Apa Kejadahnya Design Engineer Ni?

Reading Time: 2 minutes

Untitled

Selain menjadi penulis blog separa profesional, kerjaya sepenuh masa saya adalah sebagai seorang jurutera. Itu panggilan secara umum la. Gelaran glamer sikit Design Engineer. Apa kejadahnya design engineer ni?

Basically kerja saya adalah design modification pada kapal terbang dan helikopter. Perlunya design engineer seperti kami adalah disebabkan approval yang perlu didapatkan sebelum modification tersebut boleh digunakan pada benda-benda yang terbang ni. Kalau takde approval authority iaitu Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM) maka kapal terbang yang di-modify tadi tak dibenarkan untuk terbang.

Bukan semua engineering company boleh buat kerja design modification untuk kapal terbang. Sebuah syarikat perlu mempunyai kepakaran dan manpower yang melayakkan mereka untuk design modification. Kena tau undang-undang yang digunapakai dalam aviation. Contohnya, jenis material yang digunakan – ada material tak boleh digunakan dalam kapal terbang, kena buat stress analisis untuk memastikan modifikasi yang dibuat tu tak akan rosak akibat daripada suhu dan tekanan tinggi dan macam-macam lagi.

Sebuah syarikat dikira kompeten dan mampu untuk meng-approve modification sendiri setelah menerima pentauliahan Design Organization Approval (DOA) daripada DCAM. Nak dapat pentauliahan ni bukan senang. Dalam Malaysia sekarang kurang daripada 10 buah syarikat yang mempunyai DOA. Tempat saya bekerja sekarang dalam fasa terakhir untuk mendapatkan DOA tadi.

Selain daripada kelebihan untuk meng-approve modification sendiri, syarikat yang mendapat DOA ini lebih diyakini oleh pelanggan, terutamanya dari pelanggan antarabangsa. Untung besar kalau dapat client dari luar negara sebab tukaran wang dan rate yang dikenakan pada mereka adalah lebih tinggi.

Saya pilih kerja ni bukan sebab duit. Pada saya, bekerja tak akan buat kita kaya. Itu sebabnya saya belajar melabur dalam saham, hartanah dan forex. Benda-benda tu boleh buat saya jadi kaya.

Gaji besar atau kecil, tak banyak beza sebenarnya kalau duit tu jatuh dalam tangan orang yang tak pandai uruskan wang. Saya kenal je ramai yang bergaji besar daripada saya tapi masih belum mampu nak beli rumah sendiri. Walau bagaimanapun, duit tetap diperlukan untuk hidup dan saya tetap akan minta gaji dinaikkan bila sampai masanya.

Dulu saya buat keputusan untuk join company ni sebab nak terus kekal dalam dunia aviation. Saya suka kapal terbang dan helikopter. Itu minat sejak dari kecil. Jadi bekerja dalam bidang ni sebenarnya sudah menjadi satu kepuasan.

Selepas saya menyertai syarikat ini, barulah saya tahu bahawa mereka mempunyai perancangan yang besar. Perancangan ni melibatkan pembawaan cabang perniagaan baru dalam aviation di Malaysia iaitu cabin refurbishment dan passenger to freighter (P2F) conversion. Dengan terbukanya kedua cabang perniagaan ini, beribu peluang pekerjaan dapat dibuka untuk graduan kita.

Saya sukakan cabaran. Cabaran yang dimaksudkan bukanlah cabaran buat benda-benda yang tak berfaedah, sebaliknya cabaran yang boleh mendatangkan kebaikan kepada saya dan orang lain. Pada saya, cabaran kali ini adalah untuk menjayakan program yang sedang dirancang oleh syarikat tempat saya bekerja; nak bina sebuah industri baru yang bernilai jutaan dolar di Malaysia.

Jadi itulah sedikit sebanyak kisah saya. Kalau nak diikutkan, panjang lagi nak cerita tapi takpelah. Next time.

Tahun 2013 adalah tahun yang amat sibuk! Mungkin saya akan merantau lagi tahun ni, Insya Allah kalau diizinkan oleh-Nya.


Posted

in

by

Comments

30 responses to “Apa Kejadahnya Design Engineer Ni?”

  1. Aya Avatar

    Good luck what ever u do.. Engineering? Aya suka bidang ni tapi rezeki lebih kepada perubatan.. :)

  2. Amirez Avatar

    semoga berjaya dengan apa yang diusahakan

  3. daddydee Avatar

    Bukan satu kerja yang mudah. Apapun semoga tuan terus berjaya.

  4. Arrazi Avatar

    Semoga berjaya Ariff dengan bidang yang diminati ni. Semoga terus sukses dalam kerjaya. Memang hebat cabarannya tu.

  5. Manan Qayyim Avatar

    wah … hebat la bro….

