Pernah tak anda rasa leceh nak login untuk menggunakan aplikasi mobile banking? Transaction setiap hari memang banyak, jadi setiap kali nak berurusan kena masukkan password

Orang biasa pun kadang-kadang banyak gunakan aplikasi mobile banking. Yang surirumah biasanya.. *ehem* Untuk tujuan shopping dan yang lelaki untuk bayar bil setiap bulan. Zaman sekarang, jarang ada lagi orang yang tulis check, dengan kemudahan online transfer, memang senang sangat untuk buat transfer kepada account lain.
Baru baru ni, Hong Leong Bank telah membuat satu pembaharuan di aplikasi Hong Leong Connect yang akan mengubah persepsi anda terhadap mobile banking dan cara anda memindahkan duit menggunakan smartphone.

Sekarang anda boleh gunakan cap jari untuk login dan approve transaksi. Bukan setakat login, TAC pun tak diperlukan lagi sebab cap jari anda telah mengesahkan transaksi tersebut dilakukan oleh anda.
Takde lagi masalah tunggu TAC tak sampai-sampai. Semua urusniaga anda melalui smartphone sekarang betul-betul instant.
Of course kalau dah gunakan cap jari, confirm la selamat. Cap jari ni bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditiru.
Dan kalau anda perasan, Hong Leong Bank adalah bank yang pertama di Malaysia yang menawarkan transaksi melalui fungsi biometric ini. Hebat!
Layari laman web rasmi Hong Leong (www.hlb.com.my) bank untuk info lanjut tentang Hong Leong Connect.
Kredit gambar: Liewcf.com


Comments
7 responses to “Aplikasi Mobile Banking Hong Leong Connect Ini Akan Mengubah Cara Anda Transfer Duit Online”
best giloe nih…memudahkan lagi online banking yang sedia mudah…hahaha
Hopefully lepas ni maybank akan buat benda yang sama…sebab selalu sangat guna transaksi online..
Oh tak pernah berurusan dgn HLB..
okeh.
benda ni memang bagus.
patut semua bank buat cam gini.
Lepas ni susah nak kena tipu bila guna cop jari macam ni. bagus HLB.
Menarik..tapi takde akaun HLB
Sangat handy bagi mereka yang mempuyai smartphone ada pengesahan biometrik.