Dah dua kali gunakan perkhidmatan ini, first time masa nak buka akaun CDS yang baru. Second time, masa nak apply loan untuk rumah below market value Seksyen 7 Shah Alam yang saya dapat baru-baru ni.
Sebenarnya sekarang tak perlu dah pergi bank kalau nak apply loan. Gunakan je perkhidmatan mobile banking yang disediakan oleh bank-bank terkemuka di negara kita. Mereka akan hantar pegawai ke rumah atau mana-mana lokasi client.
Client hanya perlu menyediakan dokumen yang diperlukan secukupnya dan serahkan kepada pegawai tadi. Borang pun dah tak payah isi sebab pegawai ni tadi yang akan isikan. Client hanya perlu sign je. Memang rasa macam boss.

Step 1: Klik apply now. Contoh RHB diberikan sebab yang datang tadi awek from RHB. Bank lain pun ada benda sama.

Step 2: Isikan borang selengkapnya. Kalau nak menggatal, kat kotak bawah sekali tu bolehlah tulis request untuk pegawai bank wanita yang muda dan belum berkahwin sahaja.
Lagi best, mamat ni cakap boleh request supaya pegawai yang dihantar tu adalah seorang awek. Personally saya lebih suka kalau pegawai bank perempuan yang uruskan permohonan saya sebab biasanya mereka ni buat kerja lebih cepat. Biasanya lah, tak gerenti 100% pun. Harap pegawai yang baru sahaja berurusan dengan saya tadi buat kerja dengan cekap.
Satu lagi langkah ke arah menjayakan pelaburan hartanah saya yang pertama. Mohon dipermudahkan.

Comments
25 responses to “Apabila Awek Dari Bank Datang Rumah”
wahh makin senang kerja erk’ hanya di hujung jari jer…
wahh mudahnya nak buat loan sekrang ni..tak yah bazirkan masa dan jimat duit myk..hehe
semoga urusan bro dipermudahkan.. banyak betul kerja bila nak apply loan rumah ni
hehehehe… nak mintak awek buat keje eh? hope dia laju wat keje..
Best jugak mcm tu yer. Hehehehe
ni berguru dengan abangensem la ni..semuanya nak awek.wakakaka
haahhaa alasan jer nak awek cepat buatkan kui3… :p
Tulisan awek lebih kemas. hehe
aku baru nak cakap, jadi ulat bulu la kawan dgn bapak ulat bulu. muahaha
Cissss… Lancang sungguh mulut mu berkata2.
Semoga semua dipermudahkan Amin
amin…semoga dipermudahkan segala urusan bro :)
takde ke gambar dia sekali? haha
good luck bro… kalau AE memang suka mcm ni.. hehehe
Laki ke pompuan lagi cepat? Semua loan aku by lelaki. Rata-rata 1 minggu ambil mase. Tak tau la tu kire slow ke laju.
semoga berjaya. kena buat baik dgn pihak bank. komunikasi sentiasa kena jaga. tp xdela keterlaluan. nnt org igt kita rapat sbb ada kepentingan
Boleh minta no tel trus if dia datang rumah haha
cheeeseee…lu tk bagitau nk guna RHB, gua ada kenal banker awek cun rhb. Kalau tk komisen bolh bg dua..hehehe
laaa….. apesal tak cakap. Awek yang datang tadi bawak balak dia kot
awek rhb aku ni single mingle.. hehehe. Muka pun comel. Takpe bro,next house…hehehe. Awek rhb aku knl branch dkt dgn tmpt ko…
Kena cepat-cepat cari second house ni. hahah
berapa rate lu dpt,nnti kasi roger. Kang gua tanya awek ni plak. hehehe. Ada mark up tk?
Sejak bila menyakit penyakit ulat bulu daripada abang Ensem?
tah..menjadi-jadi pulak dia ni..melampau betul!
berguru ilmu ulat bulu juga ler tu…hehe