Apa Kaitan Darurat & Takaful

darurat-insuran

Saya cuba cari seberapa banyak maklumat releven & tepat berkaitan perkara hal banjir dan takaful (insuran) ini dan kongsikan di sini. Semoga mendapat manfaat anda semua.

Takrifan Darurat Bencana

Boleh rujuk dokumen Arahan No.20 (Semakan Semula) Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara oleh Majlis Keselamatan Negara. Dalam ni dia bagi guideline penuh tentang pengurusan bencana dan segala takrifan berkaitan.

darurat-bencana-insurans-takaful

Pandangan Tentang Kenyataan Darurat Tak Boleh Claim Insurance

1. SeaDemon Says

Di atas adalah petikan takrif “Darurat Bencana” yang menjadi tajuk perbualan ramai terutamanya apabila keadaan banjir di lima negeri terutamanya negeri-negeri pantai timur Semenanjung menjadi lebih teruk. Dari takrif tersebut yang diberikan melalui Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20, jelas bencana banjir yang melanda kita sekarang masih tidak menepati kehendak maksud “Darurat Bencana.”

Namun, masih ramai yang merasakan bahawa Perdana Menteri harus mengisytiharkan Darurat Bencana tanpa mengetahui akibat pengisytiharaan keadaan tersebut.

Untuk yang  tanya kenapa tiada pengisytiharaan darurat bencana, berikut adalah jawapannya: Sekiranya diisytiharkan darurat, mana-mana perkara yang boleh dituntut melalui insurans, tidak akan boleh dituntut termasuklah insurans bangunan dan kenderaan yang diambil untuk premium bencana. Untuk masa ini, di Kelantan, keseluruhan pembiayaan kos banjir telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan sepenuhnya melalui agensi-agensi Kerajaan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana pul telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan semalam hasil persertujuan pihak Kerajaan Negeri.

Ini adalah kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri di mana YAB MB Kelantan juga telah keluarkan kenyataan bahawa buat masa ini tiada keperluan untuk isytiharkan darurat dan semua pengisytiharan juga akan dibincangkan bersama dengan Kerajaan Persekutuan.

Pengisytiharan Darurat juga akan menyebabkan Kerajaan tidak boleh lagi menahan keluar pelabur yang telah membuat pelaburan sebelum ini di kawasan banjir tanpa apa-apa pampasan kepada pihak Kerajaan dan pekerja sekiranya tertakluk kepada perjanjian pelaburan.

Ia secara langsung beri impak kepada negeri tersebut.

Harap maklum.

2. Afyan Mat Rawi

INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT?

Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans.

Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat.

Ini pandangan saya:

+ Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan.

+ Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir.

+ Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan.

+ Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans.

+ Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan “insurans tak boleh claim kalau darurat” hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir.

KESIMPULAN: Menggunakan alasan “insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat”, bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat.

Afyan Mat Rawi, IFP.
27/12/2014

3. Fdaus Ahmad:

Insuran/Takaful ni ada banyak jenis. Ada untuk kereta, barang barang niaga, rumah, perkapalan, penerbangan, pengangkutan awam, pelaburan dan pinjaman, nyawa, dan kesihatan. Insuran juga berbeza produk ikut pada industry dan bisnes nature.

Juga, perlindungan insuran untuk bencana alam selalunya berada pada kadar premium (mahal) dan tak semua industri sediakan perlindungan sebegitu. Ada yang provide, ada yang tak provide. Which, ada consumer yang ambil, ada juga yang tak ambil.

Darurat, kalau ditengok dari aspek perlindungan perniagaan, kebanyakan insuran ada exclusion coverage untuk darurat, Atau dalam sesetengah industry menggunapakai istilah Force Majeure. Benar, Apa Apa kemusnahan dan kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh darurat, insuran tak cover punya. Namun harus diingat….tuntutan insuran mestilah dirujuk pada tarikh berlakunya kerosakan/kemusnahan, dan bukan selepas tarikh pengiystiharan darurat.

