Korang tak rasa World Cup ni bosan ke? Aku tak faham kenapa ada orang boleh tahan tengok SEMUA perlawanan World Cup ni. Peringkat kumpulan ni sangatlah bosan. Satu game 90 minit, fuh.. punyalah lama nak tunggu dapat masuk sebijik gol. Orang dah kahwin cakap nak buat anak pun sempat. Jadi kat sini aku kasi alternatif acara sukan lain selain World Cup. Mungkin kalau sesiapa nak tukar selera kejap sementara nak tunggu final World Cup boleh la layan ni.
Red Bull Air Race World Championship
Event ni memang digalakkan untuk ditonton oleh bakal pilot dan penggemar aktiviti terbang ni semua. Pilot-pilot yang masuk dalam ni semua betul-betul hebat punya pilot, bukan pilot yang jenis bawak kapal terbang sambil minum kopi bak kata seorang blogger bakal pilot pernah komen kat blog.ariff ni dulu. Kapal terbang yang diorang guna semua jenis manual/old-skool kalau tak silap aku, tak banyak atau mungkin takde langsung sistem hidraulik, jadi kalau nak kawal aileron tu semua memang guna kudrat sendiri la control guna joystik.
brought to you by
NBA Finals Lakers vs Celtics
Kalau nak tentang kekuatan team yang sama rata, sama hebat tengok game basketball NBA. Sekarang ni pun game finals ni dah masuk game kelima sebab keputusan seri sekarang: Lakers & Celtics masing-masing menang dua game. Dalam bola sepak, team yang lebih kaya, beli pemain hebat puluh-puluh juta, kumpul semua pemain ni dalam satu team lepas tu insya Allah team tu menang dalam kebanyakan game yang dia main. Bosan! Itu sebab aku malas sangat nak layan bola sepak ni, level of competativeness dia bergantung kepada berapa dalam poket sesebuah pasukan tu. Elemen duit tu nampak sangat tiap-tiap season. Tak habis-habis cerita pasal kontak pemain, berapa harga pemain tu dijual beli. Ah.. macam tu ke sukan?
Tapi World Cup ni oklah sebab kena bertanding ikut negara. Barulah tau orang dari negara mana yang hebat main bola sepak. Tak lari daripada matlamat dia.

Comments
23 responses to “Apa Lagi Best Selain World Cup?”
sebab 4 taun sekali jer…..sbb tu leh layan semua game..
kalo epl or liga sepanyol, layan club yg kita suka jer…xlarat ar nk layan semua
yup btl 2…agk rugi jgak la kalau x tgk world cup lebih2 lg match antara team favourite
n the other thing…world cup just 4 thun skali kn..so tgk la puas2
haha….tengok je la wonderpet….
anyway, ohmalaysia ada tempah iklan kat blog ko ke? pasal aku klik link dia mcam salah jer?
ohmalaysia.com atau malaysia.com?
Adeh. Typo. Thanks sebab bagi tau.
SUKMA.. SUKMA.. SUKMA…..
‘Kalau kita tak sokong siapa nak sokong ‘ ayat ala-ala Serbegeth Singh
hahahahah. SUKMA takde live streaming kat internet la
aku tengok WC tengok game yang best2 je…kalau x best x tengok…huhu
tak minat sukan…huhu
shopping lagi best, always no 1
hahaha
With Love,
HazzySuperb
wa.. camni banyak duit habis.. :P
aku minat bola je..yang lain tak minat..hehe
aku tetap gilakan bola~
he he he~
Kaki bola tetap tengok bola tapi jangan sampai melalaikan lupa hal yg sidah lah.
Kalau aku selain World Cup sekarang confirm adalah Wimbledon Championship yg akan start minggu depan. 21 Jun – 4 July. Orang yg tak minat tennis selalu tanya aku, macam mana boleh tahan tengok lama-lama? Sebab kadang-kadang sampai 4,5 jam kalau yg lelaki. Kalau minat memang tak ada masalah. Hehe.
Aku dah lama tak tengok NBA. Dulu suka jugak tengok. Maybe sebab masa dia macam tak sesuai untuk aku. Di pagi hari. Aku dah tak ingat nama favourite player aku dulu. Dia main PG untuk Utah Jazz. Tapi kalau team aku still suka LA Lakers. Kobe + Shaq. So sekarang ni memang aku sokong Lakers la sebab ada Kobe. Haha.
game best yg nikmat nk tgk adalah badminton. yg lain tak best..
:p
Musim badminton kejap sangat, tapi bbest gak ah badminton terutamanya kalau dapat tengok Lin Dan main
cadangan ko ni lagi tak best dr world cup. ekekekeke
aku nak tengok world cup sebab nak tengok gol banyak-banyak. tapi, pasukan pilihan pun tak score. bosan la.
Tengok favorite team sudah…tak kan algeria lawan nak layan…haha
lor…cadangan kau tak best..better pi buat anak..kah3
haha. tau takpe. ni cadangan untuk orang bujang la
Huhuhuhu citer pasal worlcup ni.. aku langsung x amik port pun utk tgok.. Mcm buang masa jer duk depan tv tu lama2… huhuhuh
hhaha
bro x layan bola ek?
boleh jawab entry saye nnt :D