  6. Myvitrd Avatar

    tengok skop kerja je dah tahu mencabar.. hope terus berjaya bro dalam bidang yg diceburi..

  7. Hafizul Avatar

    Seronok membaca kisah cerita jurutera ni..besar impian syaraikat ariff tu..haha..semoga berjaya dan semoga dapat merantau tahun 2013 ni..betul tu..gaji banyak, perbelanjaan pun banyak..itu sebab susah nak jadi kaya..

  8. eyriqazz Avatar

    Mesti gaji berkepuk2 ni..Hik3, bila nak belanja eden ni bro?

  9. Dkna Abza Avatar

    kerjaya yang hebat :)

  10. Dya Avatar

    Setuju dengan statement ni.

    ‘Saya pilih kerja ni bukan sebab duit. Pada saya, bekerja tak akan buat kita kaya. Itu sebabnya saya belajar melabur dalam saham, hartanah dan forex. Benda-benda tu boleh buat saya jadi kaya.’

    Kerja ni lebih kepada minat kan. Kalau ada minat yg mendalam terhadap sesuatu perkara, semua benda/kerja jadi best.:P

  11. fazrol Avatar

    Hebat…
    Semoga berjaya…
    Suka niat yang ada tue…
    At least bukan kerana gaji saja…

  12. mas haro Avatar
    mas haro

    Saya seorang saintis dan penyelidik. Dalam 5 tahun ini saya bergelut melawan pemanasan global bersama-sama dengan saintis-saintis negara lain. Rekaan saya berhubung kait dengan peranti berteknologi menghapuskan karbon monoksida dan penjimatan bahan bakar pesawat terbang sebagai matlamat akhirnya. Doakan saya berjaya mencipta peranti tersebut. Prototypenya telah saya uji dan pamerkan di beberapa buah negara. Alhamdulillah sekarang cuma perlukan dana atau geran pembangunan sahaja.

  13. Ekspresi Ruang Avatar

    lebih hebat lagi kalau bley jadi designer merangkap entrepreneur lps ni. jual kapal terbang lawa2 cm gulfstream.

  14. afif Avatar

    aviation menarik tu..tapi minat tu xdela sangat..

  15. Mohd Iyxat Avatar

    Wah….bestnya kalau dapat jadi engineer…… :)

  16. ika Avatar
    ika

    I pun kagum dengan pekerjaan you. Yelah…takdelah nak design kotak2 je mcm architect..betul? :)

  17. kak zue Avatar
    kak zue

    as salam .. a very interesting and easy to understand information . Thanks for the briefing :) .. wish u all the best ..

  18. izwanyusof Avatar

    orang akan cakap jadi engineer menarik,best tapi kalau tak kena rentak gaya memang pressure je. kena enjoy dengan bidang2 teknikal camni.

  19. are_rull Avatar

    sgt menarik keje bro nih ..
    sy pn minat gak dgn airplanes & helicopter ni ..
    tp hjt x kesmpaian .. hehehee keje area mgt aje ler ..

  20. Elieza Avatar

    Tough job for a tough guy. Semoga kita semua berjaya didunia dan akhirat :)

  21. Orang Kampung Avatar

    Tahniah Tuan..semoga sukses dlm kerjaya dan dipermudahkan hendaknya…In Shaa Allah

  22. saljuhumairah Avatar

    baru tahu rupanya…

    Jasa engineer ini besar terutama kepada inovasi negara. Semoga berkhidmat untuk agama dalam meningkatkan teknologi umat.

  23. yangbaik Avatar

    bunyinya macam kerja yang sibuk sesangat..
    nak dapat kerja dan gaji macam ni sudah tentu kena belajar pun tip top juga kan…
    good luck! :)

  24. halif Avatar

    Seperti MQA untuk pengiktirafan universiti/kolej la kiranya ini

  25. khairil Avatar

    bukan calang-calang cabaran tu nak bina industri berjuta dollar kat malaysia :D

  26. akubiomed Avatar

    Kalau sudah terlibat didalam bidang ini sedikit kesilapan tidak dibenarkan.

  27. hirleya Avatar

    Aviation antara cabang engineering yang susah untuk diceburi. Saya kagum dengan pencapaian En. Ariff sebagai seorang engineer dan juga blogger berjaya. :P Saya pelajar civil eng. dan harap-harap dapat jadi seorang jurutera juga. Keep it up! :) :) :)

  28. Joe Avatar

    Menarik.. Buat design untuk modification kapal terbang. Sy design buidlings. Design engineer yang lain.. Huhu

  29. azrijohan Avatar

    wah menarik betul bunyinya.. aviation, memang industi yang menyeronokkan tapi kalau tersilap langkah besar risiko nya

    1. arnamee Avatar

      Betul. selalu dengar aviation kat dalam game je. wah, semoga pencapaian Ariff akan menjadi inspirasi untuk semua orang . Nnati sambung cerita ,ok ?:)