Maksudnya di sini, kalau api turun dari langit dan membakar 1000 buah kampung kelmarin, lalu esoknya datang deklarasi darurat, maka orang kampung masih boleh klem insuran kebakaran rumah sebab tragedi tu jadi sebelum darurat dan bukan dalam tempoh masa darurat.

Faham tak ni?

Ok bebalik pada Takaful yang korang ada tu, (wpun aku tau ramai belum ada tapi pura pura ada dan dia lah paing risau bertanya ke hulu ke hilir “cover ke tidak, cover ke tidak?”, Macam lah aku tak tau).

Takaful hayat dia tetap cover Walaupun keadaan bencana da darurat. Tapi….Tengok pula pada bentuk darurat. Kalau negara berada dalam kencah perang teluk, atau urusan domestik politik Ekonomi semua kucar kacir sampai menyebabkan tadbir urus negara lumpuh, struktur sosial yang governed by law and order dah bertukar menjadi anarki, rakyat merusuh dan kacau bilau, tiada kawalan undang undang, haaaa darurat yang jenis ni Memang takde apa benda yang Boleh cover.

Untuk kes darurat yang kita borak dalam 1-2 hari ni, kalau isytihar pun polisi hayat Takaful tetap Jalan macam biasa.

Jadi kesimpulannya, untuk rakyat jelata, ambil lah Takaful;

Manakala untuk pemimpin pula, jadilah pemimpian yang tangkas bertindak dalam menangani kemelut domestik dan jangan semberono meletakkan ejen Takaful macam aku ni sebagai sasaran kecaman rakyat.

Komen saya yang tak seberapa ni:

1. Pengecualian tuntutan boleh boleh berlaku sekiranya darurat diisytiharkan, terutamanya untuk general insurans (harta benda seperti kediaman, kereta, etc) walaupun perlindungan untuk bencana alam telah diambil. So, kerajaan memang cuba untuk mengelakkan daripada status darurat ni.

2. Ya, kereta dan rumah boleh diinsurankan untuk kejadian banjir. Mereka yang tinggal di kawasan berisiko boleh pertimbangkan untuk ambil insuran ini. Untuk kereta, anda perlu membayar tambahan 0.5% daripada sum insured kenderaan untuk memasukkan manfaat perlindungan banjir.

3. Darurat atau tidak, bantuan tetap disalurkan melalui agensi kerajaan dan badan beruniform seperti yang dapat dilihat sekarang.

4. Walaupun begitu, alasan untuk tidak mengisytiharkan darurat sebab tak boleh claim insuran adalah alasan yang terlalu mudah dan tak boleh diterima. Penasihat Najib sepatutnya cadangkan alasan lain yang lebih kukuh (saya pun tak tau, tapi level penasihat yang dibayar gaji mahal tu mesti lebih arif dalam hal ini).

5. Yang bising-bising pasal takaful ni, dah ambil takaful ke belum?

Sekian.

10 Comments

  • hasnizan

    29 December, 2014 at 8:12 pm

    A’salam.
    Adakah dengan pengisytiharan darurat ini akan bertambah bantuan yg diberi ataupun lebih lancar cara penyampaian bantuan ini kpd mangsa berbanding sekarang. Sepanjang pengetahuan saya terdapat kekangan dari segi air deras dan tempat terpencil utk
    dimasuki penyelamat. Allah lebih mengetahui.

  • Tuah Iskandar

    29 December, 2014 at 5:29 pm

    Tak faham la yg heboh sgt nak darurat kenapa? Seronok sgt ke bila dlm keadaan darurat? Byk sgt ke faedah yg akan korang dpt bila keadaan jd darurat? ingat seronok sgt ke? Xde byk baiknya bila dah darurat melainkan lebih byk peraturan, kawalan, sekatan. Pendek kata lg byk perkara yg akan menyukarkan lg situasi yg dah mmg tgh susah. Tp kalau nk sgt xpelah..nnti aku wat petisyen hantar kat PM.. hambik la kalau nak rasa sgt..heh acah aje..

