Kita suka slogan yang berbunyi patriotik seperti ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’ atau ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ tapi sedarkah kita bahawa slogan-slogan yang dilaungkan tadi hanyalah laungan kosong? Menyedihkan tapi itulah hakikat yang aku nampak pada rakyat Malaysia sekarang.
Sedarkah kita kebanyakan mereka yang sibuk memperjuangkan bangsa Malaysia bukan semuanya mampu bertutur dalam bahasa Malaysia yang betul? Mereka mahukan hak bangsa Malaysia tetapi mereka sibuk mempertahankan sekolah jenis bangsa mereka. Takda bezanya kalau tertera satu jenis bangsa dalam kad pengenalan tapi sistem pendidikan masih lagi terasing mengikut jenis bangsa nenek moyang mereka. Apabila sejak dari kecil dididik berasingan, maka bila besar nanti memang sampai bila-bila mentaliti berasingan itu akan kekal. Sistem satu parti politik satu bangsa tak akan berhasil.
Berbalik kepada isu Bernama merosakkan bahasa. Memang pantang betul kalau aku lihat agensi berita utama negara kita menggunakan bahasa yang salah dan tidak tepat. Itu kerjaya mereka. Mereka dibayar untuk menulis dan penulisan merekalah yang akan dibaca oleh berjuta-juta rakyat. Mereka bertanggungjawab untuk menggunakan bahasa yang betul dan menjadi contoh kepada rakyat penggunaan bahasa Malaysia dengan betul.
Semua orang tahu bahawa perkataan ‘blogger’ itu adalah dalam bahasa Inggeris. Masalah timbul apabila perkataan daripada bahasa lain diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Dalam hal ini, editor perlu merujuk kamus dewan untuk terjemahan yang betul dan bukan main bantai tulis ikut suka hati dia sahaja. Profesionalisme dalam kerjaya perlu ada dan sekiranya editor di Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) gagal menunjukkan contoh yang baik, macam mana agensi berita lain dan rakyat secara amnya nak ikut? Kesilapan bodoh macam ini telah, sedang dan akan dibaca oleh berjuta rakyat. Bayangkan kerosakan yang telah dilakukan oleh editor tersebut pada bahasa Malaysia.
Berdasarkan penggunaan perkhidmatan Khidmat Nasihat di laman web Dewan Bahasa DBP, istilah ‘blogger’ dalam bahasa Malaysia adalah pemblog atau penulis blog. Aku tak pasti samada untuk tahun ini mereka telah menambah istilah baru dan menerima penggunaan perkataan bloger. Jika ada salahkan laman web Dewan Bahasa yang tidak dikemaskini.
Apa-apa pun, diharapkan mereka yang dibayar untuk menulis dalam media perdana negara kita lebih bertanggungjawab untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia yang betul kerana bahasa itu jiwa bangsa.
+ Beramal sambil menjana pendapatan dengan Equrban.com.

Comments
49 responses to “Apabila Bernama Merosakkan Bahasa Malaysia”
mungkin dia tak tahu nak translate ke bahasa Malaysia kot,
nasib tak ada yang bangkitkan mana datang asal perkataan blog itu sendiri (atau saya yang tak perasan)
blog – weblog. maka mesti lebih pelik dari yang ada.
blogger – agak kurang sesuai menggunakan perkataan pemblog hanya sebab ada -er dibelakang blog. maka penulis blog adalah yang lebih baik. tetapi secara SEO-nya berapa ramai yang nak menulis
penulis blog popular malaysia
berbanding
blogger popular malaysia
notakaki: aku bukan munsyi dewan bergerak
Penulis blog lebih sesuai digunakan berbanding pemblog. Sebab agak janggal bunyinya walaupun betul dari segi penggunaan istilah.
mari kita salahkan editor site nya yang publishkan….moderatornya tu nak cepat sangat tu sampai kan tertinggal ‘g’..tu sebabnya kot..:D
Assalam..
Harap2 pihak yg berkenaan membaca n3 ni..
disebabkan bro tak buat entry baru pasal bro dpt 1st runner-up utk contest ComLuv tu, saya nak ucapkan tahniah kat sini la dulu ye. Sebenarnya berharap bro dapat 1st tapi takpela, no 2 pon still ok untuk contest 1 dunia. Tahniah buat Ariff!
sepertinya serius sekali ya, saya juga ingin bertanya jika blogger = pemblog atau panulis blog, lalu padanan kata blog itu apa? apa blog bukan dari bahasa inggris?
salam kenal ariff dan selamat untuk kemenangan kontes di comluv.com
Tukar Blogger kepada Pemblog atau penulis blog rasa cam janggal jer. Tapi hakikatnya itulah penggunaan nama yang betul dalam bahasa melayu.
