Jawapan mudah, tiada.
Ranking naik adalah hasil lecturer ramai-ramai pakat ‘tinggikan standard’ dan grading scheme supaya pelajar ramai-ramai tak dapat result bagus. Semua average dan above average je. Seorang dua je yang distinction. Dengan itu mereka dapat menunjukkan yang nak belajar kat universiti ni kena jadi robot 200% supaya dapat distinction.
Lepas transformasi jadi robot, yang distinction seorang dua tu akan direbut oleh syarikat dalam industri. Mereka akan dapat gaji above average. Yang student lain dalam kategori biasa ni diberi gaji minimum industri, yang mana kadarnya sama sahaja dari dulu sampai sekarang walaupun pada hakikatnya kos sara hidup sekarang dah lama naik berbanding beberapa tahun dulu.
Selagi ahli politik dok teriak sana sini pasal Malaysia ni negara berpendapatan tinggi, selagi itulah kita tahu bahawa yang diteriakkan tu hanyalah omongan kosong.


Comments
23 responses to “Apa Kaitan Ranking Universiti Malaysia Meningkat Dengan Gaji Fresh Graduate?”
Asyraf masih tak puas hati dengan Rangking sesebuah Universiti sangat tinggi tapi bila grad saja.
Gaji masih tahap minimum.
Harap pihak yang bertanggungjawab dapat teliti penstrukturan gaji ini mengikut tahap pendidikan dan pengalaman seseorang dalam industri swasta ataupun kerajaan. :)
Siapa yang tetapkan monthly value fresh graduate? Macam ada price tag. Kalau gitu yang kita keluarkan drp universiti macam produk kilang ajelah. Fresh graduate kena creative. Makan gaji dulu untuk create network. Lepas tu kena fikirkanlah langkah seterusnya
tengok course gak.
bukan semua course.
ada sesetengah course..asal lepas pointer 2.5 pun dah cukup sebab tawaran job memang tinggi..tapi tak ramai yang survive untuk course tu..
Kesian juga budak2 U zaman sekarang. Gaji fresh grad tara tu jugak. Tapi cost of living every year meningkat. Mana nak kahwin lagi, nak beli rumah….
aku tahu pendapat ni cuma pandangan peribadi tak semestinya semua alami benda sama..ada fresh grad dpt basic rm4k.
pelajar dari IPTA yang rankingnya dalam top 5 Malaysia, mendapat lebih kepercayaan syarikat, itu pendapat saya
Sistem pengajian tinggi ni sentiasa ada 2 school of thoughts. 1) silibus mesti ikut demand industri so graduan nnt berdaya saing. 2)silibus mesti ajar fundamental so that graduan faham the basic knowledge.
Even negara maju pun ada clash between dua pendapat ni. pendapat yg pertama bagus utk kerja tp ianya lebih applied-based. pendapat yg kedua bagus sbb bila strong fundamental, kita xde masalah nak belajar applied-based punya kerja. cuma kena ambik masa utk belajar lah pula.
Dua-dua ada pros n cons. pilih salah satu..dan buat lah yg terbaik insyaAllah kita akan dpt manfaatnya.
Yg bab gaji graduan x tinggi tu saya agak setuju hehehe
Tiada bangkangan. Sangat Setuju!.
somehow saya fikir universiti perlu rombak juga silibus mereka kerana lepasan u sekarang ni kurang dari banyak segi bila masuk ke industri. wallahulaam, pendapat saya saja.
Sistem pendidikan di Malaysia terbaik. Memang terbaik untuk hasilkan pekerja sahaja.
Bukan untuk golongan bisnesman.
Pak menteri pun hantar anak belajar luar negara
Macam tak yakin dengan sistem sendiri
hihi. direct bro ariff bagi pendapat ni. sentap.
ouch…..pedasnya!!! Apa yang dipelajari di universiti kebanyakannya tidak akan diapply dalam realiti alam pekerjaan
Memang tak apply kecuali untuk golongan prefesional yang kerja dalam bidang mereka
Sebab itu A class student work for C class student.
Bukan fakta yang di perlukan tetapi pengalaman hidup dan pengetahuan.
Ilmu tanpa amalan hanyalah fakta
Betul2 itulah realiti zaman sekarang, bila mana belajar di Universiti diajar utk belajar bukan persiapaan utk kerja. Jadi bila p interview kadang2 fail tak boleh jawab. Sepatutnya U kena prepare student utk kerja supaya ada value utk kompeni bagi gaji tinggi.
yang average ni banyak diterima dalam industri antara sebabnya diorang tak demand gaji tinggi and aktif dalam berpersatuan dan sosial.
Dan tidak dapat disangkalkan.. Mereka lebih pandai menyesuaikan diri.
Kerana sibuk dengan aktiviti berpesatuan di universiti dan sekolah
Kemahiran interpersonal lebih bagus
Haha.. so true! Kesianla students Malaysia.. patutla makin ramai keje oversea (like myself), nak beli rumah pun skrang juta2.. gaji starting paling bagus skrang what? 2800? huhuhuhu
Apa aku nak komen ni, nanti ada yang kata babi dihutan pun hidup, kera dihutan pun kerja. LOL
Jawapan . Mudah… Kasi mulut manis manis
Aku tak tahu course lain tapi rata2 rakan aku yg cemerlang in engineering tak diterima dalam industry since they are too cemerlang. Most of them sambung belajar.
So, bila kau kata jadi robot>distinction>direbut masuk industry tak sepenuhnya betul. Sebab mereka yg cemerlang ni reti baca buku, ikut theory dan bila suruh buat, tak reti. Tapi tak semua.
Kebanyakan yg diterima dalam industri adalah mereka yg result average. Still 3 pointer and above cuma bukan first class.
Other than that, aku setuju! Especially bab gaji :D
Ada yang berlaku seperti bro claims. Mereka bagus dari teori boleh hujah berapi tetapi belum tentu bagus apabila praktikal dengan kata lain “hands on”.
Manusia kan pelbagai. Ada pandai bercakap tak pandai buat kerja.
Ada pandai buat kerja tapi tak pandai bercakap.
Orang lebih suka yang pandai cakap kan.
Buat presentation pun meyakinkan.
Paling bagus kalau ada kedua dua skil.
Street smart book smart
Setuju dgn Hasnul.Org lbh suka yg pandai cakap.yg landai cakap.lebih menonjol drp yg pandai wat kerja.sbb tu lah yg selalu naik pangkat tu bukannya pandai sgt wat kerja tp pandai interframe