena tengok jugak nanti.. hehe

  21. hayat haniza malek Avatar

    nik aishah tu macam tak pandai nak handle orang je , by the way Tony Fernadez tak garang macam Donald Trump

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Donald Trump tu dah banyak season, tu sebab dia boleh tunjuk taring

      Rasanya Nik Aisyah tu tak lama lagi bakal kena makan dengan peserta lain

  22. nabila Avatar

    xde ke link tgok online..huhuhu..nk tgok jugakkk

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Cuba Google. Mana tau ada orang upload

  23. titan Avatar

    betul, siapa yang tak tengok memang rugi la.