Biar janggal asal kita berani tegakkan bahasa melayu yang betul
menarik perbincangan … : P
En. Ariff,
Sudahkah anda guna khidmat nasihat DBP untuk perkataan “Takda” – rujuk perenggan kedua, baris keempat.
=]
So what’s your point?
the point is..
Adakah penulis blog tidak perlu merujuk kamus dewan untuk menjadikan karya-karya tulisannya betul dari segi penggunaan tatabahasanya. Setakat pengetahuan saya, pendapatan penulis blog ternama seperti anda memperolehi hasil lebih lumayan daripada editor akhbar.
Sedangkan tulisan ini bertujuan untuk menegur penggunaan bahasa yang kurang tepat, tetapi penulisnya masih menggunakan perkataan sesuka hati. Saya tahu ramai yang mengikuti perkembangan blog ini, adakah pembaca tidak mencontohi penggunaan bahasa penulis blog?
nasihat yang baik. aku sendiri tak berapa nak menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. hanya yang mampu. paling tidak aku cuba mengurangkan perkataan yang terlalu ringkas dan lebih pelik seperti
lewwwwwmawwwww jewwwww
atau bahasa sms seperti
ak x tau mn nk cr
p.s arif kita kena baiki tulisan kita la macam ni :D
agaknya dia tak terfikir kot blogger dalam bahasa melayunya penulis blog.
pendapat saya macam kurang sesuai je nak translate blogger jadi bloger..
kalau guna je istilah blogger pun bukan ada masalah. semua orang boleh faham
rosak rosak….
Yelah! Sebagai satu agensi Berita yang bertaraf Nasional mestilah jaga ‘prestij’ tu. Bawa-bawalah merujuk dahulu sebelum disebarkan pada umum. Ramai mungkin tak perasan atau tak berapa peduli. Tapi bukan semua. Contoh di sini….
Ambil saja ini sebagai teguran membina…
Bagi pembaca seperti budak2 sekolah boleh menimbulkan konflik ne bile diorang cube bandingkan kamus dewan bahasa dengan bahasa seperti ini.
Alamak bro kalau macam tu aku kena tulis bakulah dalam blog aku haha
blog lain cerita. haha.. aku pun tak kuasa nak tulis baku. media je yang kena pastikan bahasa diorang betul.
Terima kasih atas teguran ini..akan aku utarakan kepada pihak bertanggung jawab diBERNAMA nanti..
dah la salah eja. tu dah satu pasal.
dulu TV3 buat Sure Heboh diorang tegur. Merosakkan bahasa katanya sebab guna bahasa rojak. Tapi bila diorang sendiri buat takde pulak sapa – sapa kisah.
samalah kualiti bahasa utusan,, berita harian.Budak PMR pon tau.1 bulanni sampai pilihanraya pasal sex.sex sex.sampai paderi pon bagi nasihat.
inilah yang berlaku apabila semua perkataan inggeris ingin dimelayukan
Kalau tak silap saya, bahasa Melayu sebetulnya hanyalah 4 perkataan sahaja. batu, kayu, babi dan.. err..lupa. so, yang lain hanya ambil bahasa lain. banyak lagi bahasa inggeris dimelayukan walhal masih ada lagi perkataan melayu yang boleh diguna pakai.
Beramal sambil menjana pendapadan?? pendapatan la..
hehe
lama tunggu baru ada orang tegur
susah nak cakap benda macam ni
sebab kadang2 benda remeh macam ni ambik mudah je. aku rasa baik guna penulis blog nampak popular sikit..hahahaha! adoi adoi~
sebaiknya ia menggunakan, ‘Penulis Blog’…:)
bloggger menjadi satu isu negara skg…huhuh..hebat2 gak blogger2 skg…
apa kata elak kontroversi dengan mencanang diri sebagai “penulis laman maya” dan hasilnya penulisan maya. kalau ikutkan bahasa Bernama itu memang salah, English pun bukan, BM pun bukan. Bahasa Malaysia digunapakai kini merujuk kepada bangsa Malaysia (kepelbagaian kaum). Jika di sekolah, kita menggunakan subjek “Bahasa Melayu” dan memartabatkan lagi dengan pengisian komponen sastera dan novel. Bernama boleh memohon maaf dengan membuat satu ruangan ralat iaitu memberitahu umum tentang pembetulan perkataan di ruangannya seperti sesetengah majalah jika perkara ini menjadi isu besar.
