Apple iPad, Fikir Dulu Sebelum Beli

Alah membeli menang memakai. Itulah, kalau nak beli barangan Apple ni ada je benda yang tak cukup tapi orang masih beli. Kenapa? Sebab apa yang mereka cipta mengikut kehendak pengguna. Mereka tahu apa penguna mahukan, gadjet yang cantik. Daripada pengguna yang memang buta IT kepada yang pakar dalam barangan elektronik, semua suka barangan yang cantik. Dalam dunia ni, kita kena faham beberapa peraturan alam; kalau bukan sex sells, maka beauty sells.

Dalam dunia berblogging pun sama. Kita kena tahu kehendak pembaca dan trend untuk search term mengikut lokasi yang kita target. Gunakan pengetahuan itu dan selitkan keyword yang berkaitan dalam penulisan kita. Kalau betul caranya, nanti dapatlah trafik dari Google dan Yahoo search engine.
Apa-apa pun layan video ni. Memang lawak.

Ariff Shah: Dalam dilemma sebab dah lama blog.ariff ni tak diindex. Sedih pun ada..

16 Comments