    Bila tgk musibah yg dtg ni yela walau aku bersyukur sbb x alaminya but still aku rs sedih jugak..simpati..aku dpt bygkan kesusahan korang. Semoga tabah hadapi dugaan ni. Tp yelah kadang2 rasa mcm naik menyampah plak dgn korang2 yg tak reti nak berterima kasih dan bersyukur. Aku cuma xdpt nak faham bila ada rakyat2 kita ni bila benda susah jd kat dia smua nak tuding jari kat kerajaan. Dlm keadaan susah dah ditolong pon ada jugak ygx puas hati. Tolong susah..kalau x tolong pun susah. Bagi salah..x bg salah.. senang cerita mmg ciri2 org yg tak tahu apa makna bersyukur. Kalau kita rs susah byk lg org lg susah dr kita sbnrnya. Dr komplen mcm2 baiklah buat sesuatu yang lebih baik contohnya cari jln terbaik utk atasi masalah korang. Dan buat permulaan muhasabah diri penting..dan tolonglahhh…belajar dari kesilapan..dari sejarah…jgn tahun2 mendatang sama aje ceritanya…xreti2 lg nak ambil langkah pencegahan..

    Ps: sama je sesetgh org kg aku.. bila hujan longkang tersumbat air bertakung..ha mulalah nk komplen sana sini..x sedo diri longkang tu ko buat mcm tong sampah..main campak dlm tu je…akai tara..xpayahlah nk bg alasan itu kerja pihak berkuasa sekian sekian sekian..sedangkan diri sendiripon x bertggungjwb…lg besar longkang lg byk sampah disumbangkn.

  • Suriya

    29 December, 2014 at 2:40 pm

    macam Firaun pun jadi makin jahat sebab penasihat dia yang tak boleh pakai, dua-dua masuk api neraka. kesian juga dekat PM, tapi tulah….bila alasan kurang cerdik keluar, makin ramai yang menyampah…sudah banjir kali ni bukan banjir biasa. lagipun, orang kampung, kut yang ada insuran pun berapa kerat je…..macam-macam perasan menerpa bila cakap pasal ni. apapun kita doakanlah yang terbaik untuk mangsa banjir…

  • razy

    28 December, 2014 at 9:09 pm

    perbicangan hangat tentang pengisytiharan darurat dan menjadi viral media sosial. Sedangkan rakyat terbanyak sedang dibantu dengan pelbagai bantuan. Bilangan ini lah yg tiada apa-apa insuran. Sedangkan kelompok pelabur akan bertepuk tangan apabila diisytihar darurat kerana mereka akan dapat pampasan dari pihak negeri dan persekutuan apabila insuran dituntut akibat pengisytiharan darurat dibuat.

  • Fendy

    28 December, 2014 at 6:36 pm

    Lebih baik jika ada pihak yg tahu tentang implikasi “darurat” tampil untuk memberi penjelasan. Ramai yg melaungkan “darurat” tapi tak tahu pun apa maksudnya dan kesannya.

  • Anyss

    28 December, 2014 at 1:21 pm

    Assalamualaikum,
    yaaa saya juga setuju tentang “penasihat” PM tu patut cari alasan yang lebih cerdik dari tu.

    PM perlukan penasihat lain yang lebih cerdik, banyak kali dah alasan PM nampak tak masuk akal dek pemikiran rakyat malaysia.

  • haz

    28 December, 2014 at 5:01 am

    Setuju dengan pandangan penulis..yang penting mangsa2 banjir tu dapat bantuan yg secukupnya.Ujian Allah pasti ada hikmah..lagi satu byk sangat kta2 PM di kod, n jd viral dan di ambik cakna oleh rakyat di media sosial..penasihat jgk kah yg slh buat teks..?(terfikir jugak haish….)apa2 pon moga selamat semuanya