tak salah aku, dulu DBP ada keluarkan kamus dewan online, tp sekarang aku nak cari balik tak jumpa, mungkin dah tarik kot..
so, agak-agak, kalau tak tau, kat mana nak cari rujukan?
kalau nak tulis secara ‘urgent’, takkan nak tunggu feedback dari pihak DBP yang belum tentu berapa lama baru mereka nak update laman web mereka??
hehe, pemblog!!! martabatkan bahasa kita!!
perasan juga perkataan nie masa baca paper tadi
ap kata kita letak nama baru untuk blogger….?
yg aku dapat fikir….
Penblog: penulis blog
amacam ok x…? :)
Itulah.
Bila aku tulis ‘blogger’ sebagai penulis blog, orang bising, kata aku main pandai2 terjemah ikut sesuka hati. masalahnya, itu yang orang yang tak berapa nak peka bila media pun main campur2 bahasa.
aku pernah guna perkataan “prosedur kajian” dalam penulisan sarjana muda aku.kena tembak masa pembentangan sebab pada pensyarah tu, perkataan prosedur ada bahasa Melayu yang tempat – (langkah-langkah atau cara).
=.=
Perkataan/istilah yang biasa digunakan dalam media senang sangat menjadi ikutan orang ramai. jadi kesilapan kecil macam ni pun dah serius sebab efek dia besar.
Tapi yang tegur ko pasal penulis blog tu memang fail. Itu istilah paling tepat sebab blog tu dah memang tak boleh nak terjemah lagi, kecualilah kalah DBP reka istilah baru untuk perkataan blog dalam bahasa Malaysia.
sudut ini saya puji para blogger.
amat menyedihkan sekali. patut guna pemblog, penulis blog, ataupun jurublog sebagai ganti nama untuk Blogger. Hmm.
bagi aman tulis artikel kat atas pun dah bagus…. haiyaaa BERNAMA
pengokot…rase pelik plak bile disebut. owh!
condition skrang kdg2 buat bahasa kita sendiri bunyi pelik…hmmm…..
masalahnya bahasa Melayu pon sebenarnya macam tak de identiti. even perkataan ‘Bahasa Melayu’ atau ‘Bahasa Malaysia’ pon tak tau yang mana satu adalah yang perlu digunakan secara rasmi. Atau mungkin Bahasa 1Malaysia?
Kedua-duanya betul, tengok konteks penggunaan. Dalam perlembagaan masih lagi ‘Bahasa Melayu’, tak berubah. Penggunaan ‘bahasa Malaysia’ ni lebih kepada toleransi kepada kaum lain.
Persoalannya sekarang adakah mereka menjulang bahasa Malaysia sebagai bahasa mereka yang kononnya nak ‘bangsa Malaysia’ dalam kad pengenalan masing2? Sikit pun tak.
sayang amat sayang.kalau dahulu pejuang-pejuang kita berpenat lelah memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah agar dapat mencipta perpaduan, tapi sekarang nampak gaya macam bahasa lain yang ingin digantikan dengan bahasa yang telah diperjuangkan pejuang-pejuang tanah melayu dahulu. Bahasa Melayu dilihat seperti tidak diambil berat penggunaannya.hmm..
Perkara ini boleh terjadi pada diri ini tapi sebuah agensi berita negara adalah sukar menerima kesilapan yang jelas kelihatan dan malu jika anak sekolah dapat mengenal pasti kesilapan tersebut
macam tak logik kalau nak dibahasamalaysiakan blogger ke bloger.. macam perkataan cacat aje.. baik guna penulis blog..
silibus bahasa yang diambil dari english ni kadang2 update tapi kita tak tau..
dan lagi satu persoalan, bahasa melayu atau bahasa malaysia istilah yg betul ?
kebanyakannya surat khabar macam Kosmo selalu buat silap camni…tapi, Kosmo tu ok lagi la sal target pembeli dia cuma kecil berbanding dgn Bernama atau agensi berita Malaysia yang besar2….
Sama jugak dalam kes IPTA yang dapat ISO, nama je ISO tp x pernah pun nak merujuk pd ISO tu dalam segenap perkara…asyik main tibai je…
Bernama sepatutnya ada standard tersendiri…baru ada “gah” macam CNN n lain2…
bahasa yg betul adalah penulis blog..bagus jugak khidmat nasihat tu